Selangor FC took a narrow 2-1 advantage into the second leg of the 2026/27 FA Cup Semi-Final after edging past Kuching City FC in the first leg at Stadium MBPJ, Kelana Jaya, yesterday.
The thrilling encounter saw Kuching City FC open the scoring as early as the ninth minute through Ramadhan Saifullah. However, Selangor FC fought back to level the score ten minutes later, with Eduardo Sosa finishing off a pass from Hugo Boumous to find the back of the net. The equaliser gave the Red Giants renewed impetus to push for a lead before the half-time whistle.
In the second half, both sides continued to attack in search of the go-ahead goal. In the 58th minute, Eduardo Sosa once again delighted the Red Giants faithful by scoring his second goal of the night after receiving a pass from Chrigor Moraes. The goal put Selangor FC 2-1 ahead, and the score remained unchanged until the final whistle, despite both teams’ efforts to add to the tally.
Selangor FC head coach Kim Pan-gon acknowledged that his players had faced considerable pressure to win the first leg, but expressed his pride in their commitment and determination.
“I think yesterday’s win was very important before we played the second leg away. I could see that the players were under a lot of pressure to win this match. Honestly, the players deserved this victory because they worked hard, ran more than the opposition and showed a stronger desire to win. I would also like to thank all the Red Giants supporters who came to support us and created a fantastic atmosphere yesterday,” he said.
“However, one area we need to improve is our tendency to concede goals. If we want to become a strong team, we must address this. We also need to learn from this match and make the necessary corrections before our next game. Overall, I am proud of the players because they showed from start to finish that they want to reach the final and are ready to take on this challenge,” he added.
Kim Pan-gon also provided an update on Man of the Match Eduardo Sosa, who had to be substituted out because he sustained a hamstring injury during the match, “Sosa performed very well for the team. However, he may have suffered a hamstring injury during the match and asked to be substituted. We will assess his condition and hope he will still be available for the next semi-final match,” he explained.
Next, the Red Giants will welcome Star City FC to MBPJ Stadium, Kelana Jaya, on 1st November for the 2026/27 Unifi Malaysia Super League fixture, kicking off at 9.00 pm. Tickets are available here.
Selangor FC would like to extend our heartfelt thanks to the 7,062 supporters who filled Stadium MBPJ, Kelana Jaya, with their cheers and unwavering support throughout yesterday’s match. The 2-1 advantage provides the Red and Yellow side with an important boost ahead of the second leg of the FA Cup semi-final at Stadium Taha Ariffin, Kuching.
Demi Kebanggaan!
Starting XI: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Hugo Boumous, Eduardo Sosa, Selvan Anbualangan, Safuwan Baharudin, Jefferson Tabinas, Syahir Bashah & Chrigor Moraes ©.
Substitutions: 63’ Kay Tejan > Eduardo Sosa, 83’ Vitor Pernambuco > Hugo Boumous, 87’ Izwan Yuslan > Selvan Anbualangan, 87’ Harith Haiqal > Safuwan Baharudin & 87’ Zikri Khalili > Quentin Cheng.
–
Selangor FC membawa bekalan kelebihan tipis 2-1 ke aksi kedua Separuh Akhir Piala FA 2026/27 selepas mengecewakan Kuching City FC dalam aksi pertama di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.
Perlawanan yang penuh debaran ini menyaksikan Kuching City FC membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi Ramadhan Saifullah. Walau bagaimanapun, Selangor FC bangkit menyamakan kedudukan 10 minit kemudian apabila Eduardo Sosa menyudahkan hantaran daripada Hugo Boumous untuk meledak gawang lawan. Jaringan tersebut menyuntik semangat buat skuad Gergasi Merah untuk terus memburu gol pendahuluan sebelum tamat separuh masa pertama.
Masuk separuh masa kedua, kedua-dua pasukan terus mengatur serangan bagi mencari gol pendahuluan. Pada minit ke-58, Eduardo Sosa sekali lagi menceriakan penyokong Gergasi Merah apabila berjaya meledak gol kedua peribadinya selepas menerima hantaran daripada Chrigor Moraes. Jaringan tersebut meletakkan Selangor FC di hadapan 2-1 dan keputusan tersebut kekal sehingga wisel penamat dibunyikan meskipun kedua-dua pasukan terus berusaha menambah jaringan.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, mengakui bahawa para pemain berdepan tekanan untuk memenangi aksi pertama ini tetapi beliau bangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka.
“Saya rasa kemenangan semalam sangat penting sebelum kita beraksi di tempat lawan. Saya rasakan para pemain berada di bawah tekanan yang tinggi untuk memenangi perlawanan ini. Sejujurnya, para pemain memang layak mendapat kemenangan ini kerana mereka bekerja keras, berlari lebih banyak dan menunjukkan keinginan yang lebih tinggi untuk menang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong Gergasi Merah yang hadir berikan sokongan dan mewujudkan suasana yang hebat semalam,” kata beliau.
“Walau bagaimanapun, antara satu perkara yang perlu kita perbaiki ialah membiarkan pihak lawan menjaringkan gol. Jika kita mahu menjadi pasukan yang kuat, aspek ini perlu diperbaiki. Kita juga perlu mengambil pengajaran daripada perlawanan ini dan membuat pembetulan yang diperlukan sebelum perlawanan seterusnya. Secara keseluruhan, saya bangga dengan para pemain kerana mereka menunjukkan dari awal hingga akhir bahawa mereka mahu mara ke final dan bersedia untuk menghadapi cabaran ini,” tambahnya lagi.
Kim Pan-gon juga sempat berkongsikan keadaan Pemain Terbaik perlawanan ini, Eduardo Sosa yang terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan hamstring semasa perlawanan, “Sosa beraksi dengan sangat baik untuk pasukan, namun mungkin beliau mengalami kecederaan hamstring semasa perlawanan dan minta untuk dikeluarkan. Kami akan memeriksa keadaannya dan berharap dia masih dapat diturunkan dalam perlawanan separuh akhir seterusnya.
Seterusnya, skuad Gergasi Merah akan menerima kunjungan Star City FC pada 1 November ini di Stadium MBPJ, Kelana Jaya bagi saingan Unifi Liga Super 2026/27 pada jam 9 malam. Tiket di sini.
Pihak pengurusan Selangor FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 7,062 penyokong yang telah menggema Stadium MBPJ, Kelana Jaya dengan sorakkan serta sokongan anda sepanjang perlawanan semalam. Kami yakin, kelebihan 2-1 ini menjadi belakan penting buat skuad Merah Kuning menjelang aksi kedua Separuh Akhir di Stadium Taha Ariffin, Kuching.
Demi Kebanggaan!
Kesebelasan Utama: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Hugo Boumous, Eduardo Sosa, Selvan Anbualangan, Safuwan Baharudin, Jefferson Tabinas, Syahir Bashah & Chrigor Moraes ©.
Pertukaran: 63’ Kay Tejan > Eduardo Sosa, 83’ Vitor Pernambuco > Hugo Boumous, 87’ Izwan Yuslan > Selvan Anbualangan, 87’ Harith Haiqal > Safuwan Baharudin & 87’ Zikri Khalili > Quentin Cheng.






