SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

FAQ: Pas Bermusim


Apakah pas bermusim?

Pas bermusim ini akan memberikan pemegang akses kepada semua perlawanan ‘home’ Selangor untuk musim 2019 tanpa caj tambahan.

 

Apakah kelebihan yang berbeza jika saya menjadi pemegang pas bermusim?

Pemegang pas bermusim buka sahaja akan mendapat akses kepada semua perlawanan ‘home game’, malah pemegang juga akan mendapat “kit” pass bermusim yang berbeza diantara package VIP dan Open dan keutamaan untuk membeli/reserve tiket perlawanan final.

 

Apa beza pas bermusim VIP dan Open?

Pemegang pas bermusim VIP akan menikmati tempat duduk bernombor di bahagian grandstand. Selain tempat duduk, pemegang pas bermusim VIP akan mendapat parking bernombor khas pada setiap perlawanan ‘home game’ di stadium Shah Alam. Untuk ketahui selanjutnya, boleh klik sini.

 

Kenapa saya hanya boleh membeli 1 pas bermusim sahaja?

Setiap pas bermusim dikaitkan dengan satu Red Giants Team Card. Setiap Red Giants Team Card merupakan identiti unik buat setiap penyokong Selangor. Sekiranya anda ingin membeli pas bermusim yang lebih, sila daftar Red Giants Team Card yang baru.

 

Bagaimanakah pas bermusim ini berfungsi?

Anda perlu jadi ahli atau pemegang Red Giants TeamCard terdahulu. TeamCard anda akan dimuatnaik  Pas bermusim anda akan

 

Di mana saya boleh ambil pas bermusim ini?

Anda boleh mengambil di pejabat FAS pada hari bekerja, pukul 9 pagi hingga 5 petang atau di kedai rasmi FAS pada hari perlawanan mulai 3 petang.

 

Adakah pas bermusim ini boleh digunakan dalam pertandingan kalah mati?

Boleh, pas bermusim ini boleh digunakan dalam semua perlawanan “home”  pertandingan kalah mati sehingga aksi separuh akhir.

 

Adakah pas bermusim ini termasuk tiket final pertandingan kalah mati?

Pas bermusim ini TIDAK termasuk tiket final pertandingan kalah mati. Tetapi, setiap pas bermusim diberi keutamaan untuk membeli 1 keping tiket final.

 

Bagaimanakah saya boleh membuat bayaran?

Buat masa ini, pembayaran untuk pas bermusim hanyalah secara atas talian sahaja.

 

Berapa had umur untuk membeli pas bermusim kanak-kanak?

Pas bermusim kanak-kanak hanyalah untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah sahaja.

 

Berapa lama pas bermusim ini boleh digunakan?

Untuk sepanjang musim 2019.

 

Bolehkah kita memilih tempat duduk?

Pemilihan tempat duduk hanyalah untuk pemegang pas bermusim VIP sahaja. Pas bermusim terbuka adalah “Free Seating”

 

Adakah kami akan mendapat makanan atau minuman?

Tiada makanan dan minuman disediakan buat masa ini.

 

Adakah kami akan mendapat tempat letak kereta?

Tempat letak kereta hanyalah disediakan untuk pemegang pas bermusim VIP sahaja. Nombor tempat letak kereta yang dikhaskan adalah sama dengan nombor tempat duduk yang dibeli.

 

Bolehkah pemegang pas bermusim duduk di tempat duduk yang lain selain yang dikhaskan kepada mereka?

Pemegang pas bermusim VIP hanya boleh duduk di tempat duduk yang dipilih oleh mereka sahaja dan tidak dibenarkan untuk duduk di tempat duduk lain. Pemegang pas bermusim terbuka boleh duduk di mana-mana tempat duduk kosong kecuali di zon pas bermusim VIP.

 

Adakah pemegang pas bermusim hanya boleh duduk di kuadrant yang ditentukan sahaja?

Pas bermusim terbuka adalah “free seating” manakala pas bermusim VIP perlu duduk di kuadrant A.

 

Adakah pas bermusim ini memberi keutamaan kepada keluarga pemegang?

Tiada keutamaan kepada keluarga pemegang. Pas bermusim ini adalah hanya untuk seorang pemegang sahaja.

 

Adakah pemegang pas bermusim boleh duduk bersama-sama?

Untuk pas bermusim terbuka, tempat duduk adalah secara ‘free seating’ dan anda boleh duduk bersama-sama.

Untuk pas bermusim VIP, anda boleh duduk bersama-sama jika tempahan pas dan pilihan tempat duduk dibuat pada waktu yang sama. Tertakluk juga kepada tempat duduk yang kosong dan masih belum ditempah.  

