Oct 10, 2019 - FASSuka citanya diumumkan bahawa Farizal Harun kini sah bergelar pemain Selangor bagi musim 2019.
Penjaga gol yang berusia 32 tahun terkenal dengan kebolehan beliau yang sangat fleksibel di hadapan gawang serta mampu melakukan tepisan dan tahanan yang kebanyakkan di luar jangkaan.
Farizal yang berasal dari Negeri Sembilan memulakan karier beliau bersama skuad B21 negeri tersebut. Beliau kemudiannya diserap ke skuad utama dan telah tampil lebih 45 perlawanan untuk Negeri Sembilan dari tahun 2007 hingga 2011.
Ejai kemudiannya berhijrah ke ATM untuk bersama dengan skuad tentera untuk sepanjang tahun 2012 hingga 2013 sebelum seterusnya beraksi mewakili Felda United.
Di dalam karier beliau, Farizal telah bermain lebih 150 perlawanan peringkat profesional dan berbekalkan pengalaman beliau ini, ianya juga adalah bukti komitmen persatuan untuk menambahkan kekebalan bahagian pertahanan pasukan Selangor bagi menjulang kejuaraan musim hadapan.
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang ke Selangor dan semoga Farizal akan dapat bersama-sama menjadikan Selangor sebagai pasukan yang digeruni dan semakin sukar ditembusi.
Hantarkan ucapan anda kepada Farizal di sosial media dengan menggunakan #FarizalIsRed.