The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
Kenali Pemain Selangor: Amirul Haziq
Oct 10, 2019 - FAS
Muhammad Amirul Haziq bin Rasmizal, pemain pertahanan Selangor yang juga merupakan anak jati kelahiran negeri ini telah memulakan karier beliau bersama skuad Selangor seawal usia 18 tahun lagi.
Amirul Haziq, atau lebih dikenali sebagai ‘Boy’, merupakan salah seorang pemain daripada skuad Piala Presiden tahun 2017 yang telah membantu pasukan Selangor menjulang kejuaraan kejohanan tersebut.
Boy tampil dalam 12 perlawanan dan berjaya menjaringkan 1 gol sepanjang perjalanan beliau membantu skuad Piala Presiden Selangor 2017.
Pada 27 November 2017, pengurus pasukan B21 Selangor, Ariffin Ab Hamid telah mengesahkan bahawa Amirul Haziq akan diserap masuk ke skuad utama Selangor bagi musim 2018.
“Kami dari pasukan Piala Presiden Selangor sememangnya berbangga apabila ada pemain skuad ini diserap ke skuad senior kerana ia membuktikan mereka ada kemampuan untuk terus maju.” tambah pengurus pasukan itu dalam satu sesi temubual.
Kini, pada usia 20 tahun, Amirul Haziq telah tampil beberapa kali bagi skuad utama dan dilihat sebagai salah satu tunggak dari barisan pemain muda yang mampu memberikan impak positif kepada pasukan Selangor.
FA SELANGOR NEWS
Grantt Lubricants Announced As Official Partner Of Selangor FC For The 2025/26 Season
Read more
Match Review LS2 | Selangor FC 3-0 DPMM FC | First Home Match of The Season
Read more
Match Preview LS2 | Selangor FC vs DPMM FC | First Home Match!
Read more
Match Review Piala Sumbangsih | Johor Darul Ta'zim FC 3-0 Selangor FC
Read more