The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
MAC, MPSJ dan FA Selangor jalin kerjasama
MAC, MPSJ dan FA Selangor jalin kerjasama
Oct 10, 2019 - FAS
Dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti pasukan futsal Selangor, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah melancarkan satu kerjasama di antara MAC FC serta Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam.
Dalam majlis beramah mesra yang berlangsung pada jam 12 tengah hari tadi, MAC FC serta MPSJ telah diberikan kepercayaan untuk mewakili Selangor di Liga Premier Futsal 2019.
MAC FC dipertanggungjawabkan untuk melatih skuad futsal lelaki manakala MPSJ akan mengendalikan skuad futsal perempuan.
Antara pemain-pemain yang bakal mewakili Selangor di Liga Premier Futsal 2019 adalah Steffi Sarge Kaur (ketua pasukan), Fatin Shahida Azmi, Nur Shazreen Munazli, Norhawa Md Yasin, Nur Izzati Khairudin, Farah Najihah Abdul Aziz dan Sity Norazizahjamal bagi pasukan wanita. Pasukan lelaki pula bakal dibarisi oleh Azrul Hadee bin Mohd Taufiq, Syed Aizad Daniel bin Syed Nasir, Muhammad Azri bin Rahman dan akan diketuai oleh Ahmad Faizal bin Abdul Rahman.
Selain itu, turut berlangsung sesi penyerahan kontrak kepada pengurus pasukan lelaki dan wanita sebagai simbolik kerjasama di antara MAC serta MPSJ.
Majlis gilang gemilang ini turut disaksikan oleh presiden FAS iaitu DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah yang berkenan untuk turun mencemar duli bagi memberikan sokongan kepada pasukan futsal Selangor.
Semoga dengan kerjasama ini, sukan futsal Selangor akan lebih maju kehadapan dan menjadi juara Liga Premier Futsal 2019.
←
Previous
Selangor bangkit tewaskan Melaka di saat akhi...
Next
Kenali Pemain Selangor: Amirul Haziq (Boy)
→
FA SELANGOR NEWS
Review of the ACC Shopee Cup™ Match | First Leg of the Final | Selangor FC 0-1 Buriram United | We Will Rise Again!
Read more
ACC Shopee Cup™ Match Preview | Final (1) | Selangor FC vs Buriram United FC | The Team Is Ready!
Read more
SFC Nutrition Month 2026 – Fuelling Future Football Champions
Read more
Review of the 26th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 6-0 PDRM FC | Closing the Season in Third Place
Read more