The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
#STILLRED: Nama, Amirul, Kannan & Syukri
#STILLRED: Nama, Amirul, Kannan & Syukri
Oct 10, 2019 - FAS
Terus melangkah
Pihak pengurusan dan barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah berjaya menandatangani lanjutan kontrak dengan beberapa lagi pemain yang dilihat mampu mewarnai bola sepak Selangor musim 2019 dengan kualiti-kualiti yang diperlukan bagi pasukan Gergasi Merah.
Berikut adalah antara pemain-pemain yang akan terus bersama kita musim hadapan. #StillRed
A.Namathevan
Pemain yang berusia 22 tahun ini merupakan pemain yang sangat
versatile
dengan kelibat beliau yang kerap kelihatan turun naik di sebelah kanan padang. Nama merupakan anak jati Selangor yang mula bermain untuk pasukan negeri ini semenjak tahun 2015 lagi bersama dengan pasukan Selangor B21 sebelum diserap masuk ke skuad utama. Hingga hari ini, Namathevan telah tampil untuk skuad utama Gergasi Merah dalam 35 perlawanan.
Amirul Ashraf
Juga merupakan anak kelahiran Selangor, Amirul adalah seorang pemain pertahanan yang kental dan pernah tampil mewakili skuad kebangsaan B17 beberapa kali. Beliau yang kini berusia 20 tahun, pernah bermain untuk MPSS, Frenz United dan Selangor B19 sebelum diserap masuk ke skuad utama. Amirul Ashraf telah beraksi untuk skuad utama Merah Kuning 16 kali musim lepas dan telah memberikan persembahan yang meyakinkan.
K.Kannan
Kannan Kalaiselvan, pemain yang penuh bersemangat ini juga merupakan salah satu tunggak utama skuad Red Giants. Kannan yang bermain di bahagian pertahanan kiri telah membuktikan yang beliau mampu kekal konsisten sepanjang musim apabila menjadi antara pemain yang tampil paling banyak musim lepas dengan 33 penampilan dalam satu musim. Anak jati Selangor yang berusia 22 tahun ini juga bermula dari skuad belia B21 Selangor dan pernah tampil beberapa kali untuk skuad Malaysia B22.
Syukri Azman
Merupakan salah seorang daripada pemain skuad Piala Presiden Selangor yang menjuarai kejohanan pada tahun 2017, Syukri membuat debut beliau untuk skuad utama ketika berada di bawah kendalian
caretaker
K. Gunalan dalam perlawanan menentang Pahang. Selangor menang 3 - 0 pada perlawanan tersebut. Syukri yang berasal dari Selangor dan berumur 21 tahun telah tampil 4 kali sepanjang musim lepas menyarung jersi Merah Kuning.
Beberapa pengumuman berkenaan pemain-pemain lain akan menyusul. Kami berharap dan doakan dengan kepercayaan yang diberikan kepada pemain-pemain ini, mereka mampu memberikan Selangor nafas yang lebih garang di atas padang nanti.
Kenali juga pemain-pemain lain yang turut menandatangi kontrak lanjutan bersama Selangor semalam
di sini
.
#StillRed
←
Previous
PTSR18: Review Pusingan Awal
Next
#STILLRED: Tamil, Haziq, Ashmawi & Boy
→
FA SELANGOR NEWS
Review of the 21th Match of the 2025/26 Super League | Kuala Lumpur City FC 2-3 Selangor FC| 55th Klang Valley Derby Victory
Read more
Super League Matchweek 21 Preview | Kuala Lumpur City FC vs Selangor FC | 2025/26 | Crucial Klang Valley Derby Battle
Read more
Review of the 20th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 4-0 Imigresen FC | Proud of the Players’ Response
Read more
Super League Matchweek 20 Preview | Selangor FC vs Imigresen FC | 2025/26 | Every Match Matters
Read more