Match Review LS1 | Kelantan Red Warrior FC 1-4 Selangor FC | First Three Points

Selangor FC membuka saingan Unifi Liga Super 2026/27 dengan langkah kanan selepas menewaskan Kelantan Red Warrior FC 4-1 dalam aksi pembukaan musim 2026/27 di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Berlangsung dalam keadaan hujan, perlawanan terpaksa dihentikan seketika pada separuh masa pertama sebelum disambung semula selepas keadaan kembali reda. Minit ke-18 menyaksikan Chrigor Moraes membuka akaun jaringannya untuk musim ini apabila menanduk masuk hantaran Selvan Anbualagan. Kapten pasukan, Faisal Halim kemudian menggandakan kelebihan Selangor FC sebelum tamat separuh masa pertama selepas berjaya memintas hantaran pihak lawan sebelum melepaskan penyudah yang kemas.

Faisal tidak menunggu lama untuk menambah jaringan peribadinya dengan meledak gol kedua pada minit ke-49, sekali gus meletakkan pasukan dalam kedudukan selesa. Walau bagaimanapun, pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan satu gol daripada Dandada Musa pada minit ke-60. Perlawanan menjadi semakin sengit selepas beberapa pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Skuad Gergasi Merah kembali melebarkan jurang pada minit ke-75 apabila percubaan Izwan Yuslan disusuli dengan tandukan Chrigor Moraes untuk melengkapkan jaringan keduanya pada malam tersebut.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, beliau akui pasukan masih belum berada pada tahap terbaik, namun tetap berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan, khususnya dalam perlawanan pertama mereka musim ini.

“Pertama sekali, saya amat menghargai kehadiran para penyokong yang datang memberikan sokongan dan saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pemain. Mereka telah bekerja keras sepanjang lapan minggu yang lalu. Kebiasaannya, perlawanan pertama tidak mudah, tetapi mereka berjaya memberikan tiga mata kepada para penyokong,” puji beliau terhadap para pemain.

“Musim ini kita perlu membakar semangat dan berjuang untuk kembali ke kedudukan yang lebih baik. Kita masih belum berada pada tahap 100% dan para pemain baharu juga memerlukan sedikit lagi masa untuk menyesuaikan diri. Saya percaya kita akan menjadi pasukan yang lebih baik langkah demi langkah dan mempamerkan permainan yang lebih berkualiti,” katanya mengakhiri temu bual.

Pihak pengurusan Selangor FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong yang hadir di Stadium Sultan Muhammad IV bagi bersama-sama mengharungi aksi pertama unifi Liga Super 2026/27. Sokongan dan suara anda dari awal hingga akhir telah menambah semangat para pemain dalam usaha mendapatkan tiga mata penuh pada perlawanan #KRWSFC.

Demi Kebanggaan!

Kesebelasan Utama: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Faisal Halim, Peter Makrillos, Hugo Boumous, Selvan Anbualagan, Jefferson Tabinas, Harith Haiqal & Chrigor Moraes.

Pertukaran: 61’ Kay Tejan > Selvan Anbualagan, 61’ Adib Ra’op > Jefferson Tabinas, 69’ Zikri Khalili > Quentin Cheng, 69’ Izwan Yuslan > Hugo Boumous, 82’ Azam Azih > Nooa Laine.

Penampilan Petama: Arbenit Xhemajli, Peter Makrillos, Selvan Anbualagan, Jefferson Tabinas, Kay Tejan, Adib Ra’Op & Azam Azih. 

Selangor FC made a winning start to the 2026/27 Unifi Liga Super campaign after defeating Kelantan Red Warrior FC 4-1 in the opening fixture of the season at Stadium Sultan Muhammad IV yesterday.

Played in rainy conditions, the match was briefly suspended during the first half before play resumed once the weather had settled. In the 18th minute, Chrigor Moraes opened his goal scoring account for the season with a header from Selvan Anbualagan’s delivery. Captain Faisal Halim then doubled Selangor FC’s advantage before half-time after intercepting an opposition pass before calmly finishing the move.

Faisal did not have to wait long to add another to his tally, scoring his second of the night in the 49th minute to put the team in a comfortable position. However, the home side managed to pull one back through Dandada Musa in the 60th minute. The match became increasingly intense following several substitutions by both sides. The Red Giants restored their three-goal advantage in the 75th minute when Chrigor Moraes followed up Izwan Yuslan’s effort with a header to complete his brace on the night.

According to Selangor FC Head Coach Kim Pan-gon, he admitted that the team are still not at their best, but remained pleased with the performance they produced, particularly in their first match of the season.

“First of all, I really appreciate the supporters who came to give us their support, and I would also like to congratulate the players. They have worked hard over the past eight weeks. Usually, the first match is not easy, but they managed to deliver three points for the supporters,” he said, praising the players.

“This season, we need to raise our spirit and fight to return to a better position. We are still not at 100%, and the new players also need a little more time to adapt. I believe that, step by step, we will become a better team and produce better-quality football,” he concluded.

The Selangor FC management would like to extend its heartfelt thanks to all supporters who were present at Stadium Sultan Muhammad IV to stand alongside the team for the opening match of the 2026/27 Unifi Liga Super season. Your unwavering support and voices from the stands fuelled the players’ spirit and gave them the extra motivation to fight for all three points in this #KRWSFC match.

Demi Kebanggaan!

Starting XI: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Faisal Halim, Peter Makrillos, Hugo Boumous, Selvan Anbualagan, Jefferson Tabinas, Harith Haiqal & Chrigor Moraes.

Substitutions: 61’ Kay Tejan > Selvan Anbualagan, 61’ Adib Ra’op > Jefferson Tabinas, 69’ Zikri Khalili > Quentin Cheng, 69’ Izwan Yuslan > Hugo Boumous, 82’ Azam Azih > Nooa Laine.

Debutants: Arbenit Xhemajli, Peter Makrillos, Selvan Anbualagan, Jefferson Tabinas, Key Tejan, Adib Ra’Op & Azam Azih.

Leave a Comment

GALLERY ALBUM

SINCE 1905

THE RED GIANTS
MUSEUM

120 YEARS OF PRIDE
PASSION • LEGACY
BEGIN THE TOUR →