FA SELANGOR
TERMA DAN SYARAT

Terma dan syarat

Terma & Syarat Red Giants Team Card 2023 (RGTC 2023)

  1. Harga keahlian RGTC 2023 bagi pembaharuan keahlian sedia ada (pemegang RGTC 2022 sahaja) adalah RM20 manakala harga keahlian baru RGTC 2023 adalah RM25. Keahlian baharu adalah bagi mereka yang tidak pernah berdaftar dengan program RGTC sebelum ini atau bagi mereka yang tidak memperbaharui keahlian RGTC 2022 pada tahun lepas.
  2. Pendaftaran  dan pembelian  keahlian RGTC 2023 hanya boleh dibuat melalui atas talian di selangorfc.com sahaja. Kad keahlian edisi 2023 hanya akan dihantar melalui pos/kurier kepada alamat yang didaftarkan sahaja.
  3. RGTC 2023  sah untuk digunakan sepanjang musim 2023 (15 Januari 2023 sehingga 30 November 2023). Pemegang Team Card 2022, perlu memperbaharui keahlian untuk menikmati faedah dan manfaat RGTC 2023.
  4. Kad keahlian edisi 2023 yang baharu akan diberikan kepada keahlian baharu dan juga untuk pembaharuan keahlian.
  5. Ahli RGTC 2023 akan dapat menikmati diskaun keatas pembelian barangan rasmi Selangor FC bermula 15 Jan 2023 sehingga 30 November 2023,.
  6. Ahli RGTC 2023 perlu mempamerkan kad keahlian edisi 2023 secara fizikal bagi setiap pembelian di kedai atau premis rakan penaja bagi menikmati diskaun khas dan tawaran istimewa.
  7. Keahlian RGTC 2023  ini tidak boleh dipindah milik atau dijual semula.
  8. Pegemang  RGTC 2023  perlu bersetuju keatas terma dan syarat rakan rasmi RGTC.
  9. Pihak Selangor FC  tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerosakkan atau kecurian kad keahlian RGTC 2023. Sekiranya berlaku, pemilik hendaklah membuat laporan terus kepada Selangor FC  dan membeli semula kad keahlian  RGTC 2023  yang baharu  dengan harga RM20.
  10. Pihak Selangor FC mempunyai hak untuk membatalkan atau menolak permohonan keahlian ini sekiranya pemohon terlibat dengan penipuan atau salah guna program RGTC 2023..
  11. Pemegang RGTC 2023 juga boleh emel terus ke teamcard@selangorfc.com untuk sebarang info lanjut.
  12. Pihak SFC mempunyai hak untuk mengubah kelebihan-kelebihan pemegang RGTC 2023  serta terma dan syarat tanpa sebarang notis awal.
  13. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi yang ditawarkan oleh rakan rasmi RGTC, pemegang RGTC 2023 boleh merujuk di laman web rasmi selangorfc.com pada tab Team Card.

Terma & Syarat Program Referral RGTC 2023

  1. Pemegang RGTC 2023 yang berjaya merujuk pembelian keahlian RGTC yang baharu akan menerima RM 5 wang tunai bagi setiap pendaftaran keahlian yang baharu (pembaharuan keahlian RGTC 2022 sedia ada tidak dikira).
  2. Penebusan wang tunai untuk sistem “referral” hanya boleh dibuat apabila pemegang RGTC 2023 berjaya mengumpul sekurang-kurangnya RM50 di dalam dompet.
  3. Proses penebusan wang tunai akan mengambil masa selama 7 hari bekerja dan akan dikenakan cas transaksi sebanyak RM2.65 untuk setiap transaksi pengeluaran mengikut terma yang telah ditetapkan.
  4. Jumlah wang tunai yang dikumpulkan melalui program referral RGTC tidak akan dilupuskan selagi pemegang keahlian RGTC memperbaharuinya pada setiap tahun. Jumlah wang tunai yang terkumpul hanya akan dilupuskan sekiranya keahlian RGTC tidak diperbaharui pada sesuatu musim/tahun.

Terma & Syarat Program Mata Ganjaran (Reward Points) RGTC 2023

  1. Setiap pembelian barangan rasmi Selangor FC pada nilai RM1 akan diberikan 1 mata ganjaran secara percuma.
  2. Pemegang RGTC 2023 yang mengimbas kod QR selepas pembelian di mana-mana premis rakan rasmi RGTC juga akan menerima 10 mata ganjaran percuma.
  3. Mata ganjaran yang terkumpul hanya boleh ditebus di kedai barangan rasmi Selangor FC (Official Store) sahaja.
  4. Mata ganjaran yang terkumpul tidak boleh ditukar dengan wang tunai seperti program “referral”.
  5. Jumlah mata ganjaran yang dikumpulkan melalui RGTC tidak akan dilupuskan selagi pemegang keahlian RGTC memperbaharuinya pada setiap tahun. Jumlah mata ganjaran yang terkumpul hanya akan dilupuskan sekiranya keahlian RGTC tidak diperbaharui pada sesuatu musim/tahun.