Match Review FA Cup 2026-27 R16 (2) | Selangor FC 2-1 Sabah FC | Agg: 4-3 | Into the Quarter Final

Selangor FC progressed to the Quarter-Finals of the 2026/27 FA Cup with a 4-3 aggregate victory after defeating Sabah FC 2-1 in the second-leg Round of 16 at Stadium MBPJ, Kelana Jaya, yesterday.

Both sides worked hard to find the opening goal following a 2-2 draw in the first leg at Stadium Likas. Sabah FC found the back of the net first, but the goal was ruled out for offside. In the 36th minute, new Gergasi Merah signing Eduardo Sosa broke the deadlock, opening his scoring account for the club after receiving a quick pass from Peter Makrillos. The goal put Selangor FC 1-0 ahead at half-time.

The Rhinos did not take long to respond. Four minutes into the second half, Park Jun-bin scored the equaliser to make it 3-3 on aggregate. However, in the 56th minute, Chrigor Moraes reacted quickest to the rebound from his saved penalty to restore Selangor FC’s lead, scoring his 50th career goal and confirming the Red Giants’ place in next week’s Quarter-Finals.

According to the Selangor FC Head Coach, he praised and appreciated the fighting spirit shown by the players throughout the match.

“I felt it was a very tough match. I really appreciate the effort from all the players because they gave everything and showed great resilience. I’m also grateful that there were no injuries. I think everyone took responsibility, and we managed to produce a good-quality game. We need to continue maintaining and protecting this level of quality in our next match,” he said.

Next, the Red Giants will return to action in the Klang Valley Derby against Kuala Lumpur City FC in the 2026/27 Unifi Liga Super at Stadium MBPJ, Kelana Jaya, this Sunday, 13 September, at 8:15pm.

The Selangor FC management is proud of the players’ fighting spirit despite playing without the support of the fans. Keep fighting, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

Starting XI: Kalamullah Al-Hafiz, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Peter Makrillos, Eduardo Sosa, Kay Tejan, Jefferson Tabinas, Harith Haiqal & Chrigor Moraes.

Substitutions: 59’ Vitor Pernambuco > Kay Tejan, 72’ Zikri Khalili > Quentin Cheng, 72’ Hugo Boumous > Eduardo Sosa, 86’ Richmond Ankrah > Chrigor Moraes & 86’ Selvan Anbualagan > Faisal Halim.

Suspension: Safuwan Baharudin.

Selangor FC mara ke pusingan Suku Akhir kempen Piala FA 2026/27 dengan agregat 4-3 selepas menewaskan Sabah FC 2-1 dalam perlawanan kedua Pusingan 16 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.

Kedua-dua pasukan berusaha keras untuk mendapatkan gol pembukaan selepas keputusan seri 2-2 di Stadium Likas tempoh hari. Sabah FC terdahulu menjaringkan gol, namun dibatalkan atas sebab ‘offside’. Pada minit ke-36, pemain baharu Gergasi Merah, Eduardo Sosa, memecah kebuntuan apabila membuka akaun jaringan pertama beliau selepas menerima hantaran pantas daripada Peter Makrillos. Jaringan tersebut meletakkan Selangor FC di hadapan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

The Rhinos bagaimanapun tidak mengambil masa yang lama untuk bangkit. Empat minit selepas separuh masa kedua bermula, Park Jun-bin menjaringkan gol penyamaan, Keputusan terikat dengan 3-3 secara agregat, namun minit ke-56, Chrigor Moraes pantas menyambar bola muntah daripada sepakan penalti yang ditepis penjaga gol Sabah FC, merekodkan gol ke-50 untuk dirinya dan mengesahkan Selangor FC ke pusingan Suku Akhir pada minggu hadapan.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, beliau menghargai dan memuji semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain sepanjang perlawanan.

“Saya merasakan ini perlawanan yang sangat sengit. Saya sangat hargai usaha semua pemain kerana mereka memberikan segala-galanya dan menunjukkan ketahanan yang tinggi. Saya juga bersyukur kerana tiada kecederaan berlaku. Saya rasa semua pemain mengambil tanggungjawab masing-masing dan kita berjaya menghasilkan perlawanan yang baik. Kita perlu terus mengekalkan dan menjaga kualiti permainan seperti ini untuk aksi seterusnya,” jelas beliau

Seterusnya, skuad Gergasi Merah akan kembali beraksi dalam perlawanan Derbi Lembah Klang menentang Kuala Lumpur City FC bagi saingan Unifi Liga Super 2026/27 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, pada hari Ahad ini, 13 September, jam 8:15 malam.

Pihak pengurusan Selangor FC bangga dengan semangat juang para pemain biarpun beraksi tanpa penyokong. Teruskan perjuangan, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!

Kesebelasan Utama: Kalamullah Al-Hafiz, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Faisal Halim ©, Peter Makrillos, Eduardo Sosa, Kay Tejan, Jefferson Tabinas, Harith Haiqal & Chrigor Moraes.

Pertukaran: 59’ Vitor Pernambuco > Kay Tejan, 72’ Zikri Khalili > Quentin Cheng, 72 Hugo Boumous > Eduardo Sosa, 86’ Richmond Ankrah > Chrigor Moraes & 86’ Selvan Anbualagan > Faisal Halim.

Penggantungan: Safuwan Baharudin

 

Leave a Comment

GALLERY ALBUM

SINCE 1905

THE RED GIANTS
MUSEUM

120 YEARS OF PRIDE
PASSION • LEGACY
BEGIN THE TOUR →