SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

Antonio German Sah Pemain Import Baru Selangor


Suka cita diumumkan bahawa Antonio Timothy German kini sah bergelar pemain Selangor bagi musim 2019.

Pemain yang berusia 27 tahun dan anak kelahiran

Three Lions

ini berasal dari Park Royal, England dan merupakan antara pemain yang bakal memberikan kelebihan fizikal dan kepantasan di bahagian sayap dan serangan pasukan Red Giants.

Sepanjang karier beliau, Antonio telah menjaringkan lebih 20 gol dan mempunyai pengalaman yang sangat luas. Bola sepak telah banyak membawa beliau menjelajah ke beberapa negara dan beraksi di liga-liga bertaraf tinggi sebelum menyertai Selangor.

Antonio memulakan karier bola sepak beliau bersama Queens Park Rangers sekitar tahun 2009 dan telah bersama dengan QPR hampir 3 musim, tampil dalam lebih 22 perlawanan menjaringkan 3 gol.

Ketika ditanya kenapa beliau memilih untuk kini bersama Selangor, berhijrah meninggalkan kelab beliau sebelum ini iaitu Gokulam Kerala, Antonio berkata, “Selangor adalah sebuah kelab yang sangat besar. Minat saya yang mendalam terhadap sukan bola sepak telah bawa saya ke sini.”

Pengalaman beliau beraksi di peringkat profesional memang tidak dapat disangkal lagi.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang ke Selangor dan semoga Antonio akan dapat bersama-sama menjadikan Selangor sebagai pasukan yang digeruni dan lebih tajam di bahagian serangan.

Hantarkan ucapan anda kepada Antonio German di sosial media dengan menggunakan #AntonioGermanIsRed.

Welcome and we wish you all the best Anto!