SRG CLINCH SIXTH STRAIGHT MPL MALAYSIA TITLE, SET SIGHTS ON M8 IN TÜRKIYE

Selangor Red Giants (SRG) led 3-2 in the Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) Season 18 Grand Final at Stadium Juara, Bukit Kiara, on 1 November 2026, one game from a sixth straight title. Team Rey had crashed out early in the Season 17 playoffs. This time they fought back through the lower bracket and levelled the series at 3-3. The match went to a seventh game, the first Grand Final to do so since Season 12.

SRG won it. They took the decider to finish 4-3 and made it six consecutive MPL Malaysia championships, a record no team has matched. The Grand Final peaked at 774,511 concurrent viewers, the second-highest figure in the league’s history, according to Esports Charts.

But the story of this night began more than two years earlier.

On 2 June 2024, with Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi in the stands at the MPL MY Arena, MBSJ Stadium in Serdang Jaya, SRG beat defending champions HomeBois 4-2 in the Season 13 Grand Final. They had not lost a series all season, going 9-0 in the regular season. It was the club’s first major title, and it earned them a place at the Mid Season Cup (MSC) at the Esports World Cup in Riyadh.

Few expected what came next. On 14 July 2024, SRG met M5 world champions Falcons AP.Bren in the MSC 2024 Grand Final. The series went the distance. In game seven, a decisive team fight near the Lord pit ended in a wipeout, sparked by a three-man knock-up from roamer Yums on Minotaur. SRG won 4-3, took home the USD 1 million champions’ prize and became the first Malaysian organisation to win a major international MLBB championship. Jungler Sekys was named Finals MVP.

THE STREAK TAKES SHAPE (2024-2026)

The titles kept coming. On 3 November 2024, a 4-2 victory over Team Vamos in Johor made SRG the first back-to-back champions in MPL Malaysia history, with mid laner Stormie named Finals MVP. Reaching 812,911 peak viewers, that Grand Final remains the most-watched Malaysian esports broadcast on record. It also secured SRG’s spot at the M6 World Championship at Axiata Arena, Kuala Lumpur, where they finished third after falling to Team Liquid Indonesia in the lower bracket final.

Season 15 brought a dominant 4-0 sweep of HomeBois at Stadium Juara on 15 June 2025, with gold laner Innocent named Finals MVP. A fourth consecutive crown followed on 16 November 2025, a 4-0 sweep of CG Esports at MAEPS Serdang, with Sekys again Finals MVP. On 7 June 2026, another 4-0 sweep, this time against Team Vamos in the Season 17 Grand Final at Stadium Juara, made SRG the first team to claim five straight titles, with Yums named MVP.

However, the Red Giants’ ambitions have always extended beyond domestic dominance. They returned to the MSC Grand Final in Riyadh in August 2025, finishing runners-up to Team Liquid PH, and placed third again at the M7 World Championship at Istora Senayan, Jakarta, in January 2026. Their lower bracket final against hosts Alter Ego peaked at 5.59 million concurrent viewers, a world record for a mobile esports match at the time. Under Head Coach Arcadia and Assistant Coach OzoraVeki, the core lineup of Yums, Sekys, Innocent, Stormie, Kramm and Uni has remained a constant force throughout this historic era.

Season 18 put that resolve to the test. Entering as five-time defending champions with targets on their backs, SRG suffered a surprise Week Four defeat to RRQ Tora, a stark reminder of the tight margins at the top. They still finished the first half of the regular season top of the table, then responded with characteristic composure in the playoffs at Stadium Juara: a 3-0 sweep of Bigetron MY by VIT on 29 October, followed by victory over Team Rey in the upper bracket final to reach the Grand Final and lock in qualification for the M8 World Championship.

The grueling seven-game final culminated in victory, with EXP laner Kramm earning Finals MVP honours for his game-changing engagements and unyielding frontline presence throughout the series.

“Six consecutive titles is an achievement we never take for granted. With the competition growing fiercer each season, Team Rey pushed us to our absolute limit in a thrilling seven-game series. I am immensely proud of our players, coaching staff and support team for their unwavering discipline and effort. This championship belongs to the entire Red and Yellow family.” – Saufi Badry, Head of SRG Esports.

