The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
PIALA MALAYSIA 2019: Selangor Terikat Lagi
PIALA MALAYSIA 2019: Selangor Terikat Lagi
Oct 10, 2019 - FAS
SHAH ALAM- Selepas diikat pasukan Felda United pada perlawanan pertama Piala Malaysia 2019, Selangor sekali lagi diikat oleh pasukan PDRM FA 1-1 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.
Sebaik sahaja perlawanan bermula, Selangor terlebih dahulu melakukan beberapa percubaan berbahaya namun berjaya ditangkap kemas penjaga gol pasukan PDRM, Shahril Sa'ari.
PDRM juga seringkali melancarkan serangan ke kubu Selangor namun dipatahkan oleh oleh barisan pertahanan pasukan Selangor yang diketuai Taylor Regan.
Tiada jaringan berjaya dihasilkan menyaksikan aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Masuk babak kedua, Selangor dan PDRM sering melancarkan serangan bertali arus namun Selangor terlebih dahulu membuka jaringan.
Sepakan leret Sandro Da Silva pada minit ke-52 berjaya menewaskan Shahril Sa'ari sekaligus meletakkan Selangor di hadapan.
Namun kelebihan itu tidak kekal lama apabila pemain pertahanan PDRM, Argzim Redzovic menanduk masuk hantaran sepakan percuma Shahurain Abu Samah.
Peluang terbaik Selangor untuk menjaringkan gol hadir pada minit-minit terakhir namun percubaan padu beliau sekadar menggegar palang.
Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan Selangor kini berada di tempat kedua dengan lima mata berjaya dikutip.
←
Previous
Selangor Sekali Lagi Diikat PDRM
Next
PREVIU PIALA MALAYSIA 2019: Peluang Selangor ...
→
FA SELANGOR NEWS
Review of the 21th Match of the 2025/26 Super League | Kuala Lumpur City FC 2-3 Selangor FC| 55th Klang Valley Derby Victory
Read more
Super League Matchweek 21 Preview | Kuala Lumpur City FC vs Selangor FC | 2025/26 | Crucial Klang Valley Derby Battle
Read more
Review of the 20th Match of the 2025/26 Super League | Selangor FC 4-0 Imigresen FC | Proud of the Players’ Response
Read more
Super League Matchweek 20 Preview | Selangor FC vs Imigresen FC | 2025/26 | Every Match Matters
Read more