Skuad Futsal Selangor FC mengesahkan kemaraan ke pentas final Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2026 selepas menampilkan kempen cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam 16 perlawanan, selain mengumpul 48 mata daripada sembilan sirkit yang telah berlangsung.
Menduduki tangga teratas liga, Selangor FC layak secara automatik ke pusingan Separuh Akhir bersama Johor Darul Ta’zim yang menamatkan saingan di tempat kedua. Sementara itu, pasukan yang menduduki tempat ketiga hingga keenam berentap dalam pusingan kalah mati bagi merebut dua lagi slot ke separuh akhir, yang akhirnya menjadi milik Terengganu dan Pahang Rangers.
Setiap kemenangan dalam aksi Separuh Akhir akan memberikan satu mata, manakala perlawanan penentuan akan diadakan pada aksi kedua sekiranya kedua-dua pasukan terikat dengan satu mata. Skuad Gergasi Merah berjaya mengesahkan kemaraan ke pentas final selepas meraih dua mata menerusi kemenangan ke atas Terengganu dalam kedua-dua aksi separuh akhir, dengan keputusan 6-2 pada perlawanan pertama dan 6-1 pada perlawanan kedua.
Mengulas perjalanan pasukan sebelum melangkah ke pentas penentuan kejuaraan, ketua jurulatih, Edgar Éder, menegaskan bahawa pengorbanan, komitmen dan semangat berpasukan menjadi antara faktor utama Futsal Selangor capai ke tahap ini.
“Setakat ini, kita telah melalui satu perjalanan yang hebat dengan komitmen dan semangat yang pemain tunjukkan. Walau bagaimanapun, sasaran utama sebenar masih berada di hadapan. Banyak cabaran yang telah kami lalui untuk sampai ke tahap ini. Mungkin apabila sesebuah pasukan itu sentiasa menang, ramai yang menganggap semuanya mudah, tetapi realitinya tidak begitu,” kata Edgar Éder.
“Kami amat menghormati setiap proses dan detik yang dilalui untuk sampai ke pentas final. Jadi, satu-satunya perkara yang boleh kami janjikan adalah untuk memberikan komitmen penuh dalam dua lagi perlawanan demi para penyokong dan lambang kebanggaan ini,” jelasnya lagi.
Menjelang aksi final, pemain pertahanan (fixo) berpengalaman, Marlon Oliveira, turut mencuri perhatian apabila meraih enam anugerah Pemain Terbaik Perlawanan (MVP) sepanjang kempen MPFL 2026. Beliau juga sedang bersaing dalam perebutan gelaran penjaring terbanyak liga dengan 34 gol, hanya ketinggalan tiga gol di belakang pendahulu yang telah menjaringkan 37 gol.
Selain itu, jentera serangan Selangor FC terus memainkan peranan penting dalam kejayaan pasukan menerusi sumbangan pemain muda berbakat, Syahir Iqbal, yang telah menjaringkan 18 gol. Ketajaman Borges Evandro di posisi fixo turut menyumbang 16 gol, manakala ketua pasukan, Khairul Effendy, menyumbangkan 15 gol hasil pengalaman luasnya di atas gelanggang. Setakat ini, skuad Gergasi Merah telah meledak 137 gol sepanjang kempen MPFL 2026.
Sejak 2019, Futsal Selangor telah merangkul tiga gelaran juara MPFL Divisyen 1, pada tahun 2019, 2022 dan 2025. Pasukan ini turut mencatat kejayaan dalam saingan Piala Futsal Malaysia dengan meraih dua kejuaraan pada tahun 2022 dan 2025.
Kini, satu lagi cabaran besar menanti skuad Gergasi Merah apabila mereka bakal beraksi dalam perlawanan Akhir MPFL 2026 yang berlangsung secara timbal balik. Jadual perlawanan adalah seperti berikut:
- Perlawanan Akhir Pertama: 24 Oktober 2026 (Sabtu), jam 8.30 malam di Stadium SUKPA, Kuantan.
