Selangor FC terbang ke Bumi Kenyalang, Sarawak bagi menghadapi perlawanan kedua Separuh Akhir Piala FA 2026/27 menentang Kuching City FC di Stadium Taha Ariffin, esok, 8 November, jam 7:45 malam.
Empat pasukan dari Liga A1 Semi-Pro turut bersaing bersama 12 kelab Liga Super dalam saingan Piala FA 2026/27 musim ini. Skuad Gergasi Merah mara ke peringkat Suku Akhir selepas menyingkirkan Sabah FC dengan keputusan agregat 4-3 dalam aksi Pusingan 16 yang berlangsung secara timbal balik. Seterusnya, pasukan mengesahkan kemaraan ke Separuh Akhir selepas menewaskan Star City FC dengan keputusan agregat 6-4. Dalam aksi pertama Separuh Akhir, skuad Gergasi Merah berjaya mencatat kemenangan 2-1 sebagai bekalan menjelang perlawanan kedua.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, menegaskan bahawa mara ke pentas final merupakan sasaran yang telah ditetapkan sejak awal musim dan seluruh pasukan perlu berjuang habis-habisan untuk merealisasikannya.
“Kita mempunyai sasaran yang jelas. Sejak pramusim lagi, kami telah meletakkan misi untuk mara ke final sebagai sasaran utama pasukan. Saya yakin semua dalam pasukan tahu betapa pentingnya perkara ini buat kami dan juga para penyokong. Jadi, kami akan berjuang untuk mencapai sasaran ini. Kita perlu berani, yakin dan bangga dengan diri sendiri. Kita tidak boleh berundur, sebaliknya perlu terus berdiri teguh dan mara ke hadapan untuk menyerang, menjaringkan gol dan meraih kemenangan demi memberikan keputusan terbaik buat para penyokong,” jelas beliau mengenai sasaran pasukan.
“Kami memerlukan sokongan anda (penyokong), bukan sekadar dengan hadir memberikan sokongan kepada kami di stadium, tetapi juga dengan sepenuh hati ketika menyaksikan perlawanan kami, di mana jua anda berada. Jadi, kami benar-benar memerlukan sokongan padu daripada anda. Pasukan akan sentiasa mengingati para penyokong dan kami akan berjuang bersama anda,” katanya kepada para penyokong Gergasi Merah.
Skuad Merah Kuning akan memberikan segala-galanya demi memastikan pasukan layak ke perlawanan Akhir Piala FA 2026/27, demi para penyokong dan kelab. Ayuh, Merah Kuningku!
Dalam pada itu, pihak pengurusan Selangor FC turut akan menganjurkan Watch Party di Suasana Market Hall, Seksyen 13 bagi menyaksikan siaran langsung aksi Separuh Akhir kedua Piala FA 2026/27. Acara akan bermula pada jam 7:30 malam, hari perlawanan. Jumpa anda di sana!
Demi Kebanggaan!
–
Selangor FC travel to the Land of the Hornbills, Sarawak, for the second leg of the 2026/27 FA Cup Semi-Final against Kuching City FC at Stadium Taha Ariffin tomorrow, 8 November, at 7:45 pm.
Four teams from the Liga A1 Semi-Pro are also competing alongside 12 Liga Super clubs in this season’s 2026/27 FA Cup campaign. The Red Giants advanced to the Quarter-Finals after eliminating Sabah FC with a 4-3 aggregate victory in the two-legged Round of 16. The team then secured their place in the Semi-Finals after defeating Star City FC 6-4 on aggregate. In the first leg of the Semi-Final, the Red Giants claimed a 2-1 victory to take the advantage into the second leg.
Selangor FC Head Coach, Kim Pan-gon, emphasised that reaching the final has been the team’s target since the beginning of the season and that the entire squad must fight with everything they have to achieve it.
“We have a clear target. Since pre-season, we have set reaching the final as our team’s main objective. I am confident that everyone in the team knows how important this is to us and to our supporters. So, we will fight to achieve this target. We need to be brave, confident and proud of ourselves. We must not step back; instead, we need to stand firm and move forward to attack, score goals and secure victory in order to deliver the best possible result for our supporters,” he explained regarding the team’s target.
“We need your support (the supporters), not only by being present to support us at the stadium, but also by giving us your wholehearted support when watching our matches, wherever you may be. So, we truly need your full support. The team will always remember the supporters, and we will fight together with you,” he said to the Red Giants supporters.
The Red and Yellow squad will give everything to ensure the team’s qualification for the 2026/27 FA Cup Final, for the sake of our supporters and the club. Come on, Red Giants!!
Meanwhile, Selangor FC management will also be organising a Watch Party at Suasana Market Hall, Section 13, to screen the live broadcast of the second-leg 2026/27 FA Cup Semi-Final. The event will begin at 7:30 pm on matchday. See you there!
Demi Kebanggaan!






