The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
Kenali Pemain Selangor: Syukri Azman
Kenali Pemain Selangor: Syukri Azman
Oct 10, 2019 - FAS
Muhammad Syukri Bin Azman atau lebih dikenali sebagai Syuk adalah anak jati Selangor dan merupakan antara bakat muda yang tersenarai di dalam skuad utama Gerasi Merah musim 2019.
Pemain berjersi nombor 24 ini memulakan karier bola sepak beliau sejak berusia 16 tahun lagi. Berbekalkan bakat yang dimiliki, beliau telah terpilih untuk menyertai pasukan Belia Selangor pada tahun 2014 dan kejayaan beliau untuk peringkat ini adalah menjuarai Piala Belia pada tahun 2015.
Kejayaan beliau bersama pasukan belia telah membuka ruang kepadanya untuk diserapkan ke dalam skuad Presiden Selangor pada tahun 2016. Penampilan pertama Syuk adalah dalam perlawanan Selangor menentang Pahang. Kehadiran Syukri dalam skuad tersebut telah membantu pasukan muda Selangor menjulang Piala Presiden pada tahun 2017.
Karier bola sepaknya mula melonjak naik dalam masa yang singkat. Kematangannya di atas padang pada usia muda telah menjadi taruhan jurulatih untuk menyenaraikan beliau dalam pasukan utama Selangor pada tahun 2018 dan musim ini.
Ketika diwawancara, beliau sempat berkongsi bahawa dorongan dan sokongan daripada kedua ibu bapanya merupakan pemangkin semangat untuk beliau meneruskan kerjaya sukan bola sepak secara profesional.
Kejayaan Syuk dalam Piala Belia 2015 dan Piala Presiden 2017 telah menambah semangat beliau untuk memberikan yang terbaik demi pasukan. Beliau juga berusaha keras untuk memastikan namanya tersenarai dalam kesebelasan utama skuad Red Giants pada tahun ini.
Kami doakan agar Syukri terus cemerlang membantu skuad Gergasi Merah mencipta kejayaan dan melakarkan sejarah baru pada musim ini dan juga pada masa-masa akan datang.
Semoga berjaya anak muda. Demi Selangor.
←
Previous
Penyerang Kesayangan Red Giants, Rufino Segov...
Next
“Tinggi atau rendahnya ketinggian fizikal ses...
→
FA SELANGOR NEWS
Review of the ACC Shopee Cup™ Match | First Leg of the Final | Selangor FC 0-1 Buriram United | We Will Rise Again!
Read more
ACC Shopee Cup™ Match Preview | Final (1) | Selangor FC vs Buriram United FC | The Team Is Ready!
Read more
SFC Nutrition Month 2026 – Fuelling Future Football Champions
Read more
Review of the 26th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 6-0 PDRM FC | Closing the Season in Third Place
Read more