SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

PraMusim Review: Selangor vs Pulau Pinang


Petang tadi telah berlangsung satu perlawanan persahabatan tertutup pramusim di antara pasukan Selangor menentang pasukan Pulau Pinang di Stadium MMU Cyberjaya.

Perlawanan ini tidak dihebahkan kerana ianya adalah merupakan sesi ujian stamina dan sebahagian daripada sesi perancangan latihan dalaman pasukan.

Dijadualkan bermula pada jam 5:00 petang, perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat dan bermula sedikit lewat sekitar jam 5:30 petang.

Dengan keadaan padang yang sedikit becak, perlawanan ini tetap diteruskan dengan pasukan Selangor menurunkan kebanyakkannya barisan pemain-pemain baru untuk separuh masa pertama.

Babak bermula dengan kedua-dua pasukan mempamerkan saingan dan tempo yang agak seimbang.

Kelibat Faiz Nasir di tengah padang nampak banyak mencetuskan idea-idea kreatif buat pasukan Selangor. Pada minit ke-14, beliau berjaya membuat satu tindakan bijak dengan menewaskan dua orang pemain Pulau Pinang sekaligus dengan satu skill yang menarik.

Norhakim Isa turut dilihat menonjol dengan mengawal kawasan tengah padang. Shielding dan tackle keras di setiap penjuru perlawanan yang dibuat oleh Hakim telah banyak membantu pasukan Selangor memenangi kawalan bola.

Cubaan pertama perlawanan datang daripada sepakan luar kotak Halim Saari pada minit ke 15. Rembatan yang tepat kearah pintu gol itu kemudiannya berjaya diselamatkan penjaga gol Pulau Pinang.

Namun persembahan yang ditunjukkan Halim juga dilihat begitu bertenaga dan tenang mengawal tempo perlawanan.

Separuh masa pertama menyaksikan midfield battle dengan perebutan bola banyak berlaku di kawasan tengah padang dan diikuti beberapa sliding tackle keras menggunakan kelebihan padang yang sedikit licin.

Babak pertama tamat dengan kedua-dua pasukan terikat 0 - 0.

Separuh masa kedua kemudian bermula dengan beberapa pertukaran dilakukan oleh pasukan Selangor. Halim Saari dan K.Prabakaran digantikan dengan pemain import percubaan dan K.Sarkunan.

Babak kedua pula mula menyaksikan lebih banyak tarik-menarik di sekitar luar kotak kedua-dua bahagian padang dengan tempo perlawanan yang semakin agresif.

Meskipun terdapat 5 sepakan percuma diberikan pada separuh masa kedua kepada Selangor dan Pulau Pinang, namun kesemua percubaan ini tepat atau berjaya ditepis oleh kedua-dua penjaga gol.

Minit ke-35 memberikan nafas baru di atas padang dengan pertukaran dari Selangor memasukkan pemain-pemain seperti Amri Yahyah, Sean Selvaraj, Farizal dan K. Kannan.

Perlawanan persahabatan yang ditetapkan dengan rule tiga separuh masa ini menghabiskan 25 minit babak kedua dengan jaringan terikat 0 - 0.

Cubaan yang bertenaga pada separuh masa ketiga datang pada minit ke-53 oleh Amri hasil hantaran leret daripada Sean. Namun rembatan half volley itu tepat ke dakapan penjaga gol Pulau Pinang.

Selangor dilihat lebih agresif mengasak dari bahagian kedua-dua belah sayap. Tandukan tepat kearah gawang Pulau Pinang oleh Sean pada minit ke-55 pula berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol.

Pada minit ke-59, Amri pula berjaya membuat satu sepakan jarak dekat setelah berjaya menggelecek beberapa pemain pertahanan Pulau Pinang. Tetapi sayang cubaan itu juga berjaya ditampan oleh penjaga gol Pulau Pinang.

Peluang yang paling baik perlawanan hadir pada minit ke-62. Namun sepakan kaki kiri Sean itu tidak berjaya menepati sasaran dan melewati palang gol.

Pada minit ke-67, Pulau Pinang dihadiahkan dengan satu sepakan penalti apabila penyerang mereka dijatuhkan dalam kotak penalti Selangor. Ianya kemudian berjaya disudahkan meskipun bola tersebut telah berjaya diteka dengan tepat dan ditepis oleh Haziq Ridhwan, penjaga gol Selangor yang dimasukkan pada babak ketiga.

Namun Selangor berjaya bangkit pada babak-babak akhir perlawanan melalui satu gerakan cantik yang bermula dari Sean Selvaraj.

Sean membuat hantaran leret sebelah kanan padang kepada Faizzudin. Faizzudin kemudiannya membuat larian pecut mengawal bola dan melakukan satu short pass tepat ke Amri Yahyah yang terus menyambung permainan itu dengan satu hantaran silang leret kembali kepada Sean.

Ledakan rembatan kaki kanan Sean dari luar kotak kemudian telah berjaya membantu Selangor mendapatkan satu gol sebelum wisel penamat ditiup.

Perlawanan berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.