“Team Rey really stepped up their game. It has been a while since we experienced such an intense and enjoyable series.” – Arcadia, Head Coach, Selangor Red Giants.

SELANGOR RED GIANTS ACADEMY (SRGA)

While the flagship roster continues to write history, the organisation’s development pipeline is proving equally formidable. Selangor Red Giants Academy (SRGA) captured the MLBB Academy League Malaysia Season 6 (MAL S6) title with a squad that includes A La Venj, who earned his contract through the CelcomDigi Future Pros open application. SRGA will represent Malaysia at the inaugural MLBB Championship Tour Southeast Asia (MCT SEA) at ICONSIAM, Bangkok, from 9 to 13 December 2026. Drawn in Group D alongside Team Falcons Academy (MDL Philippines champions) and Bigetron Academy (MDL Indonesia champions), they will compete with 12 teams from 11 countries for a USD 50,000 prize pool and a pathway to M8.

Beyond the arena, SRG is building a sustainable ecosystem around five pillars: Performance; Education & Development; Health & Wellbeing; Community & Fan Experience; and Brand, Content & Commerce. Its programmes include the SRG Esports School, which introduces secondary students to career pathways in competitive play, content creation, broadcasting and team operations; the Future Pros talent pathway; and CelcomDigi Healthy Gaming school visits that promote responsible gaming. SRG was also honoured with a team award at MLBB’s 10th Anniversary celebration in Kuching.

WHAT COMES NEXT

In January 2027, the global spotlight shifts to Istanbul for the M8 World Championship, the first M Series to take place in Europe, where 16 teams will compete for a USD 1 million prize pool. Alongside Team Rey, SRG will proudly carry Malaysia’s banner on the world stage for a third consecutive M Series. Having claimed third-place finishes at both M6 and M7, the Red Giants now focus on the ultimate prize: their first world championship title.

To our fans, our partners including CelcomDigi, Yayasan MBI, Gatsby,  Indomie, Tobaki, ESI, Al Aqsa Carpets, High Cultured, Playaz, Bulan Bintang and KUSEL, and our dedicated staff, thank you for your steadfast support. Six titles have built a lasting legacy, but our journey is far from complete.

The next chapter begins in Türkiye.

Demi Kebanggaan!
–

Selangor Red Giants (SRG) berada di hadapan dengan kelebihan 3-2 dalam Grand Final Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) Musim 18 di Stadium Juara, Bukit Kiara pada 1 November 2026, hanya selangkah lagi untuk merangkul kejuaraan keenam berturut-turut. Namun, Team Rey, yang tersingkir awal pada peringkat playoff Musim 17, bangkit menerusi laluan lower bracket sebelum berjaya menyamakan kedudukan 3-3. Persaingan sengit itu akhirnya berlanjutan ke perlawanan ketujuh, menjadikannya Grand Final pertama sejak Musim 12 yang berterusan sehingga tujuh perlawanan untuk menentukan juara.

SRG akhirnya berjaya menamatkan saingan dengan kemenangan 4-3. Kejayaan itu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pasukan pertama dalam sejarah MPL Malaysia yang memenangi enam kejuaraan berturut-turut. Menurut Esports Charts, Grand Final tersebut turut mencatatkan kemuncak tontonan serentak sebanyak 774,511 penonton, angka kedua tertinggi dalam sejarah liga.

Perjalanan menuju detik kejuaraan ini sebenarnya telah bermula lebih dua tahun lalu.

Pada 2 Jun 2024, di hadapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di MPL MY Arena, Stadium MBSJ, Serdang Jaya, SRG menewaskan juara bertahan, HomeBois, dengan keputusan 4-2 dalam Grand Final Musim 13. Lebih membanggakan, SRG menamatkan keseluruhan musim tanpa tewas dalam mana-mana siri, termasuk rekod 9-0 pada musim biasa. Kejayaan itu menjadi kejuaraan utama pertama mereka dan melayakkan SRG untuk menyertai kejohanan Mid Season Cup (MSC) di Esports World Cup, Riyadh.

