Match Review FA QF (1) | Star City FC 1-4 Selangor FC | We Take a 4-1 Lead in Kangar

Selangor FC membawa kelebihan 4-1 ke aksi kedua Suku Akhir Piala FA 2026/27 selepas menewaskan Star City FC dalam aksi pertama di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar semalam.

Star City FC terlebih dahulu menjaringkan gol sulung #SCTSFC pada minit ke-18 hasil jaringan Moses Atede. Tidak lama kemudian, Chrigor Moraes menyamakan kedudukan dengan tandukan tepat beliau selepas menerima hantaran atas Jefferson Tabinas dari sebelah kiri pada minit ke-21. Sebelum rehat, Vitor Pernambuco pula meledak gol voli pada minit ke-43 selepas percubaan pihak lawan untuk mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya jatuh tepat ke kakinya. Azfar Fikri juga membuat percubaan sama namun Sikh Izhan berjaya menepis keluar bola tersebut.

Vitor Pernambuco berjaya mencuri bola daripada pihak lawan dan meleretkan bola ke tengah kotak penalti, kemudian Chrigor Moraes mengalahkan Farhan Abdul Majid serta menjaringkan gol pada minit ke-61. Beberapa pertukaran dibuat, permainan kekal rancak dengan percubaan demi percubaan daripada kedua-dua pasukan. Jaringan sekali lagi menemui Chrigor Moraes pada minit ke-87 hasil hantaran ke hadapan Izwan Yuslan. Chrigor Moraes melengkapkan hatrik pertamanya musim ini untuk memastikan Selangor FC membawa pulang kemenangan 4-1 ke aksi kedua di Stadium MBPJ nanti.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, beliau bangga melihat corak permainan serta karakter yang dipamerkan oleh para pemain dalam usaha mendapatkan kelebihan untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Kita cuba untuk kembali kepada cara permainan yang kita mahukan, dengan mempunyai mentaliti yang kuat serta kekuatan fizikal, seperti yang diperlukan dalam bola sepak. Walaupun kita masih jauh untuk mencapai tahap tersebut, para pemain telah memberikan yang terbaik dalam perlawanan semalam. Mereka berjaya mengatasi keadaan sukar dan saya sangat bangga dengan mereka,” jelas Kim Pan-gon.

“Kita tahu Star City FC tidak pernah tewas di laman sendiri. Mereka mempunyai barisan pemain yang hebat dan secara keseluruhan merupakan sebuah pasukan yang kuat. Saya boleh katakan pasukan kita bersatu dan menunjukkan keinginan untuk mara ke pusingan seterusnya. Mereka tidak mudah berputus asa walaupun kita dibolosi terlebih dahulu. Para pemain cuba mencipta lebih banyak peluang dan mengawal permainan sepenuhnya. Walaupun begitu, kita tidak boleh terlalu yakin dan perlu membuat persiapan dengan lebih baik untuk pusingan seterusnya,” tegas beliau.

Selepas ini, saingan bola sepak Malaysia akan berehat selama dua minggu bagi memberi laluan kepada kalendar antarabangsa FIFA. Enam pemain Gergasi Merah turut menerima panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan masing-masing: senarai pemain di sini.

Kemenangan ini memberikan Gergasi Merah kelebihan menjelang aksi kedua Suku Akhir di Stadium MBPJ nanti. Pasukan akan menggunakan tempoh rehat ini untuk kembali dengan persiapan terbaik sebelum meneruskan perjuangan bagi memastikan tempat ke pusingan seterusnya.

Demi Kebanggaan!

Kesebelasan Utama: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Eduardo Sosa, Safuwan Baharudin, Jefferson Tabinas, Syahir Bashah, Chrigor Moraes & Vitor Pernambuco.

Pertukaran: 64’ Selvan Anbualagan > Vitor Pernambuco, 64’ Peter Makrillos > Syahir Bashah, 74’ Mukhairi Ajmal > Faisal Halim, 85’ Izwan Yuslan > Eduardo Sosa & 85’ Muhammad Khalil > Nooa Laine.

Selangor FC take a 4-1 advantage into the second leg of the 2026/27 FA Cup Quarter-Finals after defeating Star City FC in the first leg at Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar yesterday.

Star City FC took the lead first, scoring the opening goal of #SCTSFC in the 18th minute through Moses Atede. Not long after, Chrigor Moraes levelled the score with a well-placed header after receiving a cross from Jefferson Tabinas on the left in the 21st minute. Before the break, Vitor Pernambuco put Selangor FC ahead with a volley in the 43rd minute after the opposition’s attempt to clear the ball from the danger area fell straight to his feet. Azfar Fikri also had a similar attempt, but Sikh Izhan managed to parry the ball away.

Vitor Pernambuco won the ball from the opposition and drove it into the centre of the penalty area, before Chrigor Moraes beat Farhan Abdul Majid and found the net in the 61st minute. Several substitutions were made, while the game remained lively with attempts from both sides. Chrigor Moraes found the net once again in the 87th minute following a forward pass from Izwan Yuslan. Chrigor Moraes completed his first hat-trick of the season to ensure Selangor FC take a 4-1 victory into the second leg at Stadium MBPJ.

According to Selangor FC Head Coach, Kim Pan-gon, he was proud to see the style of play and character shown by the players in their efforts to gain an advantage and progress to the next stage.

“We tried to get back to the way we want to play, with a strong mentality and physical strength, as demanded in football. Although we are still far from reaching that level, the players gave their best in yesterday’s match. They managed to overcome difficult conditions and I am very proud of them,” said Kim Pan-gon.

“We know that Star City FC have never lost at home. They have a great line-up and are a strong team as a whole. I can say that our team united together and showed that they wanted to qualify for the next round. They did not give up easily even though we conceded first. The players tried to create more chances and fully control the game. Despite that, we cannot be overconfident and need to prepare ourselves better for the next round,” he stressed.

Following this, Malaysian football will take a two-week break to make way for the FIFA international calendar. Six Red Giants players have also received call-ups to represent their respective national teams: player list here.

This victory gives the Red Giants an advantage ahead of the second leg of the Quarter-Finals at Stadium MBPJ. The team will use this break to return with the best possible preparations before continuing their fight to secure a place in the next round.

Demi Kebanggaan!

Starting XI: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Eduardo Sosa, Safuwan Baharudin, Jefferson Tabinas, Syahir Bashah, Chrigor Moraes & Vitor Pernambuco.

Substitutions: 64’ Selvan Anbualagan > Vitor Pernambuco, 64’ Peter Makrillos > Syahir Bashah, 74’ Mukhairi Ajmal > Faisal Halim, 85’ Izwan Yuslan > Eduardo Sosa & 85’ Muhammad Khalil > Nooa Laine.

Leave a Comment

GALLERY ALBUM

SINCE 1905

THE RED GIANTS
MUSEUM

120 YEARS OF PRIDE
PASSION • LEGACY
BEGIN THE TOUR →