SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

Norhakim Isa Milik Gergasi Merah


Suka citanya diumumkan bahawa Norhakim Isa kini sah bergelar pemain Selangor FA bagi musim 2019.

Pemain yang berasal dari Perak ini telah melengkapkan perpindahan beliau dari PKNP FC setelah menandatangani kontrak untuk bersama Red Giants musim hadapan.

Norhakim Isa berusia 25 tahun merupakan antara pemain yang pernah tersenarai sebagai antara pemain muda yang berkualiti oleh FourFourTwo. Pada usia muda lagi Hakim telah terpilih untuk menyertai skuad utama Perak ketika berusia 19 tahun setelah membantu skuad Piala Presiden negeri tersebut menjulang kejuaraan kejohanan Piala Presiden 2012.

Pemain yang berkebolehan di kawasan

tight space

ini turut mempunyai teknik-teknik menggelecek yang baik bagi mengatasi mana-mana pertahanan. Teknik hantaran-hantaran yang berbahaya dan rembatan kaki kiri yang padu beliau juga bakal membuatkan barisan jentara serangan Selangor lebih berbahaya dan digeruni.

Semasa bersama dengan Perak, Norhakim telah menjaringkan 3 gol dalam 10 perlawanan pertama beliau. Sehingga hari ini, Norhakim telah tampil dalam lebih 50 perlawanan peringkat senior sepanjang perjalanan beliau di Perak, Melaka United dan PKNP.

Kehadiran Norhakim Isa adalah bukti komitmen persatuan untuk menambahkan kreativiti bahagian tengan pasukan Red Giants musim hadapan.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang ke wilayah Merah Kuning dan semoga beliau dapat bersama-sama membawa Gergasi Merah kehadapan dengan lebih garang.

Hantarkan ucapan anda kepada Norhakim Isa di sosial media dengan menggunakan #HakimIsaIsRed.