Polisi Perlindungan Data Peribadi
Kami, Persatuan Bolasepak Selangor , adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) Malaysia.
Polisi ini menerangkan:
- jenis-jenis data peribadi anda yang kami kumpulkan dan bagaimana kami mengumpul data peribadi anda
- bagaimana kami menggunakan data peribadi anda pihak-pihak yang kami dedahkan data peribadi anda;
- dan pilihan-pilihan yang kami tawarkan, termasuk cara mengakses dan mengemaskini data peribadi anda
Data Peribadi Yang Mungkin Kami Kumpul Daripada Anda
Kami mungkin mengumpulkan data peribadi berikut daripada anda:
- maklumat peribadi dan sensitif untuk menentukan identiti dan latar belakang anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan atau pasport, keturunan bangsa, jantina, status perkahwinan, taraf pendapatan dan sektor pekerjaan.
- maklumat komunikasi seperti alamat tetap surat menyurat/penghantaran, nombor telefon bimbit, dan alamat emel
- maklumat pembayaran seperti maklumat kad debit atau kredit, temasuk nama pemegang kad, nombor kad, alamat surat menyurat/pengebilan, tarikh luput kad dan lain-lain butiran akaun bank
Untuk tujuan melayari laman web secara am, walaupun tiada data peribadi yang terdedah kepada kami, beberapa maklumat teknikal dan statistik boleh kami dapati menerusi pembekal perkhidmatan internet kami seperti cookies, alamat IP anda, masa, tarikh dan tempoh anda melayari laman web. Jika anda memberi apa-apa data peribadi berkaitan pihak ketiga (contoh: maklumat pasangan, anak-anak, ibu bapa anda) dengan menyerahkan data peribadi tersebut kepada kami, membawa maksud kepada kami bahawa anda, telah mendapatkan persetujuan pihak ketiga tersebut untuk memberikan maklumat berkenaan bagi tujuan yang disenaraikan di bawah.
Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi Anda
Kami mungkin mengumpulkan data peribadi sama ada daripada anda, daripada wakil yang anda beri kuasa, atau daripada pihak ketiga:
- apabila anda mendaftar untuk menjadi ahli Red Giants TeamCard kami (contohnya ketika anda menyerahkan borang permohonan secara talian untuk menjadi ahli kami)
- apabila anda berhubung dengan kami secara langsung melalui panggilan telefon atau di pejabat kami
- apabila anda melawat atau melayari laman web kami (account login)
- apabila anda memohon pekerjaan dengan kami
Penggunaan Data Peribadi yang Dikumpulkan
Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan data peribadi anda bagi tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang dan tujuan berikut:
- untuk mengesahkan identiti anda
- untuk mengurus dan mengendalikan akaun anda dengan kami
- untuk memaklumkan anda mengenai manfaat dan perubahan kepada perkhidmatan kami
- untuk menyediakan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kami termasuk memenuhi keperluan audit, pengebilan, dan kemudahan pembayaran
- untuk menguruskan permintaan anda atau menjawab sebarang pertanyaan, aduan, komen atau maklum balas yang anda majukan kepada kami.
- untuk melindungi atau menguatkuasa hak kami bagi menuntut apa-apa hutang anda dengan kami
- untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis dan pelaporan kepada pihak/rakan penaja kami
- untuk memindahkan atau memberikan hak, kepentingan dan obligasi kami di bawah manamana perjanjian anda dengan kami
- untuk mengemas kini, menyatukan dan memperbaiki ketepatan rekod-rekod kami
- untuk mengendalikan pertandingan, tawaran atau promosi untuk ahli-ahli kami
- untuk menghasilkan data, laporan dan statistik tanpa berasaskan sebarang nama atau secara berkelompok atau berkumpulan yang tidak boleh mengenalpasti anda sebagai seorang individu
- untuk melaksanakan penyelidikan bagi tujuan analisis termasuk tetapi tidak terhad kepada pencarian (mining) data dan analisis transaksi anda dengan kami.
- untuk menilai dan mengawal risiko insuran anda
- untuk memasuki transaksi perniagaan berkenaan dengan perkhidmatan yang akan ditawarkan dan diberikan kepada anda
- untuk mematuhi apa-apa obligasi undang-undang atau peraturan di bawah undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan atau kod industri yang terpakai kepada kami
- untuk pengurusan dalaman berkaitan perkhidmatan yang disediakan kepada anda
- untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan teknologi maklumat
- untuk orang-orang yang telah dikenalpasti sebagai anda atau wakil yang anda telah memberikan kuasa,untuk tujuan urusniaga atau pertanyaan
- untuk pihak ketiga yang telah diberi kontrak oleh kami bagi menyediakan perkhidmatan kepada kami (seperti membuat analisis bagi pihak kami) bagi apa-apa tujuan yang telah dinyatakan di atas. Sekiranya kami mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga kami akan memastikan data tersebut hanya digunakan bagi tujuan menyediakan perkhidmatan oleh kami.
