WOMEN’S TEAM 2026 SEASON WRAP UP

Skuad Wanita Selangor FC menamatkan kempen 2026 yang penuh gemilang selaku Naib Juara Liga Wanita Nasional (LWN), selain turut melakar kejuaraan berganda bersejarah dalam saingan Women’s Super League FAS (FASWSL) dengan merangkul kejuaraan liga serta Piala FA.

Di pentas kebangsaan, Skuad Wanita Selangor FC menamatkan LWN 2026 dengan kutipan 25 mata bagi mengesahkan tempat ke Separuh Akhir kelompok empat pasukan terbaik. Selepas berjaya melepasi peringkat Separuh Akhir, pasukan terpaksa akur di pentas Akhir yang sengit apabila tewas tipis 1-0 kepada Sabah FA. Sementara itu, dalam saingan FASWSL dan FASWFA, skuad Gergasi Merah mendominasi kejohanan dengan mencatat kemenangan dalam semua perlawanan dan membawa pulang kedua-dua trofi kejuaraan.

Memanfaatkan sepenuhnya kuota empat pemain import yang dibenarkan liga, teras pasukan diperkuatkan oleh empat tonggak antarabangsa yang berpengalaman iaitu pemain tengah dari Korea Republik, Yeo Minji (33 tahun), pemain pertahanan dari Taiwan Chen Tzu Chen (28 tahun), penyerang dari Amerika Selatan, Julissa Cisneros (26 tahun) dan pemain tengah dari Amerika Selatan, Sakura Yoshida (26 tahun). Pengalaman luas mereka di pentas antarabangsa terbukti memainkan peranan penting dalam membimbing barisan pemain tempatan muda yang mencatatkan purata umur keseluruhan skuad pada usia 22 tahun.

Sepanjang kempen berlangsung, Sakura Yoshida merekodkan minit permainan tertinggi buat pasukan dengan 1,014 minit. Beliau diikuti oleh Julissa Cisneros (971 minit), Najwa Irdina (890 minit), Yeo Minji (744 minit) dan Thivashini Sivakumar (727 minit). Kelima-lima pemain ini mendahului carta minit permainan pasukan bagi musim ini.

Di jentera serangan, pasukan berjaya meledak 59 gol dalam 12 perlawanan. Julissa Cisneros muncul sebagai penjaring terbanyak pasukan dan juga penjaring terbanyak keseluruhan liga dengan 20 gol. Sakura Yoshida menyumbang lapan gol, diikuti Ainsyah Murad dengan tujuh gol, Yeo Minji enam gol dan Kaseh Carlmila lima gol. Najwa Irdina, Ku Nuwairah, Thivashini Sivakumar, Ayuna Anjani dan Marissa Aleya masing-masing menambah dua gol, manakala baki gol tunggal disumbangkan oleh Balqis Zamrin, Aisha Lynn Faris dan Arliana Nabila.

Tugas selaku perancang utama pula diterajui oleh Ainsyah Murad yang mendahului carta bantuan gol (assist) dengan 15 bantuan gol. Thivashini Sivakumar dan Julissa Cisneros masing-masing mencatat lapan bantuan gol, diikuti Sakura Yoshida dengan empat, manakala Najwa Irdina, Kaseh Carlmila dan Yeo Minji masing-masing menyumbang tiga bantuan gol. Satu bantuan gol pula direkodkan oleh Ku Nuwairah, Balqis Zamrin, Harrienianeeka Indran, Aisha Lynn Faris, Marissa Aleya dan Nornatasha Hassan.

Di benteng pertahanan, pasukan berjaya mencatat lapan rekod tanpa bolos (clean sheet) daripada 19 perlawanan; lapan daripada kejohanan LWN, lapan daripada FASWSL perlawanan dan tiga daripada FAS Piala FA.

Selain itu, secara individu, para pemain turut diiktiraf menerusi pelbagai anugerah perlawanan dan kejohanan. Dalam saingan LWN, Julissa Cisneros menerima tiga pengiktirafan Star of the Match, manakala Yeo Minji, Ainsyah Murad, Ayuna Anjani, Kaseh Carlmila, Nurfarisya Hanim dan Najwa Irdina masing-masing meraih satu anugerah. Bagi kempen FASWSL pula, Ainsyah Murad mendahului dengan tiga gelaran Star of the Match, diikuti satu anugerah masing-masing buat Najwa Irdina, Nurhadfina Firdaus, Kaseh Carlmila, Julissa Cisneros dan Yeo Minji, sementara Marissa Aleya turut merangkul satu gelaran Star of the Match dalam saingan Piala FA FAS. Lebih membanggakan, Ainsyah Murad turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) manakala Daiyana Wardina berkongsi anugerah Sarung Tangan Emas (Golden Glove) bersama pemain MBPJ FC.

