Selangor FC membuka tirai saingan Liga Super Malaysia 2026/27 dengan kunjungan ke Kelantan bagi menentang Kelantan Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, esok jam 9 malam.
Aksi pembukaan ini turut menjadi peluang buat lapan pemain baharu untuk membuat penampilan sulung bersama skuad Merah Kuning. Mereka terdiri daripada tiga pemain tempatan iaitu Azam Azih, Selvan Anbualagan dan Adib Ra’op, serta lima pemain import iaitu Arbenit Xhemajli, Peter Makrillos, Eduardo Sosa, Kay Tejan dan Jefferson Tabinas.
Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, percaya pasukan berada di landasan yang baik selepas menjalani lapan minggu persiapan, dengan fokus utama diberikan kepada pembentukan identiti permainan yang jelas.
“Saya rasa kami telah menunjukkan perkembangan yang sangat baik sepanjang lapan minggu ini, terutamanya dalam membina corak permainan. Saya berpuas hati dengan kerja yang telah kita lakukan dan kini kami teruja untuk menunjukkan kemampuan kepada para penyokong.”
Beliau turut berpuas hati dengan proses penyesuaian pemain-pemain baharu yang dilihat telah menambah dinamik serta kekuatan kepada pasukan.
“Pemain-pemain baharu telah menyesuaikan diri dengan baik dan menambah dinamik sambil membantu mengekalkan kekuatan yang dimiliki musim lalu. Ada antara mereka yang masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri sepenuhnya, tetapi saya yakin mereka akan cepat mendapatkannya.”
Menjelang aksi kompetitif, fokus pasukan kini terarah kepada kecergasan dan ketajaman permainan, selain memastikan kesatuan pasukan terus menjadi kekuatan utama.
“Pasukan kini lebih tertumpu kepada kecergasan dan ketajaman permainan. Kami mahu memberikan prestasi terbaik, membanggakan para penyokong dan menunjukkan sebuah pasukan yang bersatu, di dalam dan di luar padang.”
Pihak pengurusan Selangor FC percaya skuad Gergasi Merah kini bersedia untuk memulakan langkah pertama dalam usaha melakar musim yang membanggakan. Ayuh, Gergasi Merah!
Jersi Home dan Away Selangor FC bagi musim 2026/27 kini boleh didapati di https://selangorfc.com/shop/.
Demi Kebanggaan!
–
Selangor FC open their 2026/27 Malaysia Super League campaign with a trip to Kelantan to face Kelantan Red Warriors at Sultan Muhammad IV Stadium, Kota Bharu, tomorrow at 9pm.
The opening match will also provide an opportunity for eight new players to make their debut for the Red and Yellow squad. They comprise three local players, namely Azam Azih, Selvan Anbualagan and Adib Ra’op, as well as five foreign players, namely Arbenit Xhemajli, Peter Makrillos, Eduardo Sosa, Kay Tejan and Jefferson Tabinas.
Selangor FC Head Coach, Kim Pan-gon, believes the team is on the right track after undergoing eight weeks of preparation, with the main focus placed on developing a clear playing identity.
“I feel that we have shown very good progress throughout these eight weeks, particularly in building our style of play. I am satisfied with the work we have done and we are now excited to show our capabilities to the supporters.”
He was also pleased with the adaptation process of the new players, who have been seen to have added dynamism and strength to the team.
“The new players have adapted well and added dynamism while helping to maintain the strengths we had last season. Some of them still need a little more time to fully adapt, but I am confident they will get there quickly.”
Ahead of the competitive action, the team’s focus is now directed towards fitness and match sharpness, while ensuring that unity within the team remains a key strength.
“The team is now more focused on fitness and match sharpness. We want to deliver our best performance, make our supporters proud and show a united team, both on and off the pitch.”
The Selangor FC management believes the Gergasi Merah squad is now ready to take the first step towards creating a season to be proud of. Come on, Gergasi Merah!
Selangor FC’s Home and Away jerseys for the 2026/27 season are now available at https://selangorfc.com/shop/.
Demi Kebanggaan!






