Selangor FC akan menerima kunjungan Kuching City FC bagi perlawanan pertama Separuh Akhir Piala FA 2026/27 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, esok, 23 Oktober, jam 9 malam.
Empat pasukan Liga A1 Semi-Pro turut bersaing bersama 12 kelab Liga Super dalam saingan Piala FA 2026/27 musim ini. Skuad Gergasi Merah mara ke peringkat Suku Akhir selepas menyingkirkan Sabah FC 4-3 secara agregat dalam Pusingan 16 yang dijalankan secara timbal balik. Kemudian pasukan mengesahkan kemaraan ke Separuh Akhir selepas menewaskan Star City FC secara agregat 6-4.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, mengakui bahawa Kuching City FC merupakan antara pasukan yang kuat musim ini, namun beliau yakin pasukan faham akan pentingnya perlawanan esok.
“Sebaik sahaja tamat perlawanan minggu lalu, tumpuan lebih kepada pemulihan pemain sambil membuat persiapan taktikal bagi menghadapi Kuching City FC. Kami sentiasa memantau perkembangan pemain yang mengalami kecederaan serta menilai kesesuaian pemain untuk menentukan kesebelasan utama dan pendekatan terbaik bagi perlawanan tersebut. Selain itu, para pemain berada dalam keadaan yang baik dan saya yakin mereka memahami kepentingan perlawanan ini untuk mara ke pentas final,” jelas Kim Pan-gon ketika mengulas berkenaan persiapan pasukan.
Beliau turut kongsikan pandangannya mengenai kekuatan pasukan lawan, “Kuching City merupakan antara skuad terbaik dalam Liga Malaysia musim ini dan mereka mempunyai pemain yang berkualiti di setiap posisi. Kami telah menganalisis kekuatan mereka dan telah merangka pendekatan terbaik untuk menghadapi cabaran ini. Walau bagaimanapun, kita juga perlu percaya kepada kekuatan pasukan sendiri kerana kelebihan kita terletak pada semangat berpasukan.”
Skuad Merah Kuning akan berjuang untuk mendapatkan kelebihan di laman sendiri dalam usaha membawa bekalan positif menjelang aksi timbal balik dan meningkatkan peluang untuk mara ke Perlawanan Akhir.
Ayuh Gergasi Merah, sama-sama kita Merahkan Stadium MBPJ, Kelana Jaya dengan menyarung jersi Home pada hari esok dengan kehadiran dan laungan sokongan anda. Dapatkan tiket di sini.
Demi Kebanggaan!
–
Selangor FC will host Kuching City FC in the first leg of the 2026/27 FA Cup Semi-Final at Stadium MBPJ, Kelana Jaya, tomorrow, 23 October, at 9.00 pm.
Four Liga A1 Semi-Pro teams are competing alongside 12 Liga Super clubs in this season’s 2026/27 FA Cup. The Red Giants reached the Quarter-Finals after eliminating Sabah FC 4-3 on aggregate in the two-legged Round of 16. The team then secured the place in the Semi-Finals after defeating Star City FC 6-4 on aggregate.
Selangor FC Head Coach Kim Pan-gon acknowledged that Kuching City FC are one of the strong teams this season, but he is confident that the team understands the importance of tomorrow’s match.
“Following the conclusion of last week’s match, our focus has been on player recovery while preparing tactically to face Kuching City FC. We are constantly monitoring the progress of injured players and assessing their fitness to determine the starting line-up and the best approach for the match. In addition, the players are in good condition, and I am confident that they understand the importance of this match in our pursuit of a place in the Final,” said Kim Pan-gon when commenting on the team’s preparations.
He also shared his views on the opposition’s strengths. “Kuching City are one of the best squads in the Malaysian League this season, and they have quality players in every position. We have analysed their strengths and developed the best approach to face this challenge. However, we must also believe in our own strengths, as our advantage lies in our team spirit.”
The Red and Yellow squad will fight to gain an advantage on home soil in an effort to take a positive result into the second leg and improve their chances of reaching the Final.
Come on, Red Giants! Let us turn Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Red by wearing our Home jerseys and showing our support through our presence and loud cheers tomorrow. Get your tickets here.
Demi Kebanggaan!






