The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
Latiff Suhaimi Milik Selangor
Oct 10, 2019 - FAS
Suka citanya diumumkan bahawa Latiff Suhaimi kini sah bergelar pemain Selangor FA bagi musim 2019.
Pemain tinggi lampai yang berusia 29 tahun ini berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan merupakan antara pemain yang terkenal bijak mengawal dan mengemudi bahagian pertahanan pasukan.
Latiff hadir ke Selangor, berbekalkan pengalaman beraksi dengan 6 pasukan sepanjang karier beliau dalam kancah Liga M.
Beliau sebelum ini telah tampil bersama pasukan Pulau Pinang, Kedah, T-Team, Felda United, PDRM dan Terengganu dan telah menjadi tonggak utama bagi setiap pasukan di mana saja beliau beraksi.
Musim lepas, Latiff telah mengetuai barisan tengah skuad Terengganu sehingga mereka layak ke final Piala Malaysia dan merupakan antara beberapa pemain yang pernah bermain dan menjadi kapten pasukan kebangsaan.
Bakat dan pengalaman beliau sepanjang perjalanan di dalam saingan Liga M juga dilihat sebagai kualiti yang mampu membantu pasukan ini menjulang trofi dan kejuaraan bersama Selangor.
Kehadiran Latiff Suhaimi adalah bukti komitmen persatuan untuk menambahkan kekebalan bahagian pertahanan pasukan Selangor bagi menjulang kejuaraan musim hadapan.
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang ke Selangor dan semoga Latiff dapat bersama-sama menjadikan Selangor sebagai pasukan yang digeruni dan terus gemilang.
Hantarkan ucapan anda kepada Latiff kita di sosial media dengan menggunakan #LatiffIsRed.
FA SELANGOR NEWS
Review of the 21th Match of the 2025/26 Super League | Kuala Lumpur City FC 2-3 Selangor FC| 55th Klang Valley Derby Victory
Read more
Super League Matchweek 21 Preview | Kuala Lumpur City FC vs Selangor FC | 2025/26 | Crucial Klang Valley Derby Battle
Read more
Review of the 20th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 4-0 Imigresen FC | Proud of the Players’ Response
Read more
Super League Matchweek 20 Preview | Selangor FC vs Imigresen FC | 2025/26 | Every Match Matters
Read more