Selangor FC meneruskan perjuangan dalam kempen Piala FA 2026/27 apabila berkunjung ke Perlis bagi aksi pertama Suku Akhir menentang Star City FC di Stadium Tuanku Syed Putra, esok, 19 September, jam 9:00 malam.
Empat pasukan Liga A1 Semi-Pro turut bersaing bersama 12 kelab Liga Super dalam saingan Piala FA 2026/27 musim ini. Skuad Gergasi Merah mara ke peringkat Suku Akhir selepas menyingkirkan Sabah FC 4-3 secara agregat dalam Pusingan 16 yang dijalankan secara timbal balik.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, melihat persiapan pasukan menjelang aksi tersebut berada pada landasan yang positif dengan para pemain menunjukkan semangat juang dan komitmen tinggi sepanjang tempoh persiapan.
“Persiapan pasukan setakat ini berjalan dengan baik. Semangat juang semua pemain juga berada pada tahap yang baik, lebih-lebih lagi selepas kita berjaya memberikan persembahan yang baik dalam perlawanan sebelum ini. Kita telah berikan fokus kepada pemulihan, latihan dan perancangan untuk perlawanan esok. Sudah semestinya kita mahu memberikan persembahan terbaik untuk para penyokong dan juga kelab,” jelas beliau.
Menyentuh mengenai cabaran Star City FC, Kim Pan-gon mengakui pasukan lawan memiliki kekuatan tersendiri, “Star City merupakan sebuah pasukan yang kuat. Mereka mempunyai pemain yang bagus dan berpengalaman di semua posisi utama. Kita menghormati dan bersedia untuk menyahut cabaran mereka serta akan berikan yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan,” tambah beliau.
Skuad Gergasi Merah pastinya akan turun dengan misi untuk membawa pulang kelebihan bagi aksi kedua Suku Akhir nanti. Apa jua yang terjadi sepanjang 90 minit esok adalah penting dalam usaha mencipta kelebihan di Perlis. Ayuh, Merah Kuningku!
Bagi yang berada di Lembah Klang, ayuh ke Suasana Market Hall untuk menyaksikan siaran langsung aksi pertama Suku Akhir #SCTSFC, esok jam 9:00 malam.
Demi Kebanggaan!
–
Selangor FC continue their campaign in the 2026/27 FA Cup as they travel to Perlis for the first leg of the Quarter-Finals against Star City FC at Stadium Tuanku Syed Putra tomorrow, 19 September, at 9:00pm.
Four Liga A1 Semi-Pro sides are competing alongside 12 Liga Super clubs in this season’s 2026/27 FA Cup. The Red Giants progressed to the Quarter-Finals after eliminating Sabah FC 4-3 on aggregate in the Round of 16, which was played over two legs.
Selangor FC Head Coach, Kim Pan-gon, said the team’s preparations ahead of the match have been positive, with the players showing strong fighting spirit and high commitment throughout the preparation period.
“Our preparations so far have been good. The fighting spirit among all the players are also at a good level, especially after we managed to put in a good performance in the previous match. We have focused on recovery, training and our plan for tomorrow’s match. Of course, we want to give our best performance for the supporters and the club,” he said.
Speaking about the challenge posed by Star City FC, Kim Pan-gon acknowledged that the opposition have their own strengths. “Star City are a strong team. They have good and experienced players in all the key positions. We respect them and are ready to take on their challenge, and we will give our best to get the win,” he added.
The Red Giants will head into the match with the mission of gaining an advantage ahead of the second leg of the Quarter-Finals. Whatever happens over the 90 minutes tomorrow will be important in our efforts to gain an advantage in Perlis. Come on, Red and Yellow!
For those in the Klang Valley, come to Suasana Market Hall to watch the live screening of the first-leg Quarter-Final of #SCTSFC tomorrow at 9:00pm.
Demi Kebanggaan!






