The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
KENALI PEMAIN SELANGOR: FAKRUL IMAN
Oct 10, 2019 - FAS
Muhammad Fakrul Iman bin Naszari atau lebih dikenali sebagai Fakrul, penyerang Belia Selangor antara bakat muda yang sedang hangat diperkatakan.
Pemain berjersi nombor 17 pasukan Belia Selangor ini berusia 18 tahun dan merupakan anak kelahiran jati Selangor.
Pemain tengah ini mula mewakili sekolah sejak umur 9 tahun sehingga beliau telah dipanggil ke Sekolah Sukan Negeri Selangor untuk bermain dalam Liga KPM.
Fakrul mewakili Selangor bermula pada tahun 2016 apabila terpilih sebagai pemain Selangor dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) dan berjaya menjadi juara bagi kategori bawah 15 tahun.
Dengan bakat yang dimiliki beliau, Fakrul bermain untuk Asean School dan dipanggil bermain untuk Harimau Muda (Malaysia B).
Fakrul berjaya menarik minat skuad Belia Selangor 2019 dan telah bermain sebanyak 16 perlawanan serta satu gol semasa menentang Terengganu.
Bola sepak telah menjadi minat dan cita-cita Fakrul sejak kecik lagi. Anak kelahiran Kajang ini mengatakan bahawa karier bola sepak beliau diberi sokongan padu oleh keluarganya sejak dari tadika.
Setelah mempamerkan aksi yang cemerlang, Fakrul berjaya menarik minat Jurulatih Malaysia bawah 18 tahun, Brad Maloney untuk memanggil beliau mewakili Malaysia dalam Kejohanan AFF B-18 di Vietnam.
Ini merupakan kali pertama beliau beraksi untuk pasukan kebangsaan bawah 18 dan berjaya menjadi naib juara dalam kejohanan AFF yang berlangsung di Vietnam baru-baru ini.
Bila ditanya pemain tempatan yang diminati, beliau menjadikan Amri Yahyah sebagai idolanya kerana Amri mempunyai penyudah yang baik dan hantarannya yang dapat menghasilkan gol.
Fakrul menggunakan nombor jersi nombor 17 kerana mengidolakan Amri.
Pemain antarabangsa yang diminati beliau ialah Neymar kerana beliau mempunyai kemahiran, kawalan bola yang baik dan tenang dalam menghasilkan gol.
“Buat masa ini harapan saya adalah agar skuad Belia Selangor dapat menjejakkan kaki ke final.
"Selain itu, selagi mana saya berpeluang untuk bermain bola, saya tidak akan berhenti bermain," ujar Fakrul.
Kami dari FA Selangor mendoakan agar Fakrul terus cemerlang membantu skuad Belia Selangor mencipta kejayaan dan melakarkan sejarah baru pada musim ini dan juga pada masa akan datang.
Semoga berjaya Fakrul! Demi Selangor!
FA SELANGOR NEWS
GAME-CHANGING ALLIANCE IGNITES RENEWED VISION FOR SELANGOR FC AND PROVIDENT FIDUCIARIES BERHAD
Read more
SELANGOR RED GIANTS OG ESPORTS Advanced to the Knockout stage of MSC at Esports World Cup 2025
Read more
Match Preview: Exhibition Match against the Asia Warriors FC
Read more
Zach Clough #IsRed
Read more