Selangor FC dengan sukacitanya mengumumkan penyerang tengah berketurunan Belanda-Jamaica, Kay Tejan, sebagai pemain import kelima Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Berusia 29 tahun, Tejan pernah beraksi dalam pelbagai peringkat bola sepak Belanda, termasuk Derde Divisie bersama Quick Boys (2016-2018), Tweede Divisie bersama Kozakken Boys (2018-2021), Eerste Divisie bersama TOP Oss (2021-2023) dan Eredivisie bersama SC Telstar. Selain itu, beliau turut mempunyai pengalaman di luar Belanda, di Moldova bersama FC Sheriff Tiraspol dalam Super Liga, Poland bersama ŁKS Łódź dalam Ekstraklasa dan Perancis bersama USL Dunkerque dalam Ligue 2 dalam satu musim.
Antara pencapaian utama pemain berketinggian 187cm ini adalah memenangi Moldovan Super Liga dan Moldovan Cup bersama FC Sheriff Tiraspol pada musim 2022/23, selain mempunyai pengalaman beraksi dalam pertandingan kelayakan UEFA. Tejan merupakan penyerang tengah yang memiliki kekuatan fizikal serta mampu beraksi di beberapa posisi di bahagian serangan. Beliau telah merekodkan 72 gol sepanjang karier seniornya.
Pemain berkaki kiri ini turut berkongsi pandangannya mengenai perancangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon terhadap dirinya, “Saya sangat gembira berada di sini. Saya rasa Selangor FC sebuah kelab yang sangat bagus dan besar. Saya juga telah berbual dengan baik bersama ketua jurulatih mengenai perancangannya, taktikal serta bagaimana beliau mahu menggunakan kelebihan yang saya ada. Saya lihat beliau merupakan seorang jurulatih yang sangat baik.”
Sebelum mengakhiri perbualan, Tejan turut menyatakan sasaran utamanya, “Sasaran pertama saya sentiasa untuk mencapai kejuaraan dan mencipta musim yang tidak dapat dilupakan buat para penyokong. Saya tidak sabar untuk beraksi di hadapan mereka, dan saya harap kita dapat bersorak bersama-sama serta menikmati kejayaan.”
Kehadiran Kay Tejan diyakini mampu menajamkan lagi barisan serangan Selangor FC dalam usaha kelab memburu kejuaraan di pentas bola sepak Malaysia.
Selamat datang ke keluarga Gergasi Merah, Kay Tejan.
Demi Kebanggaan!
—
Kay Tejan Adds Firepower to the Red Giants’ Attack
Selangor FC are delighted to announce the arrival of a Dutch-Jamaican descent forward Kay Tejan as the club’s fifth foreign signing to the Red Giants squad ahead of next season’s Malaysian League campaign.
The 29-year-old Tejan has played at various levels of Dutch football, including the Derde Divisie with Quick Boys (2016-2018), the Tweede Divisie with Kozakken Boys (2018-2021), the Eerste Divisie with TOP Oss (2021-2023), and the Eredivisie with SC Telstar. He has also gained experience outside the Netherlands, playing in Moldova for FC Sheriff Tiraspol in the Super Liga, Poland for ŁKS Łódź in the Ekstraklasa, and France for USL Dunkerque in Ligue 2 for one season.
Standing at 187cm, one of the left-footed forward’s main achievements was winning the Moldovan Super Liga and Moldovan Cup with FC Sheriff Tiraspol during the 2022/23 season. He also has experience playing in UEFA qualifying competitions. Tejan is a physically strong forward who can operate in several attacking positions and has scored 72 goals throughout his senior career.
Tejan also shared his thoughts on head coach Kim Pan-gon’s plans for him, “I’m very happy to be here. I think Selangor FC is a very good and big club. I’ve also had a good conversation with the head coach about his plans, his tactics and how he wants to utilise my strengths. I see him as a very good coach.”
Before concluding the conversation, Tejan also outlined his main ambition, “My first target is always to win trophies and create an unforgettable season for the supporters. I can’t wait to play in front of them, and I hope we can celebrate together and enjoy success.”
The arrival of Kay Tejan is expected to further strengthen Selangor FC’s attacking options as the club continues its pursuit of silverware in Malaysian football.
Welcome to the Red Giants family, Kay Tejan!
Demi Kebanggaan!






