The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
Pertukaran secara Pinjaman: K. Kannan (SEL) > Fandi Othman (PKNS)
Oct 10, 2019 - FAS
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mencapai persetujuan dengan PKNS FC untuk membuat satu pertukaran sebelum tarikh perpindahan ditutup semalam.
Fandi Othman kini sah menjadi pemain Selangor untuk musim 2019 ini dengan mengisi posisi K. Kannan di bahagian pertahanan kiri jentera pasukan Red Giants.
Fandi merupakan anak kelahiran Johor yang telah memulakan karier bola sepaknya bersama pasukan utama Harimau Muda A pada tahun 2009 sebagai pemain pertahanan kiri pasukan itu. Sepanjang karier beliau, Fandi juga pernah bersama dengan beberapa pasukan seperti Johor Darul Ta’zim II, Melaka United dan Felcra FC.
Pemain pertahanan ini turut dikenali ramai sebagai seorang pemain yang sangat berdedikasi dan diharap kualiti ini akan dapat membantu pasukan Red Giants memperkuatkan lagi benteng pertahanan Selangor.
Pertukaran ini juga sah menjadikan K. Kannan sebahagian daripada barisan utama pasukan PKNS. Pemain pertahanan Selangor ini merupakan antara pemain muda yang telah diserap masuk ke pasukan utama Selangor pada tahun 2016 dan kekal sehingga kini. Sepanjang tempoh itu, Kannan telah membuat 31 penampilan bersama pasukan utama Merah Kuning.
Kini, Kannan diberi peluang untuk terus meraih lebih banyak waktu bermain bagi mengasah skill dan kebolehan beliau di atas padang. Semoga pemain muda ini berjaya menjadi pemain harapan dan tonggak pasukan.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada K. Kannan bersama pasukan barunya dan selamat datang kami ucapkan kepada Fandi Othman ke pasukan Selangor.
FA SELANGOR NEWS
Review of the 21th Match of the 2025/26 Super League | Kuala Lumpur City FC 2-3 Selangor FC| 55th Klang Valley Derby Victory
Read more
Super League Matchweek 21 Preview | Kuala Lumpur City FC vs Selangor FC | 2025/26 | Crucial Klang Valley Derby Battle
Read more
Review of the 20th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 4-0 Imigresen FC | Proud of the Players’ Response
Read more
Super League Matchweek 20 Preview | Selangor FC vs Imigresen FC | 2025/26 | Every Match Matters
Read more