The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

#STILLRED: Tamil, Haziq, Ashmawi & Boy


Perjuangan diteruskan.

Pihak pengurusan dan barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah berjaya menandatangani lanjutan kontrak dengan beberapa pemain yang dipercayai mampu mewarnai bola sepak Selangor musim 2019 dengan kualiti-kualiti yang diperlukan bagi pasukan Red Giants.

Berikut kami umumkan antara pemain-pemain yang akan terus bersama skuad Gergasi Merah. #StillRed

Tamil Maran
Pemain pertahanan yang berusia 21 tahun ini kekal bersama Selangor. Anak jati Merah Kuning yang telah bersama membantu skuad Piala Presiden Selangor menjuarai Piala Presiden 2017 ini telah menyarung jersi pasukan belia Selangor semenjak tahun 2011 lagi dan telah tampil untuk skuad senior sebanyak 4 kali.

Haziq Ridwan
Seperti Tamil Maran, Haziq adalah penjaga gol yang juga merupakan sebahagian daripada skuad Selangor yang telah menjuarai Piala Presiden 2017. Beliau tampil dalam 18 perlawanan skuad Piala Presiden sebelum diserap masuk ke skuad utama pada November 2017 dan anak kelahiran Selangor ini akan turut kekal terus bersama Red Giants bagi musim hadapan.

Ashmawi Yakin
Ashmawi memulakan perjalanan karier bola sepak beliau semenjak dari usia muda lagi. Beliau pernah mewakili skuad kebangsaan B16, B19, B23 dan telah tampil lebih 50 kali beraksi bagi skuad Harimau Muda. Ashmawi menyertai skuad Merah Kuning dari Negeri Sembilan pada tahun 2018 dan selepas 12 penampilan untuk Gergasi Merah di Liga Super, Ashmawi kini terus kekal bersama Selangor.

Amirul Haziq
Pemain pertahanan yang berasal dari Selangor ini juga pernah bermain untuk pasukan Piala Presiden Selangor, tampil 12 kali dengan 1 jaringan gol dan juga telah bersama menjulang kejuaraan Piala Presiden 2017 bersama dengan rakan-rakan yang lain seperti Tamil Maran dan Haziq Ridwan. Amirul menyertai skuad Selangor pada ketika beliau berusia 18 tahun dan telah tampil untuk skuad senior bagi musim 2018. Amirul juga antara pemain yang turut dikekalkan bersama bagi musim hadapan.

Beberapa pengumuman berkenaan pemain-pemain lain akan menyusul. Kami berharap dan doakan dengan kepercayaan yang diberikan kepada pemain-pemain ini, mereka mampu memberikan Selangor nafas yang segar di atas padang nanti.

#StillRed