Tidak ramai yang menjangkakan kejayaan lebih besar bakal menyusul. Pada 14 Julai 2024, SRG berdepan juara dunia M5, Falcons AP.Bren, dalam Grand Final MSC 2024. Perlawanan sengit itu berkelanjutan sehingga perlawanan ketujuh. Dalam detik penentuan berhampiran ‘Lord’, pemain roamer, Yums, menggunakan hero Minotaur untuk melambung tiga pemain lawan serentak, membuka ruang kepada rakan sepasukan menghapuskan keseluruhan barisan lawan. SRG akhirnya menang 4-3, membawa pulang hadiah juara bernilai USD1 juta, sekaligus mencipta sejarah sebagai organisasi Malaysia pertama yang merangkul kejuaraan antarabangsa utama MLBB. Pemain jungler, Sekys, turut dinobatkan sebagai MVP Grand Final.

PERJALANAN ENAM KALI BERTURUT-TURUT

Kejayaan SRG terus berkembang dari musim ke musim. Pada 3 November 2024, kemenangan 4-2 ke atas Team Vamos di Johor menjadikan mereka pasukan pertama dalam sejarah MPL Malaysia yang berjaya mempertahankan kejuaraan, dengan pemain mid lane, Stormie, dinobatkan sebagai MVP Grand Final. Grand Final itu mencatatkan kemuncak tontonan serentak sebanyak 812,911 penonton, sekali gus kekal sebagai siaran kejohanan e-sukan Malaysia paling ramai ditonton setakat ini. Kemenangan itu juga mengesahkan tempat SRG ke Kejohanan Dunia M6 di Axiata Arena, Kuala Lumpur, dengan pasukan itu menamatkan saingan di tempat ketiga secara keseluruhan selepas tewas kepada Team Liquid Indonesia dalam aksi penentuan di pusingan final lower bracket.

Pada Musim 15, SRG sekali lagi membuktikan keunggulan mereka apabila menewaskan HomeBoys 4-0 di Stadium Juara pada 15 Jun 2025, dengan pemain gold lane, Innocent, dinobatkan sebagai MVP Grand Final. Kejuaraan keempat berturut-turut menyusul pada 16 November 2025 menerusi kemenangan 4-0 ke atas CG Esports di MAEPS Serdang, dengan Sekys sekali lagi dinobatkan sebagai MVP. Pada 7 Jun 2026, kemenangan 4-0 ke atas Team Vamos dalam Grand Final Musim 17 di Stadium Juara menjadikan SRG pasukan pertama dalam sejarah liga yang berjaya merangkul lima kejuaraan berturut-turut, dengan Yums dinobatkan sebagai MVP.

Walau bagaimanapun, aspirasi Red Giants sejak awal bukan sekadar untuk menguasai pentas domestik. SRG kembali ke Grand Final MSC di Riyadh pada Ogos 2025 dan muncul naib juara di belakang Team Liquid PH, sebelum sekali lagi menamatkan saingan di tempat ketiga Kejohanan Dunia M7 di Istora Senayan, Jakarta pada Januari 2026. Perlawanan Final lower bracket menentang tuan rumah, Alter Ego, mencatatkan 5.59 juta tontonan serentak, rekod dunia bagi perlawanan e-sukan mudah alih ketika itu. Di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Arcadia, dan Penolong Jurulatih, OzoraVeki, barisan utama yang terdiri daripada Yums, Sekys, Innocent, Stormie, Kramm dan Uni terus menjadi tunjang kekuatan pasukan sepanjang tempoh kegemilangan ini.

Musim 18 pula hadir dengan cabaran tersendiri. Sebagai juara bertahan lima kali, SRG memasuki musim ini dengan harapan tinggi dan tekanan untuk mengekalkan dominasi mereka. Kekalahan mengejut kepada RRQ Tora pada Minggu keempat menjadi peringatan bahwa persaingan di peringkat tertinggi semakin sengit dan setiap perlawanan menuntut prestasi terbaik. Walaupun begitu, SRG tetap mendahului carta pada separuh pertama musim biasa. Di peringkat playoff di Stadium Juara, SRG bangkit dengan penuh keyakinan apabila menewaskan Bigetron MY by VIT 3-0 pada 29 Oktober, sebelum mengatasi Team Rey dalam final upper bracket untuk mara ke Grand Final dan mengesahkan tempat ke Kejohanan Dunia M8.

