The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
Kenali Pemain Selangor: Haziq Ridwan
Kenali Pemain Selangor: Haziq Ridwan
Oct 10, 2019 - FAS
Muhammad Haziq bin Ridwan atau lebih dikenali sebagai Haziq, penjaga gol yang berasal dari negeri ini merupakan antara bakat muda yang tersenarai di dalam skuad utama Gergasi Merah musim 2019. Haziq yang baru berusia 22 tahun, kini menyarung jersi 23 Selangor.
Beliau telah bersama pasukan Selangor sejak berumur 17 tahun lagi. Karier bola sepaknya bersama pasukan Selangor bermula dengan skuad bawah 19 tahun dari tahun 2013 sehingga 2015 sebelum menyertai pasukan bawah 21 tahun.
Haziq juga merupakan salah seorang pemain yang mewakili pasukan bola sepak Merah Kuning di Sarawak dalam pertandingan Majlis Sukan Negara Malaysia (SUKMA).
Pada tahun 2017, Haziq turut diberi tanggungjawab sebagai kapten pasukan Piala Presiden Selangor bawah 21 tahun dan telah tampil sebanyak 18 kali mewakili Selangor dalam kejohanan tersebut. Dengan kepimpinan beliau dan corak permainan yang baik oleh rakan sepasukan, Selangor telah mengakhiri penantian sembilan (9) tahun apabila berjaya menjulang takhta juara Piala Presiden pada musim tersebut.
Prestasi yang sangat memberangsangkan oleh Haziq bersama pasukan Selangor bawah 21 tahun itu telah membuka peluang kepada beliau diserap masuk ke pasukan utama Selangor pada musim 2018 sebagai penjaga gol ke-3 pasukan.
Masih segar diingatan penyokong Red Giants apabila Haziq membuat kemunculan pertama beliau dalam Liga Super menentang Melaka United pada 21 Julai dan berjaya menjaga gawang Selangor dengan begitu baik setelah penjaga gol utama pasukan cedera.
Setelah menunjukkan konsitensi yang baik, Haziq kini terus bersama pasukan Selangor untuk musim 2019 dan akan terus menjadi sebahagian daripada jentera pertahanan, benteng gawang Red Giants.
←
Previous
Wajah Bola Selangor: Othman Saad (Abang Man)
Next
Taylor Regan Kini Tiba di laman Gergasi Merah
→
FA SELANGOR NEWS
Review of the 21th Match of the 2025/26 Super League | Kuala Lumpur City FC 2-3 Selangor FC| 55th Klang Valley Derby Victory
Read more
Super League Matchweek 21 Preview | Kuala Lumpur City FC vs Selangor FC | 2025/26 | Crucial Klang Valley Derby Battle
Read more
Review of the 20th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 4-0 Imigresen FC | Proud of the Players’ Response
Read more
Super League Matchweek 20 Preview | Selangor FC vs Imigresen FC | 2025/26 | Every Match Matters
Read more