Match Review LS5 | Selangor FC 3-1 Penang FC | A Special Victory in the Red Giants’ 2,000th Match

Selangor FC returned to winning ways at home after defeating Penang FC 3-1 in the 2026/27 Unifi Super League, which also marked the 2,000th match in the history of the Red Giants.

The match began with the Red and Yellow scoring the opening goal in the 11th minute when Selvan Anbualangan’s attempt, following a pass from Vitor Pernambuco, was blocked by an opponent before the ball fell directly in front of Chrigor Moraes, who head it to open the scoring. The Red Giants continued to launch attack after attack in search of another goal, but the first half ended with the score at 1-0.

Six minutes into the second half, Red Giants doubled the advantage through Chrigor Moraes, who converted Quentin Cheng’s corner delivery after successfully breaking free from the opposition’s defensive marking and finding the right position to score. In the 69th minute, Stefano Bruno scored for Penang FC to reduce the deficit. During extra time, Izwan Yuslan was brought down inside the penalty area, and the Red and Yellow were awarded a penalty. Although Chrigor Moraes’ attempt was saved by the opposing goalkeeper, Zikri Khalili reacted quickly to convert the rebound in the 90+4th minute, sealing a 3-1 victory for the Red Giants.

According to Selangor FC Head Coach Kim Pan-gon, he was proud of the players’ performance and their efforts to secure a victory for the supporters in the 2,000th match.

“I am satisfied with the effort shown by every player to deliver their best performance and achieve a good result for the Red Giants’ supporters. More significantly, today’s match marked our 2,000th game, and this victory is a very meaningful gift for our supporters. Penang is a good team defensively and a well-balanced team. The first goal helped to relieve some of the pressure on our defensive line. However, we were still under pressure until the closing stages of the match. The players did their best to preserve the result,” praised Kim Pan-gon when speaking about his players.

“We managed to create many chances, but at certain moments, our play was a little passive. We will continue to encourage the players to improve in this area and keep securing wins for the team. There are more challenging matches ahead, so we must remain humble and approach our next match with the right mentality,” he added.

Next, the Red Giants will face Kuching City FC in the first leg of the 2026/27 FA Cup Semi-Final at Stadium MBPJ, Kelana Jaya, on 23 October at 9.00 pm.

The Selangor FC management would like to express our sincere appreciation to the 3,170 supporters who attended and enlivened the Red Giants’ 2,000th match since 1921 yesterday. See you next Friday!

Demi Kebanggaan!

Starting XI: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Eduardo Sosa, Selvan Anbualagan, Safuwan Baharudin, Jefferson Tabinas, Syahir Bashah, Chrigor Moraes © & Vitor Pernambuco.

Substitutions: 46’ Hugo Boumous > Vitor Pernambuco, 82’ Izwan Yuslan > Selvan Anbualagan, 82’ Zikri Khalili > Jefferson Tabinas, 87’ Harith Haiqal > Eduardo Sosa & 90+5’ Peter Makrillos > Syahir Bashah.
–

Selangor FC kembali mencatat kemenangan di laman sendiri selepas menewaskan Penang FC 3-1 dalam aksi unifi Liga Super 2026/27, yang turut menjadi perlawanan ke-2,000 sepanjang sejarah Merah Kuning.

Perlawanan bermula dengan gol pertama Merah Kuning pada minit ke-11 apabila percubaan Selvan Anbualangan selepas menerima hantaran daripada Vitor Pernambuco dihalang pihak lawan, sebelum bola jatuh tepat di hadapan Chrigor Moraes untuk ditanduk masuk sebagai gol pembukaan. Gergasi Merah terus melancarkan serangan demi serangan bagi menambah jaringan, namun separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-0.

Enam minit selepas separuh masa kedua bermula, Merah Kuning menggandakan kelebihan menerusi Chrigor Moraes yang menyudahkan hantaran sepakan penjuru Quentin Cheng selepas berjaya melepaskan diri daripada kawalan pertahanan lawan dan mencari kedudukan tepat untuk menjaringkan gol. Pada minit ke-69, Stefano Bruno menjaringkan gol buat Penang FC untuk merapatkan jurang. Dalam  masa tambahan, Izwan Yuslan dijatuhkan di dalam kotak penalti dan Merah Kuning dihadiahkan sepakan penalti. Walaupun percubaan Chrigor Moraes berjaya ditepis penjaga gol lawan, Zikri Khalili pantas menyambar bola muntah tersebut untuk menjaringkan gol pada minit ke-90+4, sekali gus mengesahkan kemenangan 3-1 buat Gergasi Merah.

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon, beliau bangga dengan persembahan yang dipamerkan oleh para pemain dan usaha mereka untuk berikan kemenangan dalam perlawanan ke-2,000 buat para penyokong.

“Saya berpuas hati dengan usaha yang diberikan oleh setiap pemain untuk mempamerkan aksi terbaik serta mendapatkan keputusan yang baik buat para penyokong Gergasi Merah. Lebih istimewa, perlawanan hari ini merupakan aksi ke-2,000 kami dan kemenangan ini adalah hadiah yang cukup bermakna buat para penyokong. Penang merupakan pasukan yang baik dari segi pertahanan dan sebuah pasukan yang seimbangan. Jaringan pertama banyak membantu mengurangkan sedikit tekanan terhadap barisan pertahanan. Namun kita masih berada di bawah tekanan sehingga ke penghujung perlawanan. Para pemain telah berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan keputusan tersebut,” puji Kim Pan-gon terhadap para pemainnya

“Kita berjaya mencipta banyak peluang tetapi pada beberapa ketika permainan pasukan agak pasif. Kita  akan terus memberi galakan kepada para pemain untuk memperbaiki aspek ini dan terus mendapatkan kemenangan buat pasukan. Selepas ini, lebih banyak perlawanan yang lebih mencabar, jadi kita perlu kekal merendah diri dan menghadapi perlawanan seterusnya dengan mentaliti yang tepat,” tambahnya lagi

Seterusnya, skuad Gergasi Merah akan berdepan Kuching City FC bagi perlawanan pertama Separuh Akhir Piala FA 2026/27 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 23 Oktober ini, jam 9 malam.

Pihak pengurusan Selangor FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 3,170 penyokong hadir memeriahkan perlawanan ke-2,000 skuad Gergasi Merah sejak tahun 1921 semalam. Jumpa anda Jumaat minggu depan!

Demi Kebanggaan!

Kesebelasan Utama: Sikh Izhan, Quentin Cheng, Arbenit Xhemajli, Nooa Laine, Eduardo Sosa, Selvan Anbualagan, Safuwan Baharudin, Jefferson Tabinas, Syahir Bashah, Chrigor Moraes © & Vitor Pernambuco.

Pertukaran: 46’ Hugo Boumous > Vitor Pernambuco, 82’ Izwan Yuslan > Selvan Anbualagan, 82’ Zikri Khalili > Jefferson Tabinas, 87’ Harith Haiqal > Eduardo Sosa & 90+5’ Peter Makrillos > Syahir Bashah.

 

Leave a Comment

GALLERY ALBUM

SINCE 1905

THE RED GIANTS
MUSEUM

120 YEARS OF PRIDE
PASSION • LEGACY
BEGIN THE TOUR →