Merah Kuning, warna yang sinonim dengan Kelab ini dan telah lama menyatukan pelbagai lapisan masyarakat di Selangor. Walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza, juga asal dan budaya, Merah Kuning tetap menjadi satu mesej yang sebati dengan kita semua, sebuah identiti dan jati Selangor FC yang sentiasa menjadi kebanggaan kita.
Merah Kuning merupakan simbol keberanian, kedaulatan, kehormatan, kesetiaan, kejayaan, kebersamaan ketika jatuh bangun dalam sebuah perjalanan, dan semuanya kembali kepada suatu pegangan, Merah Kuning Lambang Kebanggaan.
Demi penghargaan kepada sokongan anda, Selangor FC tahun ini menawarkan faedah-faedah yang baharu dan menarik untuk para pemegang Red Giants Team Card 2022 (RGTC 2022) nikmati.