Antara pencapaian lain, dua pemain muda pasukan berjaya menembusi pasukan Kebangsaan iaitu Thivashini Sivakumar dan Nurdiana Syafiqah dalam Perlawanan Antarabangsa bulan Oktober menentang Arab Saudi. Selain itu, Ainsyah Murad pula berjaya mendapat panggilan percubaan di Belanda bersama pasukan PEC Zwolle Vrouwen selama dua minggu.

Pihak pengurusan Selangor FC merakamkan ucapan tahniah kepada Skuad Wanita Selangor FC atas pencapaian cemerlang dalam kedua-dua kejohanan ini, serta mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan atas dedikasi tanpa jemu mereka sepanjang musim 2026.

Demi Kebanggaan!

–

Selangor FC Women concluded a remarkable 2026 campaign by finishing as runners-up in the Liga Wanita Nasional (LWN), while also securing a historic double in the FAS Women’s Super League (FASWSL) with both the league title and the FA Cup.

On the national stage, Selangor FC Women finished the 2026 LWN with 25 points to book a spot in the top-four semi-finals. After advancing past the semi-final stage, the team fell just short in a hard-fought final, losing 1-0 to Sabah FA. Meanwhile, in the FASWSL and FAS Women’s FA Cup (FASWFA), the Red Giants dominated the competitions by winning every match to bring home both championship trophies.

Taking full advantage of the league’s four-foreigner quota, the squad’s core was bolstered by a seasoned quartet of international imports, they are, Korean midfielder Yeo Minji (33), Taiwanese defender Chen Tzu Chen (28), American forward Julissa Cisneros (26), and American midfielder Sakura Yoshida (26). Their extensive international experience proved vital in guiding a youthful local roster with an overall average squad age of 22.

Throughout the campaign, Sakura Yoshida registered the most minutes on the pitch for the team with 1,014 minutes. She was followed by Julissa Cisneros (971 minutes), Najwa Irdina (890 minutes), Yeo Minji (744 minutes), and Thivashini Sivakumar (727 minutes). These five players topped the team’s minutes played chart for the season.

In front of goal, the squad found the back of the net 59 times in 12 matches. Julissa Cisneros emerged as the team’s leading marksman and the overall top scorer in the league with 20 goals. Sakura Yoshida contributed eight goals, followed by Ainsyah Murad with seven, Yeo Minji with six, and Kaseh Carlmila with five. Najwa Irdina, Ku Nuwairah, Thivashini Sivakumar, Ayuna Anjani, and Marissa Aleya added two goals each, while Balqis Zamrin, Aisha Lynn Faris, and Arliana Nabila chipped in with one goal apiece.

Playmaking duties were spearheaded by Ainsyah Murad, who led the assists chart with 15. Thivashini Sivakumar and Julissa Cisneros provided eight assists each, followed by Sakura Yoshida with four, and Najwa Irdina, Kaseh Carlmila, and Yeo Minji with three each. Single assists were also recorded by Ku Nuwairah, Balqis Zamrin, Harrienianeeka Indran, Aisha Lynn Faris, Marissa Aleya, and Nornatasha Hassan.

Defensively, the squad recorded 19 clean sheets across all competitions which are eight in the LWN, eight in the FASWSL, and three in the FAS FA Cup.

Additionally, players received individual recognition through various match and tournament awards. In the LWN, Julissa Cisneros earned three Star of the Match accolades, while Yeo Minji, Ainsyah Murad, Ayuna Anjani, Kaseh Carlmila, Nurfarisya Hanim, and Najwa Irdina each claimed one. For the FASWSL campaign, Ainsyah Murad led the way with three Star of the Match honours, followed by one each for Najwa Irdina, Nurhadfina Firdaus, Kaseh Carlmila, Julissa Cisneros, and Yeo Minji, while Marissa Aleya also picked up a Star of the Match award in the FAS FA Cup. Even more impressively, Ainsyah Murad was named Most Valuable Player (MVP), while Daiyana Wardina shared the Golden Glove award with a player from MBPJ FC.

Among other notable milestones, two young players earned call-ups to the national team, they are Thivashini Sivakumar and Nurdiana Syafiqah for the October international friendly against Saudi Arabia. Furthermore, Ainsyah Murad earned a two-week trial stint in the Netherlands with PEC Zwolle Vrouwen.

The Selangor FC management congratulates the Selangor FC Women squad on their outstanding achievements across these competitions and extends special appreciation to the coaching staff and team officials for their tireless dedication throughout the 2026 season.

Demi Kebanggaan!

Leave a Comment

GALLERY ALBUM

SINCE 1905

THE RED GIANTS
MUSEUM

120 YEARS OF PRIDE
PASSION • LEGACY
BEGIN THE TOUR →