Match Preview FA R16 (2) | Selangor FC vs Sabah FC | For The Supporters

Selangor FC akan menerima kunjungan Sabah FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya bagi aksi timbal balik Pusingan 16 Piala FA 2026/27, hari ini jam 9 malam.

Empat pasukan Liga A1 Semi-Pro turut bersaing bersama 12 kelab Liga Super dalam saingan Piala FA 2026/27 musim ini. Skuad Gergasi Merah telah diundi untuk berdepan The Rhinos dalam Pusingan 16 yang dimainkan secara timbal balik.

Pusingan pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Stadium Likas. Dua jaringan Gergasi Merah dijaringankan Kay Tejan pada minit ke-33 dan Chirgor Moraes pada minit ke-50. Baca reviu perlawanan pertama Pusingan 16 di sini.

Aksi timbal balik ini akan berlangsung secara tertutup susulan hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 15 November 2025.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, mengakui ketiadaan penyokong di stadium pastinya akan dirasai, namun beliau mahu para pemain tetap memberikan komitmen yang sama.

“Walaupun jadual agak padat, kita perlu menguruskannya dengan baik. Tumpuan lebih kepada sesi pemulihan dan membuat persiapan sebaik mungkin sebagai satu pasukan. Piala FA sangat penting, jadi kita perlu kekalkan momentum yang baik, kekal kuat serta memberikan yang terbaik untuk mara sejauh mungkin demi para penyokong,” jelas beliau.

“Biarpun tanpa kehadiran penyokong di stadium, kita pastinya akan merindui sorakan dan sokongan mereka. Tetapi saya pasti mereka akan terus berada di belakang pasukan dari mana sahaja mereka berada. Pasukan akan bermain dengan tenaga dan komitmen yang sama dengan harapan dapat memberikan sesuatu yang boleh membuat mereka bangga,” tambahnya lagi.

Pihak pengurusan Selangor FC yakin barisan pemain Merah Kuning akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk mempertahankan kubu Gergasi Merah, seterusnya melangkah ke pusingan seterusnya.

Bagi penyokong yang mahu berkumpul dan menyaksikan aksi ini bersama-sama, tayangan siaran langsung perlawanan kedua Pusingan 16 #SFCSAB akan diadakan di Suasana Market Hall, hari ini jam 9 malam.

Demi Kebanggaan!

Selangor FC will welcome Sabah FC to Stadium MBPJ, Kelana Jaya for the second leg of the 2026/27 Piala FA Round of 16 today with kick-off scheduled for 9pm.

Four Liga A1 Semi-Pro sides are competing alongside 12 Liga Super clubs in this season’s Piala FA 2026/27 campaign. The Red Giants were drawn against The Rhinos in the Round of 16, which is being played over two legs.

The first leg saw both sides share the spoils in a 2-2 draw at Stadium Likas. Selangor’s two goals were scored by Kay Tejan in the 33rd minute and Chirgor Moraes in the 50th minute. Read the review of the first-leg Round of 16 clash here.

The second leg will be played behind closed doors following a sanction imposed by the FAM Disciplinary Committee on 15 November 2025.

Selangor FC Head Coach, Kim Pan-gon, acknowledged that the absence of supporters at the stadium will certainly be felt, but stressed that he wants the players to maintain the same level of commitment.

“Although the schedule is quite demanding, we need to manage it well. Our focus is more on recovery sessions and preparing as well as possible as a team. The Piala FA is very important, so we need to maintain our good momentum, stay strong and give our best to progress as far as possible for our supporters,” he said.

“Although our supporters will not be at the stadium, we will certainly miss their cheers and support. But I am sure they will continue to be behind the team wherever they are. The team will play with the same energy and commitment, with the hope of giving them something to be proud of,” he added.

The Selangor FC management is confident that the Red and Yellow players will make the most of this opportunity to defend the Red Giants’ fortress and secure their place in the next round.

For supporters looking to gather and watch the match together, a live screening of the second-leg Round of 16 clash #SFCSAB will be held at Suasana Market Hall today at 9pm.

Demi Kebanggaan!

Leave a Comment

GALLERY ALBUM

SINCE 1905

THE RED GIANTS
MUSEUM

120 YEARS OF PRIDE
PASSION • LEGACY
BEGIN THE TOUR →