SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

FA Selangor mengumumkan FAS Ladies Night!


Malam beli jiwa!

Sejak beberapa tahun ini, kita telah melihat peningkatan ketara dalam penglibatan wanita dalam sukan bola sepak.

Malahan, peminat bola sepak di seluruh dunia juga telah mula memberikan tumpuan terhadap sukan bola sepak wanita seperti Piala Dunia Wanita dan Liga Juara-Juara Eropah Wanita.

Mulai tahun 2015, gergasi besar pembuatan permainan video, EA Sport juga telah menyertakan pasukan wanita turut tersenarai dalam permainan FIFA 16 sebagai simbolik kapada sokongan mereka kepada bola sepak wanita.

Kami di Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami juga menghargai penyokong-penyokong wanita Red Giants di luar sana dengan menganjurkan FAS Ladies Night.

Apa itu FAS Ladies Night? “FAS Ladies Night” ataupun kami gelarkan “Malam Beli Jiwa” ini adalah satu inisiatif yang dijalankan oleh FAS untuk menarik lebih banyak peminat daripada golongan wanita untuk turun ke stadium.

Jadi, kami memutuskan untuk memberikan kemasukan percuma untuk golongan wanita untuk masuk ke Stadium Shah Alam bagi menonton perlawanan Piala FA menentang Felda United pada hari Selasa ini.

Terdapat beberapa langkah mudah yang perlu penyokong kami lakukan untuk menikmati faedah ini.

Pertama, anda perlu memuat naik gambar anda di Instagram, Facebook ataupun Twitter dan tag @faselangor berserta hashtag #FASBeliJiwa.

Kemudian anda hanya perlu menunjukkan bukti gambar anda sudah dimuat naik kepada petugas yang memeriksa tiket dan selepas itu anda akan dibenarkan masuk.

Mudah bukan? Tetapi bukan itu sahaja. Kami juga akan mengadakan Jersey Giveway khas untuk penyokong wanita selepas ini.

Nak tahu macam mana nak menang jersi Selangor? Pastikan anda tidak terlepas pengumuman daripada kami dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk follow dan like kesemua saluran media sosial rasmi kami supaya tidak terlepas peluang keemasan ini.

Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggegarkan stadium!

Tunggu apa lagi?

Ayuh ajak rakan-rakan dan ahli keluarga wanita untuk turun ke Stadium Shah Alam untuk perlawanan Piala FA menentang Felda United secara percuma sekarang!