- Perlawanan Akhir Kedua: 31 Oktober 2026 (Sabtu), jam 8.30 malam di KOMBES, Shah Alam.
Pihak pengurusan Selangor FC mendoakan agar skuad Futsal terus melakar kejayaan dan membawa pulang kejuaraan MPFL 2026, sekali gus membanggakan penyokong Gergasi Merah.
Ayuh, Gergasi Merah! Bersama-sama kita berikan sokongan padu buat Futsal Selangor dalam usaha memburu kejuaraan Penjualan tiket fizikal di KOMBES, Shah Alam Jumaat pada 3pm hingga 7pm dan Sabtu pada 4pm hingga 7pm.
Demi Kebanggan!
–
Selangor FC’s Futsal squad have confirmed their place in the Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2026 final after an outstanding campaign, remaining unbeaten in 16 matches and collecting 48 points from the nine circuits held so far.
Finishing at the top of the league standings, Selangor FC qualified automatically for the Semi-Finals alongside Johor Darul Ta’zim, who finished second. Meanwhile, the teams that finished third to sixth competed in a knockout round to contest the two remaining semi-final spots, which were eventually secured by Terengganu and Pahang Rangers.
Each victory in the Semi-Final would earn one point, while a deciding match would be held in the second leg if both teams were tied on one point. The Red Giants successfully confirmed their place in the final after earning two points through victories over Terengganu in both semi-final matches, winning 6-2 in the first leg and 6-1 in the second leg.
Reflecting on the team’s journey before reaching the championship decider, head coach Edgar Éder emphasised that sacrifice, commitment and team spirit were among the key factors behind Futsal Selangor’s achievement in reaching this stage.
“So far, we have been on a great journey, with the commitment and spirit shown by the players. However, our true main objective still lies ahead. We have faced many challenges to reach this stage. Perhaps when a team keeps winning, many people assume that everything is easy, but the reality is not,” said Edgar Éder.
“We have tremendous respect for every process and moment we have gone through to reach the final. Therefore, the only thing we can promise is to give our full commitment in the remaining two matches for the supporters and this emblem of pride,” he added.
Ahead of the final, experienced defender (fixo) Marlon Oliveira also attracted attention after winning six Man of the Match (MVP) awards throughout the MPFL 2026 campaign. He is also competing for the league’s top scorer title with 34 goals, just three goals behind the current leader, who has scored 37 goals.
In addition, Selangor FC’s attacking force has continued to play a crucial role in the team’s success through the contributions of talented young player Syahir Iqbal, who has scored 18 goals. Borges Evandro’s attacking prowess in the fixo position has also contributed 16 goals, while captain Khairul Effendy has scored 15 goals, drawing on his extensive experience on the court. To date, the Red Giants have scored 137 goals throughout the MPFL 2026 campaign.
Since 2019, Futsal Selangor have won three MPFL Division 1 titles, in 2019, 2022 and 2025. The team have also enjoyed success in the Malaysia Futsal Cup, securing two titles in 2022 and 2025.
Now, another major challenge awaits the Red Giants as they prepare to compete in the two-legged MPFL 2026 Final. The match schedule is as follows:
- First-Leg Final: 24 October 2026 (Saturday), 8.30 pm at Stadium SUKPA, Kuantan.
- Second-Leg Final: 31 October 2026 (Saturday), 8.30 pm at KOMBES, Shah Alam.
The Selangor FC management wish the Futsal squad continued success and hope they will bring home the MPFL 2026 title, further making the Red Giants supporters proud.
Come on, Red Giants! Let us stand together and give Futsal Selangor our full support as they pursue the championship. Physical ticket sales at KOMBES, Shah Alam, Friday 3pm to 7pm and Saturday 4pm to 7pm. Demi Kebanggaan!






