Match Preview LS2 | Terengganu FC vs Selangor FC | Ready For Matchday Two
Selangor FC akan meneruskan aksi kedua saingan Unifi Liga Super Malaysia 2026/27 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menentang Terengganu FC pada 28 Ogos, esok, jam 9 malam.
Minggu lalu, skuad Gergasi Merah berjaya mengungguli carta Unifi Liga super 2026/27 dengan kelebihan dari segi perbezaan gol berbanding pasukan-pasukan lain yang turut meraih tiga mata dalam perlawanan pertama mereka.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, menyatakan pasukan perlu bersedia dari setiap sudut untuk memburu tiga mata seterusnya, selain membina persefahaman antara satu sama lain bagi meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.
“Menentang Terengganu FC di tempat mereka sentiasa menjadi cabaran yang sengit, jadi dari segi mental kita perlu bersiap sedia dengan sebaiknya. Kita perlu kekal fokus, kekal kuat dan bersedia untuk menghadapi tentangan yang dijangkakan daripada pihak lawan. Mengatasi situasi sukar ini adalah penting jika kita mahu mencapai sasaran membawa pulang tiga mata,” tegas beliau
“Saya percaya kita mampu memberikan aksi yang lebih baik daripada apa yang kita pamerkan dalam perlawanan lalu. Ini merupakan permulaan yang baik, pemain baharu masih perlu mempertingkatkan lagi usaha untuk menyesuaikan diri dengan padang, keadaan sekeliling dan persefahaman antara rakan sepasukan. Jika kita terus beraksi dengan satu hati, saya yakin keharmonian dan prestasi kita akan bertambah baik dari perlawanan ke perlawanan,” ujar beliau.
Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan mampu meneruskan momentum daripada aksi minggu lalu dan kembali berikan persembahan terbaik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sekali gus membawa pulang tiga mata untuk kelab. Teruskan perjuangan, Gergasi Merah.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke Terengganu untuk bersama pasukan, mari bersama kami di Suasana Market Hall untuk tayangan siaran langsung bagi perlawanan #TERSFC, esok jam 9 malam.
Demi Kebanggaan!
—
Selangor FC will continue the second match of 2026/27 Unifi Liga Super Malaysia campaign against Terengganu FC at Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tomorrow, 28 August, with kick-off at 9pm.
Last week, the Red Giants moved to the top of the Unifi Liga Super 2026/27 standings by virtue of the goal difference over the other teams who also picked up three points in their opening matches.
Selangor FC Head Coach Kim Pan-gon stated that the team need to be prepared in every aspect as they look to secure another three points, while continuing to build understanding among the players in order to improve their performances from time to time.
“Playing against Terengganu FC at their home ground is always a tough challenge, so mentally we need to be as prepared as possible. We need to remain focused, stay strong and be ready for the challenge we expect from the opposition. Overcoming difficult situations will be important if we want to achieve our target of bringing home three points,” he stressed.
“I believe we can put in a better performance than what we showed in our previous match. This is a good start, but the new players still need to put in more effort to adapt quickly to the pitch and the surroundings, as well as build an understanding with their team-mates. If we continue to play as one, I am confident that our harmony and performances will improve from match to match,” he added.
The Selangor FC management are confident that the team can carry the momentum from last week’s performance and once again produce their best at Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, with the aim of bringing all three points back to the club. Keep fighting, Red Giants!
For those who are unable to make the trip to Terengganu to support the team, join us at Suasana Market Hall for a live screening of the #TERSFC match tomorrow at 9pm.
Demi Kebanggaan!






