Match Review FA QF (2) | Selangor FC 2-3 Star City FC | AGG: 6-4 | Through The Semi Final

Selangor FC progressed to the semi-finals of the 2026/27 FA Cup with a 6-4 aggregate victory, despite suffering a 3-2 defeat to Star City FC in the second leg of their quarter-final tie at Stadium MBPJ, Kelana Jaya, yesterday.

The Red Giants opened the scoring in the eighth minute through Zikri Khalili, who headed home Adib Ra’op’s corner kick. Selangor FC doubled their lead in the 35th minute when Vitor Pernambuco latched onto a long pass from Syahir Bashah, beat the opposing goalkeeper and fired the ball into the net.

In the second half, Star City FC increased the pressure in an attempt to turn the game around. Their efforts paid off when Moses Atede scored in the 61st minute, followed by Pedro Santos in the 75th minute. Ramon Machado then scored Star City FC’s third goal in the 90th minute. Despite the defeat, Selangor FC secured their place in the semi-finals with a 6-4 aggregate victory.

Selangor FC head coach Kim Pan-gon said the team must learn from the match, improve their performance and raise the quality of their play ahead of their next fixture.

“After the FIFA international break, the first match is usually quite difficult for us. We played well, particularly in the first half. In the second half, I made a few changes and experimented with different positions for some players. I also wanted to give opportunities to players who have shown their abilities. I admit that some of the experiments worked, while others did not, but we can learn from these experiences and apply those lessons in our next match,” he said.

“We created plenty of chances but failed to convert them. This is an area we need to improve. I feel disappointed, particularly for the Selangor supporters who came to show their support. The team’s performance yesterday fell below expectations. We need to prepare better, improve the quality of our play and come back stronger,” he added.

Next, the Red Giants will face Penang FC this Saturday, 17 October, at 8.15 pm at Stadium MBPJ. Get your tickets now from this link. 

Despite losing the second leg, the Red Giants have successfully secured their place in the 2026/27 FA Cup semi-finals. The team must remain determined to repay the support of the 3,757 fans who attended by delivering a much-improved performance in their next match.

Starting XI: Sikh Izhan, Arbenit Xhemajli, Peter Makrillos, Eduardo Sosa, Zikri Khalili, Selvan Anbualangan, Safuwan Baharudin ©, Syahir Bashah, Adip Ra’op, Izwan Yuslan & Vitor Pernambuco.

Substitutions: 46’ Harith Haiqal > Safuwan Baharudin, 46’ Kay Tejan > Izwan Yuslan, 72’ Pedro Ataide > Eduardo Sosa, 78’ Nooa Laine > Peter Makrillos & 90’ Haykal Danish > Selvan Anbualagan.

Suspension: Chrigor Moraes

1st Club Debut:  Pedro Ataide & Haykal Danish.
–
–

Selangor FC mara ke pusingan separuh akhir Piala FA 2026/27 dengan kemenangan agregat 6-4 meskipun tewas 2-3 kepada Star City FC dalam aksi timbal balik kedua suku akhir di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, semalam.

Skuad Merah Kuning membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi tandukan Zikri Khalili selepas menerima hantaran sepakan penjuru daripada Adib Ra’op. Selangor FC kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-35 apabila Vitor Pernambuco menyempurnakan hantaran jauh Syahir Bashah dengan menewaskan penjaga gol lawan dan merembat masuk gol.

Dalam separuh masa kedua, Star City FC meningkatkan tekanan untuk merapatkan jurang. Usaha mereka membuahkan hasil apabila Moses Atede menjaringkan gol pada minit ke-61, sebelum Pedro Santos menambah jaringan pada minit ke-75. Ramon Machado kemudian menjaringkan gol ketiga Star City FC pada minit ke-90. Walau bagaimanapun, Selangor FC tetap mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dengan kemenangan agregat 6-4.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, pasukan perlu mengambil pengajaran daripada perlawanan ini untuk memperbaiki prestasi dan meningkatkan kualiti permainan menjelang aksi seterusnya.

“Selepas rehat antarabangsa FIFA, perlawanan pertama selalunya agak sukar buat kami. Kami bermain dengan baik, khususnya pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, saya melakukan beberapa eksperimen dengan membuat perubahan serta meletakkan beberapa pemain di posisi yang berbeza. Saya juga mahu memberikan peluang kepada pemain yang telah membuktikan kemampuan mereka. Saya akui ada percubaan yang berjaya dan ada juga yang tidak menjadi, tetapi kita boleh mengambil pengajaran daripada perkara ini untuk perlawanan seterusnya,” kata beliau.

“Kita mencipta banyak peluang tetapi gagal menyudahkannya. Aspek ini perlu diperbaiki. Saya berasa kesal, terutamanya terhadap penyokong Selangor yang hadir memberikan sokongan. Prestasi pasukan semalam berada di bawah jangkaan. Kita perlu membuat persiapan yang lebih baik, meningkatkan kualiti permainan dan bangkit dengan lebih kuat,” tegas beliau.

Seterusnya, skuad Merah Kuning akan menentang Penang FC pada Sabtu ini, 17 Oktober, jam 8.15 malam di Stadium MBPJ. Dapatkan tiket anda sekarang di sini.

Biarpun tewas dalam aksi timbal balik, skuad Merah Kuning tetap mengesahkan kemaraan ke Separuh Akhir Piala FA. Pasukan perlu tekad untuk membalas sokongan 3,757 penyokong yang hadir dengan mempamerkan aksi yang lebih berkualiti dalam perlawanan akan datang.

Demi Kebanggaan!

Kesebelasan Utama: Sikh Izhan, Arbenit Xhemajli, Peter Makrillos, Eduardo Sosa, Zikri Khalili, Selvan Anbualangan, Safuwan Baharudin ©, Syahir Bashah, Adip Ra’op, Izwan Yuslan & Vitor Pernambuco.

Pertukaran: 46’ Harith Haiqal > Safuwan Baharudin, 46’ Kay Tejan > Izwan Yuslan, 72’ Pedro Ataide > Eduardo Sosa, 78’ Nooa Laine > Peter Makrillos & 90’ Haykal Danish > Selvan Anbualagan.

Pergantungan: Chrigor Moraes

Penampilan Pertama Kelab:  Pedro Ataide & Haykal Danish.

Leave a Comment

GALLERY ALBUM

SINCE 1905

THE RED GIANTS
MUSEUM

120 YEARS OF PRIDE
PASSION • LEGACY
BEGIN THE TOUR →