 

Bolehkan kami menukar tempat duduk?

Untuk pas bermusim terbuka, tempat duduk adalah secara ‘free seating’ dan anda boleh menukar tempat duduk jika ada tempat kosong.

Untuk pas bermusim VIP, anda tidak boleh menukar tempat duduk anda. Tempat duduk yang anda pilih adalah khas untuk anda sahaja bagi setiap perlawanan ‘home game’ terdapat dalam pas bermusim anda.

 

Apa perlu saya buat jika saya hilang team card saya?

Sekiranya anda kehilangan Team Card (dengan akses pas musim) dengan padanan individu, anda perlu pergi ke kaunter perkhidmatan maklumat FAS dan membuat laporan. Pastikan anda mempunyai kad ID anda bersama-sama untuk membuat pengesahan, proses dan pengeluaran Team Card baru. Yuran mandatori sebanyak RM20 akan dikenakan.

 

Bolehkah saya masuk stadium jika saya lupa team card saya?

Sekiranya anda terlupa Red Giants Team Card anda (dengan akses pas musim) dengan padanan individu, anda perlu pergi ke kaunter khidmat maklumat FAS dengan kad ID anda untuk mengesahkan, memproses dan mengeluarkan kod akses sementara untuk masuk untuk ke perlawanan itu.

 

Bolehkah saya menjual pas bermusim saya kepada orang lain?

Tidak boleh. Pas bermusim anda tidak boleh dijual ataupun dipindah milik kepada orang lain.

 

Bolehkah saya menjual pas bermusim saya jika saya tak sempat hadir pada perlawanan tersebut?

Tidak boleh. Pas bermusim anda tidak boleh dijual ataupuh dipindah milik kepada orang lain.

 

Bolehkah saya dapat refund jika saya tersilap beli dan sebagainya?

Tidak boleh. Sila baca terma dan syarat secara teliti sebelum membeli.

 

Bolehkah saya upgrade kepada pas VIP jika saya sudah beli pas Open?

Buat masa ini, tiada pilihan untuk “upgrade” pas bermusim terbuka kepada pas bermusim VIP.

 

Apakah tarikh terakhir untuk membeli pas bermusim?

Pas bermusim hanya boleh dibeli sehingga 31 Januari 2019 sahaja.

 

Bolehkah saya membeli selepas tarikh tutup?

Tidak boleh. Tarikh terakhir ada boleh membeli adalah pada 31st January sebelum 12 malam.

 

Bolehkah saya membeli pas secara offline tanpa ada email dan account sendiri?

Tidak boleh. Anda perlu ada emel dan account sendiri untuk mengaktifkan TeamCard anda sebelum membeli pas bermusim.

 

Di manakah boleh saya tuntut kit pas bermusim saya? Adakah pilihan POS akan disediakan?

Anda boleh tuntut pas bermusim anda di office FAS pada hari bekerja, dari 9 pagi hingga 5 petang, ataupun anda boleh pilih untuk penghantaran secara pos. Tertakluk kepada RM10 Semenanjung dan RM15 Sabah/Sarawak

 

Adakah access perlawanan Piala FA & Piala Malaysia dimuat naik ke kad pas bermusim saya? Ataupun ianya untuk perlawanan Liga Super Sahaja?

Pas bermusim ini adalah untuk semua perlawanan “home” untuk skuad Liga Super Selangor.

 

Bolehkah saya memilih tempat duduk sendiri?

Untuk pas bermusim terbuka,  tempat duduk adalah secara ‘free seating’ dan anda boleh duduk dimana-mana tempat yang kosong.

Untuk pas bermusim VIP, anda boleh pilih tempat duduk, khas pada anda bagi setiap perlawanan ‘home game’ terdapat dalam pas bermusim anda.

 

Bolehkah saya tukar tempat duduk saya pada perlawanan lain?

Untuk pas bermusim terbuka, tempat duduk adalah secara ‘free seating’ dan anda boleh duduk dimana-mana tempat yang kosong pada perlawanan lain.

Untuk pas bermusim VIP, anda tidak boleh tukar tempat duduk. Tempat duduk yang anda pilih adalah khas pada anda bagi setiap perlawanan ‘home game’ terdapat dalam pas bermusim anda.

 

Adakah pas bermusim ini termasuk perlawanan away?

Pas bermusim ini hanyalah untuk perlawanan “home game” sahaja.

 

Anda Mempunyai Pertanyaan Lanjut?


 

[vfb id=8]