Selangor FC secured a 3-2 victory over Melaka FC with just 10 men in the third match of the Unifi Liga Super 2026/27 at Stadium MBPJ, Kelana Jaya yesterday.
The Gergasi Merah did not have to wait long to open the scoring in #SFCMEL. In the 11th minute, Jefferson Tabinas’ corner was met by a precise header from Chrigor Moraes, who nodded the ball into the back of the net to put Selangor ahead. However, Kay Tejan was shown a red card in the 44th minute, leaving Selangor to play with 10 men for the remainder of the match.
Despite being a man down, Chrigor Moraes produced a brilliant solo run after receiving a long pass from Hugo Boumous, beating two Melaka FC defenders and their goalkeeper, Khairul Fahmi, before firing home his second goal of the match in the 51st minute. Melaka FC pulled one back through Abdul Rashid in the 59th minute before completing their comeback with Do Dong-Hyeon’s equaliser in the 75th minute. However, Jefferson Tabinas emerged as the Gergasi Merah’s hero, scoring the winning goal in stoppage time in the 90+2nd minute to secure all three points for Selangor FC.
According to Selangor FC Head Coach Kim Pan-gon, he was pleased with the players’ never give up character despite having to play with just 10 men.
“The situation of receiving a red card is not something new for us, as we know that anything can happen over the course of 90 minutes. We have also faced a red card in the first half before. We just need to manage the situation well and make sure everything is handled as effectively as possible. For me, the players did a very good job. They showed great spirit and remained focused despite facing a challenge like this,” he explained.
“However, conceding two goals towards the end of the match was not something we wanted, but the players managed to find a way to score and secure the victory for our supporters. This is a good result for the fans. I hope all our supporters are happy with the players’ comeback yesterday,” he added.
Next, the Gergasi Merah will continue their campaign in the second leg of the Round of 16 against Sabah FC at Stadium MBPJ, Kelana Jaya on 9 September at 9pm.
The Selangor FC management would like to extend our sincere thanks to the 3,775 supporters who stood behind the Gergasi Merah throughout the 90 minutes yesterday. We truly appreciate the roar of your voices. See you in the next match, Red Giants!
Demi Kebanggaan!
Starting XI: Kalamullah Al-Hafiz, Quentin Cheng, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Peter Makrillos, Hugo Boumous, Kay Tejan, Safuwan Baharudin, Jefferson Tabinas, Harith Haiqal, & Chrigor Moraes.
Substitutions: 65’ Alexander Agyarkwa > Peter Makrillos, 65’ Selvan Anbualagan > Hugo Boumous, 80’ Eduardo Sosa > Alexander Agyarkwa, 90+3’ Arbenit Xhemajli > Faisal Halim.
–
Selangor FC meraih kemenangan 3-2 menentang Melaka FC dengan hanya 10 pemain dalam aksi ketiga Unifi Liga Super 2026/27 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.
Skuad Gergasi Merah tidak mengambil masa yang lama untuk menjaringkan gol sulung #SFCMEL. Pada minit ke-11, sepakan penjuru Jefferson Tabinas disambut dengan tadukan tepat Chrigor Moraes masuk ke gawang, sekali gus meletakkan pasukan dihadapan. Namun, pada minit ke-44 Kay Tejan dilayangkan kad merah, menyaksikan Selangor beraksi dengan 10 pemain sehingga tamat perlawanan.
Biarpun kekurangan seorang pemain, Chrigor Moraes berjaya membuat ‘solo run’ selepas menerima hantaran jauh daripada Hugo Boumous sebelum mengatasi dua pemain Melaka FC dan penjaga gawang mereka, Khairul Fahmi untuk meledak masuk jaringan kedua beliau pada minit ke-51. Tidak lama kemudian, Melaka FC berjaya merapatkan juriang menerusi Abdul Rashid pad minit ke-59. Melaka FC terus bangkit mengikat keputusan 2-2 dengan jaringan Do Dong-Hyeon pada minit ke 75’ sebelum Jefferson Tabinas muncul sebagai wira Gergasi Merah dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan 90+2’, memastikan tiga mata menjadi milik Selangor FC.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, gembira dengan karakter tidak mudah mengalah yang ditunjukkan oleh para pemain biarpun beraksi dengan hanya 10 pemain.
“Situasi dilayangkan kad merah bukanlah satu situasi yang baharu, kerana kita tahu apa sahaja boleh berlaku sepanjang 90 minit. Kita juga pernah berdepan dengan kad merah pada separuh masa pertama sebelum ini. Kita hanya perlu menguruskan situasi dengan baik dan memastikan semuanya dapat ditangani dengan sebaiknya. Bagi saya para pemain telah melakukan tugas yang sangat baik, menunjukkan semangat dan kekal fokus walaupun berdepan dengan cabaran seperti ini,” jelas beliau
“Walau bagaimanapun, bolos dua gol pada penghujung perlawanan bukanlah sesuatu yang kita mahukan, tetapi para pemain berjaya mencari jalan untuk menjaringkan gol dan mendapatkan kemenangan untuk para penyokong. Ini merupakan keputusan yang baik untuk para peminat. Saya berharap semua penyokong kami berasa gembira dengan kebangkitan para pemain semalam,” tambahnya lagi.
Seterusnya, skuad Gergasi Merah akan meneruskan perjuangan dalam perlawanan timbal balik kedua Pusingan 16 menentang Sabah FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 9 September jam 9 malam.
Pihak pengurusan Selangor FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 3,775 para penyokong yang telah bersama pemain Gergasi Merah sepanjang 90 minit semalam. Gegaran suara anda amat kami hargai. Jumpa anda dalam perlawanan seterusnya, Merah Kuning!
Demi Kebanggaan!
Kesebelasan Utama: Kalamullah Al-Hafiz, Quentin Cheng, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Peter Makrillos, Hugo Boumous, Kay Tejan, Safuwan Baharudin, Jefferson Tabinas, Harith Haiqal, & Chrigor Moraes.
Pertukaran: 65’ Alexander Agyarkwa > Peter Makrillos, 65’ Selvan Anbualagan > Hugo Boumous, 80’ Eduardo Sosa > Alexander Agyarkwa, 90+3’ Arbenit Xhemajli > Faisal Halim.






