Selangor FC continued their winning record in the Klang Valley derby against Kuala Lumpur City FC with a 3-0 victory in the fourth match of the unifi Liga Super 2026/27 at Stadium MBPJ, Kelana Jaya yesterday.
The Klang Valley derby saw Selangor FC take a 1-0 lead in the first half through Selvan Anbualagan’s maiden goal in the 26th minute. He reacted quickly to pounce on the rebound in front of the Kuala Lumpur City FC goal following a tussle between the opposing goalkeeper and defender. Although both teams created chances, the score remained unchanged until half-time.
Syahir Bashah’s introduction in the 46th minute, replacing Hugo Boumous, had an immediate impact as his low cross, after receiving the ball from Zikri Khalili, deflected off an opposing defender before being finished by Chrigor Moraes for the team’s second goal in the 51st minute. The Red Giants continued to punish The City Boys in the 73rd minute through Eduardo Sosa, who converted a pass into the penalty area from Chrigor Moraes. The match ended with a clean-sheet victory thanks to an excellent defensive display and Sikh Izhan, who had recently recovered from a concussion.
According to Selangor FC Head Coach Kim Pan-gon, he was proud of the players’ fighting spirit in delivering a victory in the Klang Valley derby for the supporters.
“For me, what the players have shown is a great performance for the fans and made the atmosphere at the stadium lively. We worked hard to score an early goal, control the game and manage it in the Selangor way. Although the schedule over the past three weeks has been quite demanding, the players’ fighting spirit dominated the situation. However, the team needs to continue getting used to scoring early and making the most of every opportunity,” he said.
“This Klang Valley derby was clearly extraordinary. I could feel the excitement and the desire to win and make the Red Giants supporters happy. I am very proud of their reaction and commitment. I hope the supporters were able to enjoy the match,” he added.
Next, the Red Giants squad will continue their campaign in the first leg of the quarter-final against Star City FC at Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar on 19 September at 9pm.
The Selangor FC management is extremely grateful for the presence of 4,803 supporters who fought alongside the team to maintain their dominance in the Klang Valley derby at Stadium MBPJ, Kelana Jaya yesterday. This increase is greatly appreciated. Thank you, Red Giants!
Demi Kebanggaan!
Starting XI: Sikh Izhan, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Hugo Boumous, Eduardo Sosa, Zikri Khalili, Selvan Anbualagan, Safuwan Baharudin, Adib Ra’op & Chrigor Moraes.
Substitutions: 46’ Syahir Bashah > Hugo Boumous, 64’ Vitor Pernambuco > Selvan Anbualagan, 72’ Quentin Cheng > Zikri Khalili, 72’ Izwan Yuslan > Faisal Halim & 84’ Mukhairi Ajmal > Eduardo Sosa.
–
Selangor FC meneruskan rekod kemenangan dalam derbi Lembah Klang menentang Kuala Lumpur City FC dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan keempat unifi Liga Super 2026/27 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.
Aksi derbi Lembah Klang menyaksikan Selangor FC mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan sulung Selvan Anbualagan pada minit ke-26. Beliau bijak menyambar bola muntah di hadapan gawang Kuala Lumpur City FC dengan pantas selepas berlaku perebutan antara penjaga gol dan pertahanan lawan. Walaupun kedua-dua pasukan saling membuat percubaan, kedudukan kekal sehingga rehat.
Kemasukan Syahir Bashah pada minit ke-46 menggantikan Hugo Boumous memberikan impak segera apabila hantaran lintang rendahnya, selepas menerima bola daripada Zikri Khalili, terbias pada pertahanan pihak lawan, lalu disambar Chrigor Moraes untuk gol kedua pasukan pada minit ke-51. Gergasi Merah terus menghukum The City Boys pada minit ke-73 menerusi Eduardo Sosa yang menyempurnakan hantaran ke kotak penalti daripada Chrigor Moraes. Perlawanan berakhir dengan kemenangan tanpa bolos hasil aksi cemerlang barisan pertahanan dan Sikh Izhan yang baru pulih daripada gegaran otak.
Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, beliau bangga dengan semangat juang para pemain untuk menghadiahkan kemenangan dalam perlawanan derbi Lembah Klang kepada para penyokong.
“Bagi saya, para pemain telah mempamerkan persembahan yang hebat buat para penyokong dan mencipta suasana yang meriah di stadium. Kita berusaha keras untuk menjaringkan gol awal, menguasai permainan dan mengawalnya dengan cara Selangor. Biarpun jadual tiga minggu yang lalu agak padat, namun semangat juang para pemain mendominasi keadaan mereka. Walau bagaimanapun, pasukan perlu terus biasakan diri menjaringkan gol awal dan memanfaatkan setiap peluang yang ada,” kata beliau.
“Perlawanan derbi Lembah Klang ini jelas luar biasa. Saya dapat merasakan keterujaan dan semangat untuk menang dan menggembirakan penyokong Gergasi Merah. Saya sangat bangga dengan reaksi dan komitmen mereka. Saya harap para penyokong dapat menikmati perlawanan ini,” tambahnya lagi.
Seterusnya, skuad Gergasi Merah akan meneruskan perjuangan dalam perlawanan pertama pusingan Suku Akhir menentang Star City FC di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada 19 September jam 9 malam.
Pihak pengurusan Selangor FC amat bersyukur dengan kehadiran 4,803 para penyokong yang bersama-sama berjuang mengekalkan penguasaan derbi Lembah Klang di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam. Peningkatan ini amat kami hargai. Terima kasih, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!
Kesebelasan Utama: Sikh Izhan, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Hugo Boumous, Eduardo Sosa, Zikri Khalili, Selvan Anbualagan, Safuwan Baharudin, Adib Ra’op & Chrigor Moraes.
Pertukaran: 46’ Syahir Bashah > Hugo Boumous, 64’ Vitor Pernambuco > Selvan Anbualagan, 72’ Quentin Cheng > Zikri Khalili, 72’ Izwan Yuslan > Faisal Halim & 84’ Mukhairi Ajmal > Eduardo Sosa.






