The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
“Tinggi atau rendahnya ketinggian fizikal seseoran...
“Tinggi atau rendahnya ketinggian fizikal seseorang pemain itu bukanlah penghalang, tetapi kecergasan badan dan mentaliti yang kuat menentukan segalanya”- Michael Owen
Oct 10, 2019 - FAS
Selasa, 5 Mac 2019, padang Setiausaha Kerjaan (SUK), pasukan Belia Selangor telah dikunjungi oleh pemain bola sepak lagenda England, Michael Owen untuk berkongsi pengalaman beliau sebagai antara pemain yang sangat dikenali dalam kancah bola sepak dunia dalam program.
Raja Muda Selangor turut sempat memperkenalkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) kepada Michael Owen dan menceritakan latar belakang FAS kepadanya semasa program anjuran CadburyFC itu.
“Saya pernah bermain dengan pasukan Malaysia semasa zaman muda bersama pasukan Liverpool dan saya sangat mengagumi pasukan bola sepak Malaysia pada ketika itu. Walaupun kedudukan Malaysia dalam bola sepak dunia rendah tetapi saya yakin ia akan meningkat satu hari nanti,” kata Michael Owen.
Pemain-pemain muda Selangor juga sempat bertanyakan beberapa soalan mengenai bola sepak kepada beliau seperti, “Apa yang kami perlu lakukan untuk menjadi pemain yang bagus?”
“Banyak benda. Kita tidak perlu jadi orang lain. Jika badan kita kecil, kena tahu bagaimana untuk menggunakannya dalam bola sepak. Tinggi dan rendahnya fizikal seseorang pemain bukan penghalang, namun kecergasan badan dan mentaliti yang kuat menjadi pengukur,” kata bekas pemain bola sepak yang pernah menyarung jersi Liverpool, Real Madrid, Newcastle dan Manchester United itu.
Ketua jurulatih pasukan Belia Selangor, Encik Noor Zaidi bin Rohmat dilihat sangat berpuas hati dengan kunjungan Michael Owen. Beliau mengakui bahawa tiada seorang pun pemain yang tahu akan kehadiran pemain lagenda itu ke sesi latihan mereka.
Encik Zaidi juga berkata bahawa inisiatif ini sangat membantu pasukan untuk terus bermotivasi.
Beliau berharap program-program sebegini dapat diteruskan dan berhasrat agar anak-anak didiknya dapat berjumpa dengan pemain-pemain lagenda Selangor bagi mendapatkan tips-tips untuk menjadi pemain Merah Kuning sehebat mereka.
“Dalam fasa baharu ini, pemain-pemain ini masih dalam proses pembelajaran. Saya berharap mereka boleh berikan seratus peratus fokus dalam sesi latihan supaya mereka dapat bermain dengan baik dalam setiap perlawanan. Saya tidak mengharapkan kemenangan semata-mata, namun saya juga mahukan mereka lalui fasa pembelajaran,” terang Encik Zaidi.
Semoga program seperti ini dapat meningkatkan semangat pada pemain-pemain muda Red Giants untuk masa hadapan mereka bersama Selangor FA.
←
Previous
Kenali Pemain Selangor: Syukri Azman
Next
Seruan Harimau Malaya
→
FA SELANGOR NEWS
Review of the 21th Match of the 2025/26 Super League | Kuala Lumpur City FC 2-3 Selangor FC| 55th Klang Valley Derby Victory
Read more
Super League Matchweek 21 Preview | Kuala Lumpur City FC vs Selangor FC | 2025/26 | Crucial Klang Valley Derby Battle
Read more
Review of the 20th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 4-0 Imigresen FC | Proud of the Players’ Response
Read more
Super League Matchweek 20 Preview | Selangor FC vs Imigresen FC | 2025/26 | Every Match Matters
Read more