The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
Wajah Bola Selangor: Abiinayaa Joti
Wajah Bola Selangor: Abiinayaa Joti
Oct 10, 2019 - FAS
Wajah Bola Selangor merupakan koleksi temubual dan kisah-kisah individu yang dirakamkan dari padang, stadium, bandar, lebuh dan jalanan , bagi membawa di sebalik tabir kehidupan mereka yang merupakan sebahagian daripada dunia bola sepak Selangor.
***
Nama saya Abiinayaa Joti Manimaran, berumur 16 tahun dan bersekolah di SMK Pusat Bandar Puchong 1.
Di rumah, saya mesra dipanggil Amu oleh keluarga dan saudara mara saya, tetapi rakan-rakan lebih mengenali saya dengan panggilan Abii.
Memandangkan saya masih seorang pelajar, masa dan tumpuan saya kebanyakannya berkisar mengenai pelajaran di sekolah dan bola sepak pada waktu senggang.
Sebagai seorang perempuan yang mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap sukan ini, saya tidak nafikan yang ia sememangnya lebih sinonim dengan kaum lelaki.
Semasa saya mula-mula ingin melibatkan diri dalam bola sepak secara serius, saya terpaksa bermain dengan pasukan lelaki meskipun saya adalah seorang perempuan. Pada masa itu, saya bermain dengan
local boys club
.
Biarpun demikian, saya tetap seorang gadis yang sama; seorang adik perempuan yang manja dengan abang-abang saya dan suka bergurau nakal dengan mereka.
Pernah sekali, saya beritahu mereka yang coklat sebenarnya mampu membuatkan rambut seseorang itu tumbuh lebih cepat sehinggakan mereka percaya dan gilakan coklat sehingga hari ini. Tetapi, jika mereka baca kisah Wajah Bola Selangor saya ini, mereka akhirnya akan tahu yang itu hanyalah saya mempersenda dan bergurau dengan mereka selama ini.
Sepanjang kehidupan saya, saya rasa beruntung dan tidak akan dapat berhenti dari bersyukur kerana dikurniakan kedua ibu bapa yang sangat mengagumkan serta dua orang
bodyguard
,
iaitu dua orang abang.
Hubungan saya dengan abang-abang pula, sangat baik kerana saya mampu katakan ini; zaman kanak-kanak saya tidak akan jadi menarik tanpa mereka -biarpun hakikatnya kami jarang mempunyai hari yang tenang kerana sering bergaduh dan bertekak sepanjang masa.
Bercerita tentang perjalanan bola sepak, saya mula bermain seawal umur 10 tahun dan idola bola sepak saya adalah Cristiano Ronaldo. Kata-kata, pemikiran dan melihat cara beliau bekerja keras yang membuahkan hasil daripada setiap usaha beliau, telah banyak mempengaruhi saya untuk mencapai sesuatu yang baru dalam bola sepak, termasuklah posisi saya di dalam pasukan.
Pada mulanya, saya lebih banyak diletakkan sebagai seorang penyerang tetapi lama-kelamaan, saya mula merasa lebih selesa bermain di posisi sayap kanan dan kekal di posisi
flanker
hingga hari ini.
Selepas tiga tahun bermain, saya berpeluang mewakili MIFA ke Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah. Itulah saat pertama kali dalam hidup saya menyertai kejohanan bola sepak dan bertanding dengan pasukan lain dalam bentuk perlawanan rasmi.
Pada tahun ini, saya telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor ke SUKMA dan kami berjaya merangkul tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut.
Saya terus kekal bersama pasukan Selangor yang dibawa ke Kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah 2018.
Setakat ini, kami telah melalui dua perlawanan pusingan awal dan bakal menempuhi lagi 5 pasukan sebelum menentukan samada kami layak ke pusingan seterusnya.
Hakikatnya, saya tidak akan mampu mencapai apa jua kejayaan dalam hidup saya tanpa keluarga saya.
Keluarga saya adalah segalanya buat saya. Merekalah dunia dan merekalah keteguhan saya. Merekalah pendorong dan juga semangat yang sentiasa berdiri teguh di belakang saya.
Berkat sokongan dari mereka, saya berjaya mencapai apa yang saya ada pada hari ini.
Keluarga saya adalah perkara yang paling saya sayang di dunia.
Abiinayaa Joti
Gadis India yang gilakan bola sepak dan gemar berlari, pemain skuad wanita Selangor
Baca kisah sebelum ini:
Wajah Bola Selangor: Rosnani Abd Wahid
Wajah Bola Selangor: Felicia Adele Ng
Wajah Bola Selangor: Zainal Nordin
←
Previous
Kenyataan Rasmi Berkenaan Dengan Kononnya Kon...
Next
Kronologi Kongres Luar Biasa (EGM)
→
FA SELANGOR NEWS
Review of the 21th Match of the 2025/26 Super League | Kuala Lumpur City FC 2-3 Selangor FC| 55th Klang Valley Derby Victory
Read more
Super League Matchweek 21 Preview | Kuala Lumpur City FC vs Selangor FC | 2025/26 | Crucial Klang Valley Derby Battle
Read more
Review of the 20th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 4-0 Imigresen FC | Proud of the Players’ Response
Read more
Super League Matchweek 20 Preview | Selangor FC vs Imigresen FC | 2025/26 | Every Match Matters
Read more