Selangor FC secured a 1-0 victory over Star City FC in their sixth match of the Unifi Malaysia Super League 2026/27 campaign at the MBPJ Stadium, Kelana Jaya yesterday.
The Red Giants started the match with several attempts on goal before Syahir Bashah played a through ball from the middle of the pitch into the penalty area in the 15th minute, finding Chrigor Moraes. Hugo Boumous then converted Chrigor Moraes’ low cross to score the only goal of the #SFCSCT fixture.
Despite Chrigor Moraes being shown a red card in the 82th minute following his reaction after being pushed by an opposing player, Star City FC began to increase the pressure in search of an equaliser. However, the Red Giants defended resolutely to maintain their 1-0 lead until the final whistle.
Selangor FC Head Coach, Kim Pan-gon, expressed his pride in the players’ performance while highlighting the areas that need improvement for the team to become stronger.
“We started very well by showing our true characteristics as a team and dominating the match. We created many chances, played attacking football and managed to score first. However, we must learn from this match that we need to score more goals. If we want to become a quality and competitive team, we need to improve in this aspect. We had a second, third and fourth chance, but failed to score. That made things difficult for us. We know how difficult the circumstances were tonight, and this was certainly a challenging match. I always demand that my players produce good football. In the end, we managed to secure all three points. Six matches and 18 points. I am very proud of them,” said Kim Pan-gon.
“I would also like to appreciate the supporters who came out despite the late kick-off to show their support for us. I believe it was a very good night for Selangor FC supporters. It is always a dream to be at the top of the league table and compete for the top position. That is the dream of every coach and every club. So far, our campaign has been going well, and the players have also performed well, even though we received a red card. We want to make our Selangor supporters proud,” he added.
The Red Giants will next face Kuching City FC in the second leg of the 2026/27 FA Cup Semi-Final at Stadium Taha Ariffin, Kuching, on 8 November at 7.45pm.
Selangor FC would like to express its sincere appreciation to the 3,172 supporters who stood behind the team and showed their support during yesterday’s match against Star City FC at the MBPJ Stadium, Kelana Jaya.
Demi Kebanggaan!
Starting XI: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Hugo Boumous, Selvan Anbualagan, Jefferson Tabinas, Syahir Bashah, Adib Ra’op, Chrigor Moraes © & Vitor Pernambuco.
Substitutions: 70’ Harith Haiqal > Syahir Bashah, 85’ Peter Makrillos > Selvan Anbualagan, 86’ Zikri Khalili > Quentin Cheng, 90+4’ Richmond Ankrah > Hugo Boumous & 90+4’ Kay Tejan > Vitor Pernambuco.-
Selangor FC menang 1-0 ke atas Star City FC dalam aksi keenam saingan Unifi Liga Super 2026/27 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.
Perlawanan bermula dengan beberapa percubaan daripada skuad Gergasi Merah sebelum Syahir Bashah melakukan lorongan dari bahagian tengah ke dalam kotak penalti pada minit ke-15, menemui Chrigor Moraes. Hugo Boumous kemudian menyudahkan hantaran leret Chrigor Moraes untuk menghasilkan gol tunggal perlawanan #SFCSCT semalam.
Biarpun Chrigor Moraes dilayangkan kad merah pada minit ke-82 susulan tindak balas beliau selepas terlebih dahulu ditolak oleh pemain lawan, Star City FC mula meningkatkan asakan untuk mencari gol penyamaan. Namun, skuad Gergasi Merah berjaya bertahan dengan baik untuk mengekalkan kelebihan 1-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, menzahirkan rasa bangga dengan persembahan para pemain dan menitikberatkan aspek yang perlu diperbaiki untuk menjadi sebuah pasukan yang kuat.
“Kita bermula dengan sangat baik dengan menampilkan karakter sebenar pasukan dan mendominasi perlawanan. Kita mencipta banyak peluang, bermain dengan menyerang dan berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu. Namun begitu, kita perlu mengambil iktibar daripada perlawanan ini bahawa kita perlu menjaringkan gol lebih banyak. Jika kita mahu menjadi sebuah pasukan yang berkualiti dan kompetitif, kita perlu memperbaiki aspek tersebut. Kita mempunyai peluang kedua, ketiga dan keempat, tetapi gagal menjaringkan gol. Perkara itu menyukarkan keadaan. Kita tahu betapa sukarnya keadaan malam ini dan perlawanan ini sememangnya sangat mencabar. Saya sentiasa menasihati para pemain untuk menghasilkan corak permainan bola sepak yang baik. Akhirnya, kita berjaya mendapatkan tiga mata. Enam perlawanan dan 18 mata. Saya sangat berbangga dengan mereka,” bangga Kim Pan-gon.
“Saya juga ingin menghargai para penyokong yang hadir biarpun perlawanan di malam hari untuk memberikan sokongan kepada kami. Saya yakin ini merupakan malam yang sangat baik buat para penyokong Selangor FC. Adalah menjadi impian untuk berada di puncak carta liga dan bersaing merebut kedudukan teratas. Itulah impian setiap jurulatih dan setiap kelab. Setakat ini, kempen kami berjalan dengan baik dan para pemain juga telah menunjukkan prestasi yang bagus, walaupun kita menerima kad merah. Kita mahu membanggakan para penyokong Selangor,” tambahnya lagi.
Seterusnya, skuad Gergasi Merah akan berdepan Kuching City FC bagi perlawanan timbal balik kedua Separuh Akhir Piala FA 2026/27 di Stadium Taha Ariffin, Kuching pada 8 November ini, jam 7:45 malam.
Pihak pengurusan Selangor FC amat berterima kasih kepada 3,172 penyokong hadir sama-sama berdiri di belakang pasukan bagi menghadapi Star City FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.
Demi Kebanggaan!
Kesebelasan Utama: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Hugo Boumous, Selvan Anbualagan, Jefferson Tabinas, Syahir Bashah, Adib Ra’op, Chrigor Moraes © & Vitor Pernambuco.
Pertukaran: 70’ Harith Haiqal > Syahir Bashah, 85’ Peter Makrillos > Selvan Anbualagan, 86’ Zikri Khalili > Quentin Cheng, 90+4’ Richmond Ankrah > Hugo Boumous & 90+4’ Kay Tejan > Vitor Pernambuco.






