Home
News
Squad
About
Partners
Ticket
Shop
Login
EN
|
BM
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
TRACK ORDER
LOGIN
SHOP
RGNFC
TICKET
English
Bahasa Melayu
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
Misi Tewaskan Pahang
Oct 10, 2019 - FAS
SHAH ALAM- Selepas cemerlang mengikat Pahang 1-1 Februari lalu, Selangor tekad untuk menewaskan Pahang di Stadium Shah Alam Selasa ini.
Namun aksi kali ini tidak akan menyaksikan kelibat Rufino Segovia atas faktor kecederaan jangka panjangnya.
Pasukan Pahang kini menghuni tangga kedua liga dengan 30 mata berjaya diraih manakala Selangor berada di kedudukan kelima dengan 25 mata berjaya diperoleh.
Pahang dan Selangor mempunyai persamaan daripada rekod kemenangan dan seri dengan kedua-duanya berjaya meraih empat kemenangan dan lima seri semenjak tahun 2013.
Pemain yang perlu diberi tumpuan bagi pasukan Pahang sudah pasti penyerang bertubuh sasa mereka iaitu Dickson Nwakamae.
Beliau yang telah berjaya menjaringkan enam gol musim ini ternyata perlu diberikan perhatian.
Untuk kem Selangor pula, K. Sarkunan dan juga Taylor Regan tidak dapat diturunkan atas faktor penggantungan.
Sarkunan dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang JDT minggu lalu digantung dua perlawanan manakala Taylor telah mengutip tiga kad kuning lalu digantung satu perlawanan.
Namun Halim Saari dan juga Syazwan Zainon telah disahkan sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan ianya sudah pasti memberikan kelegaan buat B. Satiananthan.
Selain itu, Azreen Zulkafali dan juga Norhakim Isa masih lagi dibelenggu kecederaan dan tidak dapat diturunkan.
Semoga Selangor dapat mempamerkan aksi yang terbaik pada Selasa ini dan berjaya memperoleh tiga mata penuh.
FA SELANGOR NEWS
Team News | Noor Al-Rawabdeh Sustains Anterior Cruciate Ligament Injury
Read more
Match Review LS13 | PDRM FC 1-1 Selangor FC | We Remain Second In The #LigaSuper2024
Read more
Match Preview LS13 | PDRM FC vs Selangor FC | The Cops Test Awaits
Read more
Selangor FC Announces Abdi Hassan and Shahrom Kalam To Replace Conor Nestor
Read more
Team Card