The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
Seruan Harimau Malaya
Seruan Harimau Malaya
Oct 10, 2019 - FAS
Syazwan Zainon, Halim Saari, Latiff Suhaimi dan Faiz Nasir telah dipanggil oleh jurulatih pasukan senior kebangsaan Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala AIRMARINE 2019. Empat pemain Selangor ini merupakan nama yang cukup dikenali bagi penyokong-penyokong Red Giants pada musim ini.
Halim Saari dan Faiz Nasir merupakan nama baru dalam Skuad Harimau Malaya. Diharapkan panggilan kedua-dua pemain ini ke kem kebangsaan dapat membantu menguatkan lagi keperluan di bahagian tengah pasukan. Manakala Syazwan Zainon dan Latiff Suhaimi bukanlah nama asing dalam pasukan Hitam Kuning ini. Mereka telah beberapa kali menyertai pasukan negara sejak tahun 2016.
Empat pemain Selangor ini akan memulakan latihan pada hari Selasa, 12 Mac 2019 bagi persiapan menghadapi kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 20 hingga 23 Mac 2019 dan perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Nepal di stadium sama pada 26 Mac 2019.
Selangor dihadiahkan lagi dengan kabar baik dimana Syahmi Safari sekali lagi tersenarai dalam pasukan bawah 23 tahun negara. Beliau merupakan antara pemain yang diperlukan oleh Ong Kim Swee untuk memperkukuhkan barisan pasukan Harimau Muda.
Syahmi akan mulakan latihan dari 10 sehingga 19 Mac 2019. Pada 17 Mac 2019 pasukan bawah 23 tahun ini akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Australia bawah 23 tahun. Kemudian kejohanan Asian Football Confederation (AFC) bawah 23 tahun 2019 akan bermula pada 20 sehingga 26 Mac 2019 bagi pusingan kelayakan di Stadium Shah Alam. Perkembangan kesemua pemain Selangor ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Kami mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Syazwan Zainon, Halim Saari, Latiff Suhaimi, Faiz Nasir dan Syahmi Safari yang bakal membawa nama Malaysia di Piala AIRMARINE dan kelayakan kejohanan AFC bawah 23 tahun. Semoga mereka dapat membanggakan Malaysia dan pasukan Selangor.
Semoga berjaya Harimau Malaya dari kami FA Selangor.
←
Previous
“Tinggi atau rendahnya ketinggian fizikal ses...
Next
Pematuhan perlesenan kelab AFC
→
FA SELANGOR NEWS
Review of the 21th Match of the 2025/26 Super League | Kuala Lumpur City FC 2-3 Selangor FC| 55th Klang Valley Derby Victory
Read more
Super League Matchweek 21 Preview | Kuala Lumpur City FC vs Selangor FC | 2025/26 | Crucial Klang Valley Derby Battle
Read more
Review of the 20th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 4-0 Imigresen FC | Proud of the Players’ Response
Read more
Super League Matchweek 20 Preview | Selangor FC vs Imigresen FC | 2025/26 | Every Match Matters
Read more