SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

Siapakah juara baru Selangor Champions League?


SHAH ALAM- Setelah hampir tiga bulan bertarung, kini tibanya masa penentuan siapakah bakal menjadi juara Selangor Champions League 2019. 

 

Ketiga-tiga bekas juara iaitu Terrapins FC, Axis O2 FC tidak bermain pada musim ini manakala juara bertahan, Puchong Fuerza FC gagal layak ke final selepas tewas ke atas pasukan Klasiko FC melalui penentuan sepakan penalti. 

 

Ini bermakna untuk edisi kali ini, kita akan menyaksikan juara yang baru menjulang piala Selangor Champions League. 

 

Dua pasukan yang telah layak ke perlawanan akhir adalah wakil bandar Klang iaitu Kingstwon Klang FC dan juga wakil Kuala Selangor iaitu Kuala Selangor batu Dua FC.

 

Kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan yang berada di kumpulan A SCL musim ini. 

 

Batu Dua menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga kedua kumpulan A dengan 14 mata berjaya dikutip. 

 

Mereka juga berjaya meledak 11 gol dan hanya empat gol sahaja dilepaskan. 

 

Di peringkat suku akhir mereka menewaskan NPNG FC dengan keputusan 4-0 dan menundukkan MBSA FC 1-0.

 

Dua pemain yang bakal menjadi tumpuan untuk pasukan ini adalah Terrence Williams dan juga penyerang import mereka, Chukwu Nnabuike. 

 

Gabungan kedua-dua pemain ini telah menghasilkan sembilan gol dan enam bantuan gol untuk pasukan Batu Dua. 

 

Bagi pasukan Kingstown Klang pula, mereka menamatkan peringkat kumpulan di kedudukan ketiga Kumpulan A. 

 

Kingstown berjaya mencetak 11 gol dan melepaskan sembilan gol. 

 

Azidan Saruddin dan juga Fakhrurazi Musa bakal menjadi taruhan pasukan Kingstown kali ini. 

 

Kedua-dua pemain ini merupakan perancang utama Kingstown dan sudah pasti magis mereka sekali lagi akan ditagih. 

 

Jadi pasukan manakah bakal menjulang trofi Selangor Champions League 2019? 

Sama-sama kita saksikan.