Match Preview LS6 | Selangor FC vs Star City FC | Fight for The Red Giants Fortress

Selangor FC bakal meneruskan saingan Unifi Liga Super Malaysia 2026/27 menentang Star City FC esok, 1 November, jam 9 malam.

Setakat ini, skuad Gergasi Merah melonjak ke tempat kedua liga selepas mengumpul 15 mata hasil lima kemenangan, selain mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan. Baca previu perlawanan terdahulu menerusi LS1, LS2, LS3, LS4 dan LS5.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, menyatakan bahawa pasukan telah mengambil iktibar daripada pertemuan menentang Star City sebelum ini dan yakin pasukan sudah bersedia untuk  memberikan aksi terbaik bagi meraih kemenangan esok.

“Selepas perlawanan menentang Kuching City tempoh hari, terdapat beberapa pemain yang mengalami kecederaan, jadi fokus adalah kepada proses pemulihan. Kita juga telah berusaha memperbaiki beberapa aspek dalam prestasi pasukan, terutamanya di bahagian pertahanan. Saya rasa setakat ini, persiapan telah berjalan dengan sangat baik dan saya yakin pasukan berada dalam keadaan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Star City,” jelas beliau berkenaan persiapan pasukan.

“Seperti yang kita tahu, Star City merupakan pasukan yang sangat gemar bermain secara menyerang, jadi kami telah membuat persiapan untuk menghadapi corak permainan mereka. Kita pernah mengalami kekalahan dalam perlawanan sebelum ini apabila kelebihan dua gol yang dimiliki bertukar menjadi kekalahan 3-2. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berulang lagi. Saya rasa para pemain tahu apa yang perlu dilakukan. Jadi, kita telah memperbaiki segala aspek tersebut bagi mendapatkan keputusan positif dan terus memberikan saingan dalam liga.” tambahnya lagi.

Skuad Gergasi Merah kini bertekad untuk meneruskan momentum positif dalam saingan Unifi Liga Super Malaysia 2026/27 dengan memburu tiga mata penuh di laman sendiri.

Ayuh penyokong Gergasi Merah! Mari kita Merah Kuningkan Stadium MBPJ, Kelana Jaya bagi aksi #SFCSCT ini. Dapatkan tiket perlawanan di sini.

Demi Kebanggaan!

–

Selangor FC will continue the Unifi Malaysia Super League 2026/27 campaign against Star City FC tomorrow, 1 November, at 9.00pm.

So far, the Red Giants have climbed to second place in the league standings after collecting 15 points from five wins, while also having a game in hand. Read the previous match reviews via LS1, LS2, LS3, LS4 and LS5.

Selangor FC Head Coach, Kim Pan-gon, stated that the team had learnt from their previous meeting against Star City and was confident that the players were ready to deliver their best performance to secure a victory tomorrow.

“After the match against Kuching City the other day, we have several injured players, so our focus has been on the recovery process. We have also worked on improving several aspects of our performance, particularly in defence. I think our preparations have gone very well so far, and I am confident that the team is fully prepared to face Star City,” he explained regarding the team’s preparations.

“As we know, Star City are a very attacking team, so we have prepared to deal with their style of play. We previously suffered a defeat in a match where our two-goal lead turned into a 3-2 loss. This should not happen again. I think the players know what needs to be done. We have therefore worked on improving all those aspects to secure a positive result and continue to compete strongly in the league,” he added.

The Red Giants are determined to maintain the positive momentum in the Unifi Malaysia Super League 2026/27 campaign and are targeting another three points on home soil.

Come on, Red Giants supporters! Let’s turn the MBPJ Stadium in Kelana Jaya red and yellow for the #SFCSCT fixture. Get your match tickets here.

Demi Kebanggaan!

Leave a Comment

GALLERY ALBUM

SINCE 1905

THE RED GIANTS
MUSEUM

120 YEARS OF PRIDE
PASSION • LEGACY
BEGIN THE TOUR →