Oct 10, 2019 - FASKhairulazhan kekal bersama Red Giants.
Khairulazhan atau Yan, nama yang semakin sebati dengan Selangor. Penjaga gol yang berusia 29 tahun ini merupakan antara salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah mewarnai kancah bola sepak negara kita.
Azhan juga pernah dianugerahkan sebagai Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP) pada tahun 2014 oleh FAM semasa berkhidmat untuk Pahang FA.
Azhan pernah tampil bersama dengan skuad kebangsaan beberapa kali dan juga merupakan sebahagian daripada pemain ketika skuad Harimau Malaya merangkul tempat kedua Piala AFF Suzuki pada tahun 2014.
Penjaga gol yang penuh berkaliber ini menyertai Selangor pada Disember 2015 dan terus kekal sehingga kini. Sepanjang berada di Selangor, Azhan telah tampil sebanyak 50 kali menyarung jersi Red Giants.
Kita berharap dengan kepercayaan yang diberi, Azhan akan terus menggalas tanggung jawab sebagai dinding kepada gawang gol Selangor dan pemusnah harapan penyerang-penyerang pasukan lawan.
Khairulazhan, #StillRed