Selangor FC continue their 2026/27 FA Cup campaign against Star City FC in the quarter-final second leg tomorrow, 11 October, at 9.00 pm at MBPJ Stadium, Kelana Jaya.
Four ‘Liga A1 Semi-Pro’ teams are competing alongside 12 Super League clubs in this season’s 2026/27 FA Cup. The Red Giants reached the quarter-finals after defeating Sabah FC 4-3 on aggregate in the two-legged Round of 16.
In the first leg of the quarter-finals in Kangar, Selangor FC secured a comfortable advantage with a 4-1 victory, courtesy of a hat-trick from Chrigor Moraes and a goal from Vitor Pernambuco. Read the full match report here.
According to Selangor FC head coach, Kim Pan-gon, the squad remains fully focused on the task ahead despite holding a commanding advantage from the first leg.
“For us, the FA Cup is very important. Although we are leading by three goals, I hope the players will not become complacent. They need to support one another as we aim to reach the semi-finals by putting in our best performance in this match. Furthermore, with seven players returning from international duty, I hope their experience will help improve the quality of our play and contribute to a victory.”
He also called on the supporters to stand together with the team and help defend the Red Giants’ home fortress, “To our supporters, your presence is extremely important, especially at home. Your passion and support help us build greater confidence. The team will do its best to put on a great performance and give you every reason to keep coming out to support us in every match.”
The Red Giants are determined to deliver their best performance for the supporters and secure their place in the semi-finals of the 2026/27 FA Cup. However, the mission is not over yet.
Come on, Red and Yellow! Let’s fill the MBPJ Stadium in Kelana Jaya and get behind the Red Giants! Get your tickets here.
Demi Kebanggaan!
–
–
Selangor FC sambung perjuangan dalam kancah bola sepak Malaysia bagi aksi timbal balik Suku Akhir Piala FA 2026/27 menentang Star City FC pada hari esok, 11 Oktober, jam 8:30 malam di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Empat pasukan Liga A1 Semi-Pro turut bersaing bersama 12 kelab Liga Super dalam saingan Piala FA 2026/27 musim ini. Skuad Gergasi Merah mara ke suku akhir selepas menyingkirkan Sabah FC dengan agregat 4-3 pada pusingan 16 yang lalu.
Dalam aksi pertama Suku Akhir di Kangar, Selangor FC membawa bekalan selesa selepas mencatat kemenangan 4-1 hasil jaringan hatrik Chrigor Moraes dan satu daripada Vitor Pernambuco. Baca reviu penuh perlawanan di sini.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, skuad kekal fokus sepenuhnya kepada tugasan yang menanti meskipun membawa kelebihan selesa daripada perlawanan pertama.
“Bagi kami, Piala FA adalah sangat penting. Walaupun kita mendahului dengan tiga gol, saya harap para pemain tidak leka. Mereka perlu saling menyokong antara satu sama lain demi melangkah ke Separuh Akhir dengan memberikan aksi yang terbaik dalam perlawanan ini. Selain itu, dengan kembalinya tujuh pemain daripada tugas negara, diharap pengalaman mereka dapat membantu meningkatkan kualiti permainan sekaligus menyumbang kepada kemenangan dalam perlawanan ini.”
Beliau juga turut menyeru para penyokong untuk sama-sama pertahankan kubu Gergasi Merah, “Kepada para penyokong, kehadiran anda amatlah penting terutamanya di tempat sendiri, emosi dan sokongan anda membantu kami meraih lebih keyakinan. Pasukan akan cuba yang terbaik untuk mempamerkan permainan yang hebat bagi menarik kehadiran anda dalam setiap perlawanan.”
Skuad Gergasi Merah tekad berikan persembahan terbaik kepada para penyokong dan sekaligus memastikan kemaraan ke pusingan Separuh Akhir Piala FA 2026/27 menjadi kenyataan. Namun, misi belum selesai.
Ayuh, Merah Kuningku, kita penuhkan Stadium MBPJ, Kelana Jaya dengan kehadiran anda! Dapatkan tiket di sini.
Demi Kebanggaan!






