The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
Previu Perlawanan: Selangor vs Felda United
Previu Perlawanan: Selangor vs Felda United
Oct 10, 2019 - FAS
Previu Perlawanan: Selangor vs Felda United
Selangor dijadual berdepan Felda United pada 16 April ini bagi aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Shah Alam.
Ini merupakan pertemhungan kali kedua diantara kedua-dua pasukan musim ini, selepas mereka mencatat keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Super Februari yang lalu.
Selangor beraksi cemerlang dalam pusingan sebelum ini selepas menewaskan Kelantan 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV.
Felda United dilihat sedikit bergelut untuk menewaskan Kuching FA selepas sekadar meraih kemenangan 1-0 untuk meneruskan kemaraan.
Seperti biasa Amri Yahyah serta Faiz Nasir akan menjadi pemain tumpuan pada perlawanan kali ini selepas kedua-dua pemain ini bermain dengan cemerlang bagi musim 2019.
Manakala untuk pasukan Felda, pemain sayap dan kapten pasukan, Hadin Azman perlu ditangani benteng Selangor.
Di kem Selangor, Syazwan Zainon masih lagi belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang menyaksilannya tersisih untuk aksi dengan Perak minggu lalu.
Turut mengalami kecederaan adalah pemain import pertahanan iaitu Taylor Regan selepas pertembungan dengan pemain lawan, Jumaat lalu.
Adakah Latiff Suhaimi akan diberikan kepercayaan untuk mengemudi barisan pertahanan Selangor pada perlawanan Selasa ini?
Berdasarkan prestasi semasa, pasukan Selangor dilihat mempunyai kelebihan namun ancaman pasukan Felda tidak boleh diambil mudah.
Kepada semua penyokong, anda semua dijemput hadir untuk memenuhkan Stadium Shah Alam bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan Selangor.
←
Previous
FA Selangor mengumumkan FAS Ladies Night!
Next
Kenali Pemain Selangor - Ahmad Danial Ahmad A...
→
FA SELANGOR NEWS
Review of the ACC Shopee Cup™ Match | First Leg of the Final | Selangor FC 0-1 Buriram United | We Will Rise Again!
Read more
ACC Shopee Cup™ Match Preview | Final (1) | Selangor FC vs Buriram United FC | The Team Is Ready!
Read more
SFC Nutrition Month 2026 – Fuelling Future Football Champions
Read more
Review of the 26th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 6-0 PDRM FC | Closing the Season in Third Place
Read more