SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

Sirih Pulang Ke Gagang: K. Prabakaran Is Red


Suka citanya diumumkan bahawa Kanadasan Prabakaran bakal menyarung jersi Selangor FA untuk musim 2019.

Prabakaran telah melengkapkan perpindahan beliau dari Felda United FC dengan menandatangani kontrak bersama Red Giants untuk musim hadapan.

Pemain pertahanan yang berusia 27 tahun ini bakal beraksi sebagai benteng pertahanan untuk negeri kelahirannya setelah menimba pengalaman beberapa musim lalu bersama dengan Sime Darby, Perlis dan Felda United FC.

Prabakaran juga pernah mewarnai kancah bola sepak kebangsaan di peringkat antarabangsa sepanjang kariernya melalui beberapa penampilan untuk skuad B19 dan B23 negara.

Persembahan mengagumkan Prabakaran sepanjang musim lalu bersama Felda United FC serta pengalaman bermain untuk kejohanan-kejohanan besar di Malaysia sejak 2011 merupakan sebab mengapa beliau dipilih untuk menguatkan lagi barisan pertahanan skuad Merah Kuning bagi musim hadapan.

Kehadiran K. Prabakaran juga adalah bukti komitmen persatuan untuk menambahkan kekebalan jentera pertahanan pasukan Red Giants berbekalkan kecergasan dan kekuatan fizikal beliau.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat kembali ke negeri Selangor kepada K. Prabakaran dan semoga beliau dapat bersama-sama mengangkat Gergasi Merah ke zaman kegemilangan yang baru.

Hantarkan ucapan anda kepada Prabakaran di sosial media dengan menggunakan #PrabakaranIsRed.