- untuk apa-apa tujuan yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, peraturan, garis panduan dan /atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.
Dengan Siapa Kami Berkongsi Data Peribadi Anda
Semasa anda mendapatkan perkhidmatan dengan kami dan pengurusan atau operasi, kami mungkin dikehendaki atau perlu untuk mendedahkan maklumat berkenaan anda kepada pihak ketiga berikut:
- syarikat atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan atau penasihat professional kami
- agensi penguatkuasa undang-undang
- kerajaan persekutuan atau negeri
- syarikat atau organisasi yang membantu kami dalam memproses dan /atau bagi melaksanakan transaksi dan menyediakan perkhidmatan yang telah anda pohon
- rakan penajaan kami dan pihak-pihak lain yang mempunyai tujuan yang berkaitan dengan tujuan pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda
- pihak-pihak lain di mana anda telah memberi kebenaran secara nyata atau tersirat
- Mana-mana agensi pelaporan kredit atau audit
tertakluk kepada undang-undang dan syarat yang terpakai kepada kami.
Bagaimana Jika Data Peribadi yang Anda Berikan Tidak Lengkap
Anda diwajibkan untuk memberikan data peribadi anda kepada kami sekiranya dinyatakan di dalam borang permohonan atau pendaftaran kami secara manual atau elektronik, bagi membolehkan kami memproses permohonan anda untuk perkhidmatan kami. Sekiranya anda gagal untuk memberikan data peribadi yang lengkap dan yang diwajibkan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan perkhidmatan kami kepada anda.
Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi
Kami boleh membantu anda untuk membetulkan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Jika anda berhasrat untuk membetul data peribadi anda yang berada di dalam simpanan kami, atau jika anda berpendapat bahawa data peribadi tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda boleh membuat permohonan kepada kami pada emel tersebut fas@faselangor.my
Berapa Lama Kami Menyimpan Data Peribadi Anda
Kami akan menyimpan data peribadi anda dengan mematuhi Polisi ini dan/atau terma dan syarat-syarat perjanjian anda dengan FAS sepanjang tempoh perhubungan anda dengan kami, bagi tempoh sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan FAS dan/atau pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang difikirkan perlu, kecuali sekiranya dikehendaki oleh undang-undang dan/atau untuk keperluan polisi-polisi berkaitan FAS.
Bagaimana Kami Melindungi dan Menjaga Data Peribadi Anda
Kami berusaha untuk mengambil semua langkah yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda dan memastikannya disimpan dengan selamat. Ini termasuklah dengan mengikuti prosidur keselamatan kami (seperti memeriksa identiti anda semasa anda menelefon kami untuk melakukan sebarang semakan). Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web yang lain dan kami tidak bertanggungjawab ke atas polisi, prosidur atau isi kandungannya berkenaan data peribadi laman web luar tersebut.
Pemindahan Data Peribadi Anda ke Luar Malaysia
Apa-apa data peribadi yang anda berikan secara sukarela kepada kami akan dijaga dengan piawaian keselamatan yang tinggi selaras dengan APDP. Berkemungkinan adalah perlu untuk kami memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia jika mana-mana pembekal perkhidmatan atau rakan perniagaan kami terlibat dalam sebahagian daripada penyediaan perkhidmatan yang terletak di negara-negara luar Malaysia. Dalam keadaan ini, anda bersetuju untuk kami memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia. Kami akan memastikan pengambilan langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan mana-mana pembekal perkhidmatan atau rakan perniagaan adalah diikat di bawah kontrak supaya tidak menggunakan data peribadi anda untuk sebarang tujuan selain daripada untuk menyediakan perkhidmatan yang telah dikontrakkan oleh kami dan melindungi data peribadi anda dengan secukupnya.
Kebenaran Anda
Dengan memberikan data peribadi anda, anda telah membenarkan data peribadi tersebut digunakan mengikut Polisi ini. Jika kami mengubah polisi kami, kami akan meletakkan pindaan tersebut di ruangan ini. Anda juga boleh menghantar emel kepada kami untuk mendapatkan sesalinan polisi tersebut. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami akan menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan sebarang pindaan tersebut.
Hubungi Kami
FAS komited untuk melindungi data peribadi anda. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau komen berkenaan pengendalian data peribadi, anda boleh hubungi kami di fas@faselangor.my.