SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES

Face of Selangor: Wan Mohd Fakhrullah


Wajah Bola Selangor merupakan koleksi temubual dan kisah-kisah individu yang dirakamkan dari padang, stadium, bandar, lebuh dan jalanan, bagi membawa di sebalik tabir kehidupan mereka yang merupakan sebahagian daripada dunia bola sepak Selangor.

__

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Wan Mohd Fakhrullah b. Wan Hassan. 

Saya berasal daripada Terengganu dan lahir di Kuala Terengganu, Terengganu. 

Saya dilahirkan pada tanggal 12 Jun 1990 dan sudah berkahwin. 

Kini saya berumur 29 tahun dan sebaya dengan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) iaiu DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. 

Saya mempunyai tujuh orang adik beradik dan saya merupakan anak kelima. 

Di FA Selangor, jawatan saya adalah sebagai pembantu akauntan. 

Tugas saya adalah untuk menguruskan gaji staf, kesemua jurulatih, pemain pasukan utama, pemain presiden, pemain belia dan banyak lagi. 

Senang kata, kalau pemain nak tahu bila gaji akan dapat, sayalah orang yang akan dicari. 

Saya bekerja di bawah Puan Shanti. (Baca kisah Puan Shanti di sini: http://faselangor.my/ms/news/2806/Wajah%20Bola%20Selangor%20%20Shanthi%20A%20P%20Sathasivam

Selain itu, perkara yang melibatkan EPF, SOCSO juga dibawah penjagaan saya. 

Bersama Selangor, saya sudah berkhidmat selama lima tahun bermula daripada tahun 2015.

Bagaimana saya memperoleh peluang bekerja di FAS? 

Semuanya bermula sewaktu saya baru sahaja tamat pembelajaran dahulu.

Ketika itu saya mempunyai rakan yang bekerja di bahagian pengiklanan. 

Beliau beritahu saya bahawa ada peluang pekerjaan di bahagian kewangan untuk bidang sukan. 

Pada waktu itu FAS tidak menwar-warkan secara umum kerana ramai yang mahu bekerja bersama Selangor. 

Jadi saya pun pergilah sesi temuduga dan alhamdulillah saya diterima masuk. 

Bercerita mengenai kisah saya sewaktu kecil, banyak perkara yang saya boleh cerita. 

Ini adalah kerana ayah saya merupakan seorang tentera jadi kehidupan memang sentiasa berpindah randah. 

Pada mulanya saya menetap di Terengganu.

Kemudian saya berpindah ke Kem Tentera Udara di Sungai Besi. 

Selepas itu berpindah lagi kali ini ke Kuantan dan tidak lama kemudian saya kembali ke Terengganu. 

Jadi saya mempunyai ramai kawan dek kerana menetap di banyak tempat. 

Selain itu, saya memang seorang budak yang nakal. 

Seringkali saya mendatangkan masalah kepada datuk saudara saya sehingga dimarah. 

Namun itu adalah perkara yang normal kerana budak-budak memang nakal. 

Saya juga merupakan peminat permainan video Football Manager dan juga FIFA. 

Saya mula bermain FIFA sewaktu permainan itu keluar untuk edisi 1998. 

Football Manager pula saya sudah memegang banyak pasukan. 

Antara yang terbaik adalah sewaktu saya menguruskan pasukan Charlton Athletic di mana saya menjuarai Premier League dan juga UEFA Champions League. 

Bagi saya, kepimpinan baharu yang diterajui oleh Tuanku adalah satu perkara manis bagi saya sepanjang saya bekerja di sini. 

Semenjak saya bekerja, sangat sukar untuk FAS mendapatkan dana bagi menampung perbelanjaan persatuan. 

Perlu diingatkan bahawa FAS merupakan persatuan dan bukannya syarikat yang menjana pendapatan. 

Tetapi persatuan memerlukan dana yang besar untuk memastikan FAs sentiasa kekal. 

Jadi dengan kemasukan RMS, banyak perkara yang berubah dan sudah banyak penaja yang ingin melibatkan diri. 

Selain itu suasana bekerja juga semakin baik dengan fasiliti yang baharu sahaja dibina. 

Dalam kehidupan saya pula, sentiasa ada pasang surut. 

Apabila saya berada di bawah, keluarga saya, isteri saya dan keluarga isteri saya banyak menyokong saya. 

Jadi saya sangat menghargai mereka. 


Wan Mohd Fakhrullah
Peminat tegar Football Manager dan juga seorang kanak-kanak yang nakal.