Selangor FC berjaya membawa pulang tiga mata penuh dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin selepas menewaskan Terengganu FC 3-0 bagi perlawanan kedua saingan Unifi Liga Super 2026/27 semalam.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari gol pembukaan menerusi serangan balas. Namun, tiada jaringan berjaya dihasilkan hasil aksi cemerlang batisan pertahanan serta penjaga gol kedua-dua pasukan.
Minit ke-59, penyerang import baharu skuad Gergasi Merah, Kay Tejan, berjaya membuka akaun jaringan beliau selepas menyambar bola muntah hasil percubaan Hugo Boumous yang ditepis oleh Rahadiazli Rahami. Tiga minit kemudian, Chrigor Moraes menggandakan kelebihan selepas menerima lorongan sebelum menewaskan penjaga gol. Pada minit ke-90+1, Chrigor Moraes melengkapkan jaringan keduanya hasil hantaran pendek Vitor Pernambuco, sekali gus memastikan kemenangan 3-0 di Gong Badak.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, para pemain telah mempamerkan aksi yang lebih daripada yang diharapkan dan beliau berharap pemain dapat terus berjuang untuk para penyokong.
“Ini merupakan perlawanan yang sangat mencabar dengan cuaca panas serta keadaan persekitaran yang sukar, tetapi pemain menunjukkan karakter yang sangat baik dan memberikan persembahan yang membanggakan. Sebelum separuh masa kedua bermula, kami berbincang mengenai kekuatan pasukan serta melakukan sedikit pembetulan dari segi taktikal. Secara jujurnya, pemain memberikan lebih daripada apa yang saya harapkan dan mereka melakukan tugas dengan sangat baik. Saya sangat bangga dengan semua pemain termasuk Sikh Izhan, saya berharap tiada perkara buruk berlaku dan kita doakan yang terbaik buat beliau,” mengulas berkenaan pemainnya.
“Kepada para penyokong yang hadir, saya sangat menghargai sokongan mereka. Sokongan yang diberikan sepanjang perlawanan amat luar biasa dan memberikan tenaga serta kekuatan tambahan kepada pemain. Kita akan terus berjuang untuk mereka,” bangga beliau dengan sokongan para penyokong
Pihak pengurusan Selangor FC berterima kasih kepada para penyokong yang hadir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak semalam. Sokongan padu anda amat kami hargai.
Demi Kebanggaan!
Kesebelasan Utama: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Hugo Boumous, Kay Tejan, Safuwan Baharudin, Jefferson Tabinas, Syahir Bashah & Chrigor Moraes.
Pertukaran: 77’ Azim Al Amin > Sikh Izhan Nazrel (pertukaran concussion), 77’ Adib Ra’op > Jefferson Tabinas, 77’ Selvan Anbualagan > Kay Tejan, 84’ Peter Makrillos > Faisal Halim, 84’ Zikri Khalili > Quentin Cheng & 90’ Vitor Pernambuco > Hugo Boumous.
–
Selangor FC managed to bring home all three points from Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin after defeating Terengganu FC 3-0 in the second match of the Unifi Liga Super 2026/27 campaign yesterday.
The first half saw both teams attempting to find the opening goal through counter-attacks. However, neither side managed to score thanks to excellent performances from the defensive lines and goalkeepers of both teams.
In the 59th minute, the new foreign striker of the Red Giants squad, Kay Tejan, opened his scoring account after pouncing on the rebound from Hugo Boumous’ effort which was parried by Rahadiazli Rahami. Three minutes later, Chrigor Moraes doubled the advantage after receiving a through ball before beating the goalkeeper. In the 90+1 minute, Chrigor Moraes completed his brace following a short pass from Vitor Pernambuco, thus securing a 3-0 victory in Gong Badak.
According to Selangor FC Head Coach, Kim Pan-gon, the players put on a performance that was more than expected and he hopes the players can continue to fight for the supporters.
“This was a very challenging match with the hot weather and difficult surrounding conditions, but the players showed great character and put in a performance to be proud of. Before the second half began, we discussed the team’s strengths and made a few tactical corrections. Honestly, the players gave more than I expected and they did their job very well. I am very proud of all the players including Sikh Izhan, I hope nothing bad has happened and we pray for the best for him,” he commented regarding his player.
“To the supporters who attended, I really appreciate their support. The support given throughout the match was extraordinary and gave the players additional energy and strength. We will continue to fight for them,” he said proudly of the supporters’ support.
The Selangor FC management would like to thank the supporters who attended Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak yesterday. Your tremendous support is greatly appreciated.
Demi Kebanggaan!
Starting XI: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Hugo Boumous, Kay Tejan, Safuwan Baharudin, Jefferson Tabinas, Syahir Bashah & Chrigor Moraes.
Substitutions: 77’ Azim Al Amin > Sikh Izhan Nazrel (concussion substitution), 77’ Adib Ra’op > Jefferson Tabinas, 77’ Selvan Anbualagan > Kay Tejan, 84’ Peter Makrillos > Faisal Halim, 84’ Zikri Khalili > Quentin Cheng & 90’ Vitor Pernambuco > Hugo Boumous.