Selepas melalui siri tujuh perlawanan yang cukup mencabar, SRG akhirnya berjaya mempertahankan kejuaraan. Pemain EXP lane, Kramm, turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Grand Final hasil sumbangan pentingnya dalam memulakan seranganserta ketahanan sebagai barisan hadapan sepanjang siri tersebut.

“Enam kejuaraan berturut-turut bukan sesuatu yang kami ambil mudah. Persaingan semakin sengit pada setiap musim dan Team Rey benar-benar menguji kemampuan kami sehingga ketahap maksimum dalam tujuh perlawanan yang cukup mendebarkan. Saya amat berbangga dengan para pemain, barisan kejurulatihan dan seluruh pasukan atas disiplin serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang musim ini. Kejuaraan ini adalah milik seluruh keluarga Merah Kuning.” – Saufi Badry, Ketua SRG Esports

“Team Rey benar-benar meningkatkan prestasi mereka. Sudah lama kami tidak melalui siri yang begitu sengit dan menyeronokkan.” – Arcadia, Ketua Jurulatih Selangor Red Giants

SELANGOR RED GIANTS ACADEMY (SRGA)

Ketika pasukan utama berada di pentas kompetitif, usaha SRG dalam membangunkan bakat baharu turut membuahkan hasil. Selangor Red Giants Academy (SRGA) muncul juara MLBB Academy League Malaysia Musim 6 (MAL S6) dengan barisan yang turut dianggotai La Venj, yang menerima kontrak menerusi permohonan terbuka CelcomDigi Future Pros. SRGA bakal mewakili Malaysia dalam edisi sulung MLBB Championship Tour Southeast Asia (MCT SEA) di ICONSIAM, Bangkok dari 9 hingga 13 Disember 2026. Diundi dalam Kumpulan D bersama Team Falcons Academy (juara MDL Filipina) dan Bigetron Academy (juara MDL Indonesia), SRGA akan bersaing dengan 12 pasukan dari 11 negara bagi merebut hadiah bernilai USD50,000 serta laluan ke M8.

SRG kekal komited dalam membangunkan ekosistem e-sukan yang mampan menerusi lima tonggak utama, iaitu Prestasi; Pendidikan & Pembangunan; Kesihatan & Kesejahteraan; Komuniti & Pengalaman Peminat; serta Jenama, Kandungan & Perdagangan. Antara usaha yang dilaksanakan ialah program SRG Esports School, yang memberi pendedahan kepada murid sekolah menengah tentang laluan kerjaya dalam industri e-sukan seperti pemain profesional, penciptaan kandungan, pengacaraan dan pengurusan pasukan; laluan bakat Future Pros; serta lawatan sekolah CelcomDigi Healthy Gaming yang menggalakkan amalanbermain secara bertanggungjawab. SRG turut menerima anugerah kehormat pasukansempena sambutan Ulang Tahun ke-10 MLBB di Kuching.

Pada Januari 2027, Kejohanan Dunia M8 akan berlangsung di Istanbul, edisi pertama M Series yang diadakan di Eropah, dengan 16 pasukan bersaing merebut hadiah bernilai USD1 juta. Bersama Team Rey, SRG akan membawa nama Malaysia ke pentas dunia buat kali ketiga berturut-turut. Selepas dua kali menamatkan saingan di tempat ketiga pada M6 dan M7, Red Giants kini mengalihkan fokus kepada sasaran yang lebih besar, iaitu merangkul gelaran juara dunia buat kali pertama.

Buat semua peminat, rakan kerjasama strategik termasuk CelcomDigi, Yayasan MBI, Gatsby, Indomie, Tobaki, ESI, Al Aqsa Carpets, High Cultured, Playaz, Bulan Bintang dan KUSEL, serta seluruh warga kerja yang sentiasa berdiri teguh bersama kami, terima kasih atas dukungan yang tidak pernah putus. Enam kejuaraan telah menjadi sebahagian daripadasejarah dan legasi yang dibina bersama. Namun, perjalanan kami masih belum berakhir.

Perjalanan seterusnya bermula di Türkiye.

Demi Kebanggaan!

Leave a Comment

GALLERY ALBUM

SINCE 1905

THE RED GIANTS
MUSEUM

120 YEARS OF PRIDE
PASSION • LEGACY
BEGIN THE TOUR →